
Fynn Jamal kini tampak bahagia dengan kehadiran anak angkat keduanya, Sakti Kencana. Lebih menarik lagi, dia membiarkan Sakti bonding dengan ibu kandung.

Naluri keibuan Fynn tidak dinafikan. Kedua-dua anak angkatnya mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada Fynn & suami. Sakti yang baru berusia 6 bulan baru-baru ini berpeluang bonding dengan ibu kandung. Jelas sekali Fynn & suami tidak memutuskan hubungan antara ibu dan anak. Mulianya hati pasangan ini! Berikut perkongsian beliau;
Dedek gi main2 simimpul dgn ibu awak tu jgn lupa mummy daddy dan balong tau. behave. jgn nakal2 dgn ibu. make us proud.
A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on
NETIZEN MEMUJI FYNN




REAKSI FYNN

NETIZEN BERKONGSI CERITA




Fynn sebelum ini telah menyusukan anak angkatnya itu. Malah Fynn membuat persediaan rapi untuk menyusukan Sakti.
Sakti Kencana yang selalu dipanggil dengan nama manja Dedek sentiasa tampil ceria dan pandai senyum bila diajak bergambar. Telatahnya juga keletah dan menghiburkan!
Sumber: Instagram Fynn Jamal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barang Elektrik Terendam Dalam Banjir, Cuba Tips Ini. Mana Tahu Ada Rezeki Lagi!

Bencana banjir yang berlaku tahun ini langsung tak disangka sama sekali terutama penduduk di sekitar Lembah Klang. Kebanyakan mangsa memang tak dapat nak selamatkan barangan elektrik dan barang penting lain.
Bila air dah surut, pastinya perasaan sedih melihat semua kelengkapan rumah rosak. Jadi bagi yang ingin mencuba nasib mana tahu ada rezeki lagi untuk menggunakan semula barangan elektrik itu, cuba tips yang dikongsikan ini.

Jika tak yakin, minta bantuan orang yang lebih pandai. Bukan apa risau berlaku renjatan elektrik pula. Ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Nur Izzati Harun di bawah.
Assalamualaikum…pada mangsa banjir saya kongsikan tip bila barangan eletrik kena air banjir
Melihat barang rumah tunggang langgang, peti ais dan TV terbalik dan tersadai, pasti ramai mangsa banjir yang hampir patah hati. Perkara pertama bermain di fikiran pastilah barang letrik dah rosak.
Tapi bagaimana jika kami katakan barang elektrik anda masih boleh diselamatkan walaupun dan beberapa hari terendam dalam air banjir berlumpur?
Kami kongsikan 7 langkah untuk anda bersihkan barang elektrik selepas banjir dah surut.

TIPS KEPADA MANGSA BANJIR BERKAITAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK YANG TERENDAM BANJIR
1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.
7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.
Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru
Mudah-mudahan kita dpt membantu semua mangsa banjir…doakan kami warga port klang selamat.
Kredit: Nur Izzati Harun
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada Baiknya Ibu Kena Jadi ‘Malas’. Sekurangnya Anak Tahu Buat Kerja Rumah

Mengajar anak buat kerja rumah di usia awal sangat digalakkan, namun ia perlu mengikut peringkat umur. Dalam tempoh ini ibu bapa tak boleh terlalu menekan anak, cukup sekadar memberi panduan asas agar mereka faham dan perlahan-lahan menjadikan tugasan itu sebagai tanggungjawab mereka.
Kadang ibu bapa yang mengajar anak ini bukan saja-saja tetapi mereka hendak mengajar anak tentang skill pengurusan diri dan tidak menjadi seorang anak yang manja.
Sekali-sekala ibu kena jadi ‘malas’. Maksudnya jangan terlalu ikut saja anak, beri juga peluang untuk si kecil buat perkara yang simple mengikut usianya. Untuk permulaan setakat kemas mainan, masukkan baju dalam bakul tak ada masalah.

Perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud ini yang menjelaskan ibu kena juga jadi ‘malas’ ini ada baiknya.
Jadilah ibu yang malas. Mungkin status ini mengundang kecaman. Bukan kecaman ya tapi nak ajar skill survival untuk anak.
Ramai saya tengok ibu bapa buat semua untuk anak. Anak main sepah..mak dia yang kemas. Anak buka baju letak kat lantai…mak yg kutip letak dalam bakul. Anak makan pinggan letak meja..mak ayah yang kutip basuh.
Jadi anak jadi apa?
Anak jadi tuan!
Mak-mak
Seawal anak dari usia 3 tahun dah boleh disuruh-suruh. Mula-mula suruh kemas-kemas mainan. Lepas tu boleh suruh masuk baju dalam bakul. Lepas tu boleh ajar tolong cuci pinggan. Lepas tu sapu lantai, kemas meja makan
Terapkan pada anak tak kira lelaki perempuan kecil besar semua kena sama-sama bertindak sebagai pasukan buat tugasan ikut usia masing-masing. Yelah takkan 3 tahun nak suruh goreng ikan pulak kan?
Pentingnya tugasan ni melatih anak responsibility dan accountability. Dan memahirkan anak untuk buat kerja dan ringan tulang tanpa perlu disuruh. Anak belajar juga rasa empathy dan menghargai orang lain.
Penatkan kemas? Lepas ni nak sepah lagi tak..mesti kurang sepah sebab tahu dia jugak yang kena kemas. Anak belajar menghargai usaha orang lain sebab dia tahu tak mudah nak buat semuanya sendiri.
Lepas ni..jadilah ibu yang malas. Jangan buat semua kerja rumah. Agihkan tugas pada suami dan anak-anak yang mana boleh. Belajar mempercayai mereka. Mungkin tak cantik lipatan baju mereka tapi ingatlah kita pun lipat baju memula pun tak cantik juga.
Mula-mula kerja mungkin tak sempurna. Tapi kita latih supaya semakin lama semakin sempurna. Memang lagi cepat kita yang buat tapi sampai bila semuanya kita nak buat?
Sumber: Amalina Mohd Daud
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Azizah Ariffin Kongsi Cara Besarkan Seorang Huffaz. Bukan Senang! Ibu Ayah Boleh Jadikan Ini Sebagai Inspirasi

