Seorang ibu dan bayinya berusia lima bulan dijumpai meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat enam Hospital Lahad Datu, semalam.
Dalam kejadian itu, ibu muda berumur 16 tahun, dan bayi perempuannya ditemui terbaring setelah terjatuh dari ketinggian kira-kira 60 meter oleh seorang pengawal keselamatan bahagian bawah hospital jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum insiden itu seorang doktor wanita telah mengarahkan oksigen pernafasan anak mangsa ditanggalkan kerana keadaan pernafasan sudah normal.
Menurutnya, mangsa kemudian kelihatan mendukung anaknya dan berlegar-legar di kawasan wad sebelum meminta izin kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu untuk masuk ke tandas.
“Lebih kurang jam 7.30 pagi, pengawal keselamatan di bahagian bawah hospital memaklumkan ada pesakit terjatuh bersama anaknya.
Ads
“Manakala pemeriksaan pengawal keselamatan di tandas pula memaklumkan mangsa telah terjatuh bersama anaknya dari tingkat enam.
“Ambulans kemudiannya telah bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan bahagian badan, kepala dan kaki,” katanya.
Ads
Bayi dirawat di hospital kerana jangkitan kuman paru-paru
Ads
Menurut Nasri, siasatan awal mendapati anak mangsa telah dirawat dalam wad akibat jangkitan kuman di paru-paru selama 11 hari.
Katanya, siasatan menunjukkan mangsa telah masuk ke tandas bersama anaknya namun disyaki terjatuh melalui tingkap tandas.
Siasatan lanjut diteruskan untuk mengetahui punca mangsa jatuh bersama dengan anaknya.
Sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia, Kerajaan terpaksa mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rantaian wabak dimana hanya beberapa sektor pekerjaan sahaja yang boleh beroperasi (essential service).
Maka ramai diantara rakyat Malaysia yang terkesan dari segi pendapatan terutama golongan B40 (Bellow 40) – Pendapatan isi rumah bawah RM3,900. Rentetan itu, Perdana Menteri Malaysia (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan dana PRIHATIN bagi membantu seluruh rakyat Malaysia tidak mengira pangkat.
Satu per satu bantuan diberikan, ucapanya sangat bersahaja dan membuatkan rakyat Malaysia tersenyum dengan langkah kerajaan yang dilihat membantu rakyat ketika ini. Malah PM mula menjadi perhatian rakyat Malaysia kerana tiada isu perbezaan politik ketika memberikan bantuan.
Semalam, beliau memuatnaik beberapa keping gambar di laman rasmi Facebook ketika sedang membeli barangan dapur. Dia bukan hanya ketua negara yang baik, malah ketua keluarga yang penyayang.
Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik.
Rata-rata netizen mendoakan kesihatan yang baik buat PM. Malah ada yang sayu melihat gambar-gambar ini, seolah melihat ayah sendiri ke kedai.
-berhati hati abah.. kesihatan abah adalah tersangat penting ketika ini…- Netizen
“Cucu kirim kinder joy leni. Tok abah pun kena pau jugak” – Netizen
“Love your style, fatherly sangat💖. Teringat arwah bapa saya. Always think of family and anak anak 1st. Moga Allah panjangkan usia Papa Tan Sri Muhyiddin”
-Macam abah😭 kalau p mall cari barang jenguk2 sambil tangan silang ke belakang. Rindu abah- Netizen
-Siapa lah yg bertuah dapat terserempak dgn pujaan satu negara itu,semoga PM sehat dan dilindungi Allah aamiin- Netizen
-inilah yang saya maksudkan sebagai ayah saya.Bukan PM saya kerana perilaku dan tindakan Tan Sri seperti perilaku arwah ayah saya.Al-fatihah buat arwah ayah saya 😞- Netizen
Jenazah Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun yang terkorban semasa serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand dikatakan senyum dan tenang. Ramai yang menangisi pemergiannya.
