Kadang-kadang ada saja gelagat anak yang menjadi hiburan bila kita melihatnya. Kalau berpeluang, rakamlah semua kenangan ini supaya nanti boleh menjadi memori indah untuk ditonton semula nanti.
Lucu bila lihat video yang dikongsikan ibu ini di akaun Tiktok. Dia telah merakam momen semasa mengajar anak-anaknya mengaji. Abang yang sedang fokus mengaji diganggu oleh si adik. Yang lucunya adalah reaksi si abang yang marah sungguh dengan si adik.
“Adik, janganlah kacau abang. Mulampau betulll!”.
Punyalah garang muka tu, siap dijelingnya adik. Nak sebut melampau jadi mulampau. Adik pun terkedu kejap bila kena marah tapi tak kisah pun. Dia kacau semula abang lepas tu!
Aksi dua beradik ini mencuit hati ramai yang menonton. Rata-rata terhibur apabila melihat si abang yang memegang dahi macam besar sangat masalah kerana diganggu adik ketika membaca.
Antara komen yang ditinggalkan;
Kata mark’s, “YA ALLAH COMELNYAAAA 😭😭😭😭😭😭”
“Membe tgh stress nak cpt habis mengaji nya , kena sakat pulak. Mne tk angin 🤣🤣”, kata ntshaaa.
“Ada iras muka ustaz Syamsul Debat saya nampak…cara cakap pun ada gaya Ustaz Syamsul Debat,” tambah Nana nanut.
Ads
UZ pula meninggalkan komen, “Part pegang dahi tu… aishhh banyak sangat masalah ye 😂😂😂.”
“Abang stress tu ngaji, adik nyakat pulak hehe,” kata Dhani.
Kata Maifarahhidayah pula, “Mulampauuu betholl😂😂aduhhh.. Kiut🥰”.
Sebenarnya bagus bila kita dah ajarkan anak-anak mengaji sejak kecil. Ada beberapa cara untuk buat anak seronok belajar mengaji. Antaranya;
1. Doa
Sebelum kita mula nak mula ajar anak mengaji, banyakkan berdoa supaya dipermudahkan urusan. Bukan sahaja kita mudah untuk mengajar, anak pun terang hati ketika belajar.
2. Mengaji sama-sama, jangan paksa
Jangan sibuk paksa anak belajar mengaji tetapi kita tak buat.
Buat rutin
3. Kalau boleh, wujudkan rutin untuk mengaji bersama satu keluarga.
4. Buat jadi seronok
Untuk anak yang masih kecil sekitar 4-6 tahun, ajarkan mereka mengaji dalam keadaan yang menyeronokkan kerana pada usia begini fokus mereka terhad dan mudah terganggu.
Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari telah mendedahkan wajah puteri keduanya secara EXCLUSIVE dalam episod istimewa rancangan SCHAWAL BABY BOOM di Astro Ria/Ria HD. Puteri keduanya selamat dilahirkan pada 12 Februari yang lalu di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Melalui perkongsian dalam episod 6 ini, tarikh lahir bagi puteri keduanya di pilih sendiri oleh Awal iaitu pada 12.2.21. Sememangnya 12.2.21 adalah tarikh yang sangat cantik dan mudah diingati.
Sewaktu kunjungan Scha dan Awal ke hospital, doktor memaklumkan bahawa Scha terpaksa bersalin secara pembedahan kerana kedudukan bayinya yang songsang. Berbaki 10 hari lagi membuatkan Awal lebih gementar dari tarikh jangkaan sebenar bersalin.
Tarikh 11.2.2021
Scha dan Awal tiba di hospital awal sehari untuk persiapan bersalin pada keesokannya.
12.2.2021
Scha dan awal sempat bermaaf-maafan sebelum ke dewan bersalin. Seawal pagi lagi Scha sudah bersiap sedia.
Menurut Scha dia sangat nervous tambahan pula teringatkan anak sulungnya, Lara di rumah.
“Terima kasih sebab 9 bulan ni you korbankan hidup you. Memang teruk sebab you alahan teruk” – Awal
Tambah Scha lagi “Awal pandai jaga Scha, banyak cool dan pregnancy yang kedua banyak mematangkan kita”
Alhamdulillah, Scha selamat melahirkan bayi seberat 3.2kg pada 12.2.2021.