Mendidik anak seorang tahfiz tentu bukan tugas yang mudah. Selebriti cantik, Azizah Ariffin berkongsi cara mendidik, penjagaan dan cabarannya.
Kesyukuran tidak terlafazkan melihatkan cahaya mata berjaya menghafal kitab Allah. Asuhan serta didikan yang diberi selama ini sekurang- kurangnya mampu membuatkan Azizah tersenyum setelah pelbagai pancaroba terpaksa dihadapi.
Sebagai ibu, sudah tentu mengimpikan kejayaan anak di dunia dan akhirat. Ibu kepada 3 cahaya mata ini berkongsi cerita tentang anak keduanya, Ashriel. “Semasa tugasan mengendalikan program berbentuk keagamaan seperti Tanyalah Ustazah, Tanyalah Ustazah, Adik & Al-Quran, ia banyak memberi pendedahan tentang kepentingan mendidik anak supaya cintakan Al-Quran.” ujar Azizah
PEMAKANAN AMAT DITITIKBERATKAN
Azizah memberitahu faktor pemakanan amat dititikberatkan dalam membesarkan seorang huffaz. “Kebanyakannya semua maahad memang sangat menjaga pemakanan anak-anak. Sebab itu juga anak-anak tahfiz tidak dibenarkan pulang (cuti di rumah) . Hanya setiap dua minggu dibenarkan pulang.
Bagi memastikan apa pemakanan terjaga, sebagai ibu bapa perlu meneruskanya di rumah dengan memberikan anak lebih banyak ikan dan ayam organik. Elakkan sama sekali makanan ringan atau makanan yang tidak berkhasiat. .
Azizah menjelaskan dia sekeluarga memang mengamalkan quranic food atau makanan sunnah seperti minyak zaitun, madu, jus delima, buah teen kurma, cuka teen dan sebagainya. Rumahnya sentiasa ada stok makanan sunah. Ashriel juga tidak ketinggalan walaupun pada mulanya perlu dipaksa untuk mengambil quranic food.

BERLUMBA HAFAL PADA MULANYA
Selain itu, wanita cantik ini selalu bercerita dan berkongsi dengan anak-anak tentang istimewanya orang yang tinggi ilmu agama dan dapat menghafaz Al-Quran kepada Ashriel ketika itu. Saya sering cetuskan suasana keseronokan dengan berlumba menghafal surah-surah pendek bersama-samanya . Antara surah yang kami hafaz bersama adalah surah Ar Rahman & Al-Mulk. Tidak menyangka apa yang saya lakukan itu menerbitkan minat dalam diri Ashriel.

BUAT KEPUTUSAN KE SEKOLAH TAHFIZ
Selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Ashriel sendiri menyuarakan hati mendalami kitab Allah ini setelah mengambil keputusan untuk menyertai sekolah tahfiz.
Lokasi pengajian pertamanya ialah di sebuah mahaad di Bangi. Pelbagai rintangan dan cabaran ditempuh anak lelaki ini hinggakan dia perlu berpindah sekolah ke Maahad Tahfiz Mtaqwas di Sunway Kayangan. Ashriel mengambil masa 4 tahun untuk menyempurnakan hafazan 30 juzuk kalamullah.
DUGAAN & CABARAN YANG DITEMPUHI
Sebagai anak yang sedang meningkat remaja, Ashriel sama seperti anak remaja yang lain. Jiwanya adakalanya inginkan kebebasan dan keseronokan bersama kawan-kawan dan sebagainya seperti ingin menonton wayang dengan rakan-rakan.
“Saya tidak terlalu strict bab ini. Aadakalanya saya bagi dia keluar bersama kawan-kawan, cuma saya pantau juga tentang aktiviti anak dan filem apa yang hendak ditontonya. Sebab jika terlepas tengok cerita-cerita yang mendedahkan aurat dan sebagainya, ia boleh menjejaskan hafazan mereka,” kata Azizah.

Ibu ini juga menambah, pergaulan dengan rakan-rakan apabila pulang ke rumah juga kena perlu dipantau selia. Maklumlah kawan-kawan yang lain lebih bebas dan tidak perlu hafaz Al-Quran bila dirumah, maka akan mengajak si anak bermain game dan sebagainya. Hal ini perlu dipantau oleh ibu ini supaya anak sentiasa fokus, tidak lalai dan berdisipin. Katanya dia bersyukur kerana mengenali semua rakan-rakan anaknya. Jika Ashriel dan rakannya ingin bermain game, mereka perlu mematuhi had masa sudah ditentukan agar hafazan tidak diketepikan.

Jangan lupa tonton Pa&Ma minggu ini yang membincangkan tajuk “Tahfiz Cilik”. Perkongsian daripada para ustaz dan ibu bapa pelajar tahfiz akan memberikan info lanjut berkenaan topik menjadikan anak insan pencita Al-Quran.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


