Mulakan Hari Anak Dengan Sarapan Mengandungi DHA, Untuk Tumbesaran & Perkembangan!

Share

Ramai dalam kalangan ibu bapa mengambil ringan mengenai pengambilan sarapan untuk anak-anak. Perlu diketahui, sarapan penting kerana ia adalah makanan pertama untuk anak-anak selepas lebih 10 jam tidak makan selepas bangun tidur. Sama seperti mama papa, anak-anak juga perlu mengambil tiga hidangan utama (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) setiap hari.

Bagi anak-anak, tenaga merupakan sumber utama untuk memulakan pergerakan fizikal, keupayaan berfikir dan melakukan aktiviti seharian. Tenaga yang mencukupi akan membantu meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Selain itu, dengan bersarapan juga, kesihatan tubuh badan dapat ditingkatkan untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, dengan pengambilan sarapan, ia dapat mengurangkan risiko pengambilan makanan yang berlebihan untuk waktu makan yang seterusnya serta membantu kekalkan berat badan dalam kalangan anak-anak.

Jadi bagaimana untuk memastikan pengambilan sarapan ini menjadi rutin tetap bagi anak-anak. Berikut antara tip yang mama papa boleh lakukan untuk pastikan waktu sarapan adalah masa yang sentiasa dinantikan oleh mereka.

Kreatif dalam penyediaan sarapan yang sihat

Biasanya anak-anak mungkin sukar sedikit untuk bersarapan. Alasannya kurang berselera atau masih kenyang. Oleh itu, bagi memastikan mood anak sentiasa gembira, mama papa mesti memainkan peranan.

Dalam hal ini, fikirkan cara untuk menjadikan sarapan lebih menarik. Walaupun menunya ringkas sekurang-kurangnya ia boleh menarik perhatian anak. Mungkin mama boleh menghasilkan makanan dalam pelbagai jenis bentuk dan warna.

Sebagai contoh, buat roti pisang dan boleh potong dalam bentuk yang menarik. Letakkan juga sedikit hiasan sebagai daya penarik. Perlu diingatkan dalam menyediakan sarapan, pastikan ia seimbang dan tidak terlalu manis, masin atau berminyak dan harus mengikut kesesuaian usia anak.

Sediakan makanan kegemaran anak

Seterusnya, mama mungkin boleh sediakan makanan kegemaran anak. Biasanya anak-anak, apabila melihat ada hidangan makanan yang disukai, mereka akan lebih teruja dan berselera untuk makan. Mungkin malam sebelum tidur, mama boleh bertanya apa yang anak teringin untuk makan keesokan harinya.

Berikan peluang untuk anak memilih cuma pastikan pilihan itu adalah makanan sihat. Contohnya, jika mama rasa kesuntukan masa waktu pagi, sekurang-kurangnya berikan peluang anak untuk memilih sama ada roti bakar atau bijirin sarapan untuk hidangan bersarapan.

Nampak ringkas je, tapi bila anak diberikan peluang ini, bolehlah menepati citarasa anak dan mereka pun rasa gembira.

Sentiasa ceritakan kebaikan bersarapan

Jika mama papa tidak mahu anak ‘skip’ masa sarapan, mama papa juga haruslah bersarapan! Ini kerana apa yang mama papa buat, itu yang anak akan perhatikan dan ikut. Mama papa boleh ceritakan kebaikan bersarapan kepada anak. Biasanya apabila anak dipujuk dengan penjelasan kukuh dan tidak dimarahi, mereka lebih mudah faham dan seronok untuk makan.

Memaksa atau memarahi anak jika mereka tak mahu bersarapan hanya akan menyebabkan mereka merasa takut tetapi tidak menikmati makanan. Ingat anak akan ikut kelakuan ibu bapa mereka, jadi tunjukkanlah contoh teladan yang baik.

Beri pilihan makanan berkhasiat dan menarik

Biasanya anak-anak, mereka akan mudah tertarik pada sesuatu yang pada pandangan mereka lain daripada yang lain. Sebagai ibu bapa, kita harus bijak buat pemilihan makanan untuk anak. Apa kata mama papa pilih salah satu menu sarapan anak iaitu Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA baharu selain makanan berkhasiat yang lain.

Bukan sahaja sedap tetapi produk terbaharu dari Nestlé® mengandungi DHA yang membantu tumbesaran serta perkembangan anak. Hebatnya, bijirin ini merupakan sarapan pertama di Malaysia yang mengandungi sumber DHA! (*Menurut Mintel, GNDP Report August 2021)

Bukan itu sahaja, dalam satu hidangan tersebut, terdapat kebaikan gandum penuh dan serat, DHA, vitamin dan mineral: vitamin B dan zat besi serta rasa koko yang lazat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk terbaharu Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA boleh layari website www.nestle-cereals atau Facebook: NestleBreakfastCerealsMalaysia



Published by
Wan Amy