Mulai tahun 2019, tiada lagi peperiksaan untuk murid tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Menurut beliau, pemansuhan peperiksaan ini akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.
Selepas pengumuman yang dibuat oleh Dr Maszlee, rata-rata ibu bapa, pakar kanak-kanak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana beranggapan usia kanak-kanak tak perlu diberi tekanan dan harus belajar dalam keadaan yang seronok.
Bagaimanapun, ada juga dikalangan ibu bapa yang mencadangkan agar pembaharuan ini dikaji secara teliti agar dapat memberi manfaat pada semua kanak-kanak dan guru ke arah melahirkan generasi yang bijak pandai dan serba boleh.
Apa yang boleh dibuat oleh ibu bapa selepas ini, mereka boleh memfokuskan kepada pembentukan sahsiah diri untuk membina semangat jati diri yang cemerlang dan beradab apabila dewasa.
Sumber: Dr Maszlee Malik
Kredit Gambar: Astro Awani