Allahyarham Muhammad Haziq merupakan anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42 tahun, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika yang meragut 50 nyawa itu, Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12 tahun dan Allahyarham Mohd Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
ADIK MASIH TRAUMA, BELUM TAHU ABANG SUDAH TIADA
Mohd Tarmizi cedera parah akibat terkena tembakan dan telah dibenarkan pulang dari hospital selepas menjalani pembedahan manakala Mohd Haris tidak mengalami sebarang kecederaan namun dilaporkan trauma.
WAJAH BERCAHAYA KETIKA JENAZAH DIURUSKAN
Menurut laporan Astro Awani yang menemurah ibu saudaranya, Zarina Shuib, jenazah anak saudaranya itu berada keadaan tersenyum dan seumpama sedang tidur. Zarina turut dimaklumkan yang wajah anak saudaranya itu seperti bercahaya ketika jenazah anak kedua daripada empat adik beradik itu diuruskan.
DITEMBAK DUA KALI PADA BADAN
Dalam kejadian di masjid Al Noor, Allahyarham Muhammad Haziq menurutnya mengalami kecederaan akibat ditembak sebanyak dua kali pada anggota badan. Dalam kejadian itu bapanya, bapa Mohd Tarmizi Shuib juga mengalami kecederaan.
SENYUM DAN TENANG
“Rasa sedih, terkilan sebab dia anak saudara. Reda dengan pemergian dia (Haziq). Mungkin sudah sampai ajal tuhan. Sudah ketentuan meninggal masa tu. Mariani (adik) ada sebut jenazah (Haziq) senyum dan tenang,” katanya Zarina.
Jenazah Allahyarham Muhammad Haziq dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurch selepas disahkan meninggal dunia setelah hampir seminggu kehilangannya.
WAJAHNYA SANGAT BERSIH SEPERTI SEDANG TIDUR, HIDUNG & BIBIR MERAH SEPERTI MASIH HIDUP
Selain itu, menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Putera Sriwijaya, wajah anak muda ini sangat bersih, seolah-olah sedang tidur. Hidung dan bibirnya masih merah seperti masih hidup.
Putera Sriwijaya berkongsi di laman Facebooknya yang dia turut mengusung keranda Allahyarham dan menurunkan jenazah ke liang lahad. Dalam perkongsiannya, lelaki ini mengakui mungkin ada amalan yang dilakukan Allahyarham Muhammad Haziq yang menyebabkan pemergiannya dalam keadaan yang sangat baik.
BEREHATLAH DENGAN TENANG
Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam posting Instagram menyebut akan pemergiaan Allahyarham Muhammad Haziq pada hari Jumaat, di dalam masjid dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah akan diberikan ganjaran yang besar dan mendoakan Allahyarham mendapat syahid di sisi Allah SWT.
drzulkifli.albakri Pencarian yang akhirnya menemui jawapan. Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia mendoakanmu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohd Haziq atas pemergian insan yang tercinta.
Pemergiannya di hari Jumaat yang mulia, di dalam masjid, dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah, insyaAllah dikurniakan dengan ganjaran yang besar. Kami mendoakan semoga beliau mendapat syahid di sisi Allah SWT.
Kami menyeru semua masjid dan Surau Diri Jumaat dalam Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa tragedi di #Christchurch.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.
Pelakon, Memey Suhaiza memuat naik sebuah video dimana anak-anak lelakinya tidak lokek melayan kerenah adik perempuanya. Untuk menceriakan hari adik perempuanya, kedua-dua anak lelakinya sanggup melayan setiap hari.
Memey Suhaiza mendirikan rumah tangga bersama Norman Hakim yang juga pelakon popular dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Awishz & Arisz dan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel iaitu baby Mikayla Delisha.
Ni video hari tu rasanya..Mummy lupa nak masukkan…Td nak delete gambar sbb hp mummy dah penuh, terperasan video ni..Nilah abg2 yg rajin sgt melayan mikayla.., Takde hari yg sepi utk mikayla., Setiap masa abg2 akn cuba sedaya upaya utk meriahkan hidup mikayla
Rata-rata memuji anak lelakinya yang pandai melayan adik bermain. Kecomelan Mikayla dengan gelak tawanya turut mencuit hati netizen.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!