Awal kelihatan sebak dan tidak dapat mengawal perasaanya. Dia berbisik kepada Scha “Anak kita baby girl”
Memang sangat comel! Sebijik muka kakaknya Lara Alanaa sewaktu bayi.
Awal masih tidak mendedahkan nama penuh puteri keduanya dan hanya gelaran baby L sahaja yang digunakan setakat ini.
Menurut awal, dia sangat bersyukur atas kelahiran puterinya yang kedua “Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.”
Bagi yang terlepas menonton SCHAWAL BABY BOOM 2021 boleh tonton episod ulangan pada Ahad ini, jam 12.00pm okay! Rugi tak tengok moment exclusive ini hanya di Astro Ria/Ria HD.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir 5 bulan pemergian isteri akibat komplikasi melahirkan bayi kembar, nampaknya rezeki buat si ayah ini semakin dipermudahkan Allah. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, namun bayi kembar perempuan ini bertuah kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang cukup menyayangi mereka sepenuh hati.
Perjalanan yang Allah aturkan cukup indah. Setiap apa yang berlaku dan sekalipun tak sempat menatap wajah ibu, merasai pelukan ibu dan susu ibu, semuanya ada hikmah.
Kisah bapa tunggal, Syazwan Najmi Zulkarni, 23, yang cekal membesarkan bayi kembar perempuannya menjadi inspirasi ramai walaupun masih muda dan tiada kepakaran menguruskan bayi.
Nampak kepuasan diwajahnya melihat anak kembarnya membesar dengan sihat dan sentiasa dikelilingi ahli keluarga yang tak putus memberi sokongan padanya.
Yang paling buatkan ramai sebak, semakin besar, raut wajah Safiya dan Sofiya semakin iras dengan wajah arwah ibunya.
Terkini, Syazwan yang menetap di Tumpat, Kelantan itu memohon orang ramai memberi sokongan terhadap perniagaan tudung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi melalui jenama Medina Scarff.
Harap terus dapat sokongan
Setakat ini, akaun Instagram jenama Medina Scarf itu telah memiliki hampir 5,000 pengikut walaupun produknya belum dilancarkan secara rasmi lagi.
Jenama tudung ini diambil sempena nama kedua-dua kembarnya dan Syazwan mengharapkan rezeki ini tak putus untuk dia dan anaknya. Moga ada keberkatan dan terus dipermudahkan.
Sebagai seorang bapa, harapannya adalah satu, jika perniagaan ini berjaya semestinya dia rasa bersyukur kerana walaupun kehilangan isteri dia masih mampu menumpang rezeki anak-anak.
Sebelum ini kisah pasangan suami isteri ini mendapat perhatian ramai apabila Syazwan memohon orang ramai mendoakan arwah Siti Nur Nasuha kerana bertarung nyawa akibat komplikasi selepas melahirkan bayi kembar mereka sebelum meninggal dunia pada 14 April lalu.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid.
Menurut perkongsian daripada Sinar Harian, Surat yang dikeluarkan pada Ahad itu memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan sejak kebelakangan ini sering berlaku kejadian culik dalam kalangan murid sekolah.
Sebuah sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid tular pada Ahad.
“Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap ibu bapa atau penjaga dapat mengambil tindakan sepatutnya.
“Menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu, sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak serta selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu seorang bapa yang enggan dikenali mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekolah terbabit.
Katanya, situasi itu menimbul ketakutan dalam kalangan ibu bapa termasuk anak-anak.
Dia berkata, disebabkan surat peringatan itu tular, kecoh di WhatsApp sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan ibu bapa.
“Setakat ini, kami belum mendengar sebarang kes melibatkan penculikan kanak-kanak selain daripada peniaga kosmetik di Tumpat.
“Pada saya, peringatan itu perlu tetapi harus disampaikan dalam bentuk berhemah terutama kepada ibu bapa supaya dapat memberikan penerangan jelas kepada anak-anak.
“Bila penerangan tidak jelas, saya bimbang timbul masalah sehingga boleh menjejaskan semangat anak-anak untuk ke sekolah,” katanya.
Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan polis Kelantan menyiasat dua kes tular melibatkan dakwaan cubaan culik dua murid di sebuah sekolah di daerah Gua Musang pada Isnin dan Selasa.
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.