Mulanya Demam & Muntah, Tak Sangka Adam Kanser Tahap 4. Perlu RM500k Untuk Rawatan

Share

Tak pernah terlintas di fikiran Adam yang aktif, lincah, bergelak ketawa, kelihatan kuat bertenaga disahkan menghidapi kanser ganglioneuroblastoma tahap 4 pada akhir Februari 2022.

Kehidupan anak kecil ini yang berusia 3 tahun berubah 100 peratus setelah terpaksa menjalani rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA). Dijangkakan pada November depan, Adam perlu menjalani rawatan penting iaitu immunotherapy (qarziba) bagi rawatan kansernya.

Adam akan menjalani 5 peringkat rawatan seperti yang telah dicadangkan oleh Doktor.
1. Pembedahan
2. Kemoterapi
3. Pemindahan Sum Sum Tulang
4. Radioterapi
5. Immunoterapi

Dalam semua kaedah rawatan ni, Immunoterapi adalah kaedah rawatan yang terbaru di Malaysia dalam tahun 2021. Baru FDA approved.

Ubat yang akan digunakan bernama Qarziba yang berharga RM500,000 ikut anggaran semasa berat dan tinggi Adam. Ubat ini tidak dibiayai oleh kerajaan atau syarikat insuran.

Gambar ni seminggu selepas Adam di diagnosed menghidapi kanser Ganglioneuroblastoma tahap 4.

Oleh itu, keluarga adik Adam kini memohon sumbangan bagi menampung membeli ubat Qarziba yang diperlukan oleh Adam. Diharapkan dengan rawatan ini dan doa semua, Adam akan kembali sihat seperti dulu.

Menerusi perkongsian di FB Adam Hadid The Ganglioneuroblastoma Warrior,  hospital dah macam rumah kedua untuk anak sulung daripada dua beradik ini selepas disahkan mengalami kanser tersebut.

Menurut ibu bapa Adam, kanser jenis ni kebanyakannya asymptomatic. Permulaan dapat tahu Adam ada kanser ini pun secara kebetulan.

“Dapat tahu pun secara kebetulan dia demam dan muntah. Saya bawa ke hospital untuk checkup dan doktor saja buat ultrasound. Masa tu yang ternampak tumor tu. Tu pun dah besar saiz kotak tisu,” kongsinya.

Sebelum ini, pada 3 Mac 2022, pembedahan mengeluarkan ketumbuhan dah berjaya. Walaupun pembedahan tu berjaya, tapi buah pinggang Adam sebelah kiri juga terpaksa dibuang kerana dah rosak disebabkan kanser tu dah merebak ke pinggang kiri Adam.

Tumor ni bersaiz 9cm x 10cm x 8cm. Disebabkan badan Adam yang kecil, jadi potongan pembedahan kena dibuat dari hujung kiri perut hingga ke hujung kanan perut untuk membolehkan keseluruhan tumor dapat dikeluarkan.

Adam juga sedang mengambil pil kawal darah tinggi 4x sehari ekoran bacaan darah tinggi Adam lebih dari paras biasa. Doktor berpendapat ini mungkin kesan dari pembedahan.

Kini setelah pembedahan Adam perlu menjalani 8 kitaran kemoterapi dan setiap kitaran selang 11 hari. Jadi, sepanjang bulan April sehingga bulan Julai, Adam banyak menghabiskan keluar masuk hospital untuk menjalani rawatan kemoterapi dan rawatan harian.

Bagi anda yang ingin membantu dengan menyalurkan sumbangan buat adik Adam, butiran ada di bawah.

BANTUAN BOLEH DISALURKAN MELALUI :

564098532103 (Maybank)
Aniq Ekmal Dolfatah (Bapa)
No. telefon: 0176852197

7601513352 (CIMB)
Khuzaima binti Dolfatah (Ibu Saudara)
No. telefon: 0176820026

Tolong kami untuk sebarkan post ini agar jumlah RM500,000 dapat dikumpul dan boleh membantu Adam untuk membeli ubat Qarziba dan seterusnya menjalani rawatan immunotherapy.

Moga dipermudahkan semua urusan adik Adam dan dapat kembali sihat. Amin.

Kredit: Facebook Adam Hadid The Ganglioneuroblastoma Warrior

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy