Mulut bayi paling mudah dijangkiti kuman jika tidak dibersihkan. Mulut bayi perlu dibersihkan dengan kerap supaya sisa susu hilang. Jika tidak dibersihkan ia juga boleh menyebabkan mulut berbau dan dijangkiti kulat susu. Ikuti langkah ini!
Sebelum menyusu, ibu-ibu perlu membasuh tangan dan puting kerana bayi mudah dijangkiti kuman.
Langkah demi langkah bersihkan mulut bayi:
1. Ambil kain yang bersih, sama ada kain lampin, kain tuala yang nipis, kain kasa atau pun gauze.
2. Basahkan kain dengan air suam, air jangan terlalu panas atau sejuk.
3. Pegang atau pangku bayi dengan kemas. Kalau boleh bedung bayi supaya bayi tak bergerak.
Ads
4. Support leher dan kepala bayi supaya lebih mudah bersihkan mulut bayi dan senang buka mulut bayi
5. Perlahan-lahan, masukkan kain yang basah tadi ke dalam mulut bayi dengan gunakan jari telunjuk
6. Mulakan dengan bersihkan di bahagian atas gusi dan celah pipi
Ads
7. Kemudian, ambil bahagian kain yang lain dan basahkan lagi untuk bersihkan bahagian lelangit bayi
8. Bersihkan lidah agak mencabar, sebab lidah paling banyak ada selaput putih dan anak mudah termuntah bila bersihkan lidah
9. Akhir sekali, bersihkan bibir dan hujung bibir dengan air suam
Ads
Video Cara bersihkan mulut bayi
Ulang langkah demi langkah ni setiap hari supaya mulut bayi bersih dari sebarang sisa susu dan dapat elakkan sebarang jangkitan kulat atau fungus
Jangan lupa peluk dan cium anak selepas bersihkan mulut anak. Ingat, peluk dan cium adalah REWARD berharga untuk anak
Cara pujukan bayi menangis paling popular dan konvensional adalah mendukungnya. Sememangnya bayi sangat suka didukung terutama oleh ibu atau ayah. Tahukah anda, ketika mendukung anak, kita merangsang tekanan yang membuatkan badannnya lebih tenang dan rilek.
Cara mendukung anak yang betul turut membantu perkembangan badan dan fizikalnya. Ada beberapa alasan mengapa cara mendukung anak dengan betul boleh membantu perkembangan fizikal si anak. Antara sebab tersebut adalah:
a. Punggung bayi terbentuk menjadi semakin tegak pada bulan-bulan pertama selepas lahir.
b. Pinggul dan pinggang bayi juga secara automatik memiliki kedudukan yang betul sehingga terhindar daripada penyakit ‘hip dysplasia’ atau kesalahan tulang pinggul sehingga bayi seakan seperti mengangkang.
c. Mendukung bayi secara vertikal boleh mengelakkan daripada masalah kepala leper (‘flat head syndrome’)
Ini tip mendukung bayi yang betul
1. Jika ibu mendukung bayi menggunakan alat penggendong bayi, keadaan tali dan pendukungnya mestilah selamat kepada bayi.
2. Ibu mestilah boleh memeluk dan mencium bayi.
3. Jangan ikat alat penggendong bayi terlalu ketat kerana bimbang bayi sukar bernafas.
4. Anda mesti boleh melihat bayi dengan sekali lirikan. Jika sukar melihat bayi bermakna alat penggendong diikat terlalu ketat.
5. Wajah bayi juga mestilah melihat ke atas bukan ke bawah.
6. Posisi kepala bayi mesti hampir dengan dagu ibu. JIka terlalu bawah ia bermakna salah posisi.
7. Jarak di antara dada ibu dengan dagu bayi lebih kurang satu jari.
8. Beri sedikit ruang untuk bayi boleh bergerak sedikit.
9. Anda mestilah memastikan bayi dalam posisi stabil semasa didukung tidak kira menggunakan alat penggendong atau tidak. Ini untuk mengelakkan daripada masalah ‘hip dysplasia’.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat teknik yang ibu bapa perlu ambil peduli supaya bayi cepat merangkak. Secara umumnya apabila mempunyai anak tentu anda teruja untuk melihat perkembangannya. Ia termasuk melihat anak boleh merangkak.
Sebenarnya kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku pada usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan.Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekali gus melatih kemampuan motorik halus bayi.
Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.
Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergeser dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki.
Tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Berikut adalah antaranya:
*Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
1. Sering meniarapkan bayi sejak awal merupakan rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
2. Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
3. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
4. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat!
5. Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
6. Ada kalanya simulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak. Oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
KEBAIKAN APABILA BAYI MERANGKAK
a) Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
b) Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
c) Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.
d) Melatih fungsi otak kanan dan kiri.
e) Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.
Bila dah mula menyusukan anak, perkara pertama akan terlintas nanti adalah cukup tak susu yang nak dibekalkan kepada anak nanti. Macam mana keadaan anak bila nak susu di rumah pengasuh atau taska? Persoalan ini yang kadang kala buatkan ibu sendiri jadi susah hati bila dah bekerja.
Menurut Puan Ziela Juzaila yang memperjuangkan breastfeeding, ibu boleh membuat jadual menyusu untuk memastikan anak kenyang dan tak meragam.
Pemberian 2oz sekali feeding, ia adalah seni melatih dan bergantung pada kerjasama penjaga. Lepas menyusu mesti tidur atau dibawa bermain atau menangis sebab tak cukup susu? Ini jadual pemberian susu perahan yang pengasuh saya praktikkan. Sesi ke-8 jarang berlaku kerana biasa ambil anak jam 1730.
Baby. Mereka tidak perlu susu yang banyak dalam satu-satu masa. Baby ni jika diberikan 10oz pun mampu disedutnya habis. Kemengahan termenung tidur. Perlu tahu bahaya overfeed.
Saya lihat ramai juga yang praktis 2oz sekali feeding untuk baby masing-masing. Ramai juga tetapkan 2oz untuk setiap 2 jam. Pada pandangan saya 2oz setiap 2 jam tidak sesuai. 2oz untuk setiap 1 jam atau 1jam setengah mengikut keadaan, masa tidur dan bermain baby. Sebaiknya jika masih memilih untuk aturkan pemberian susu perahan setiap 2 jam, berikan 2.5-3oz.
Tanggapan yang perlu diperbetulkan. Aturan menyusu kerap-kerap dengan jumlah 2oz bukan kerana takut tidak dapat bekalkan susu perahan yang cukup untuk anak. Kita berikan kerap-kerap ada kelebihannya:
Supaya anak kerap mendapat susu walaupun kita sedang bekerja.
Kita bekalkan susu yang sesuai dengan keperluan anak bukan untuk anak tidur kemengahan.
Anak yang di offer menyusu kerap lebih mudah ditenangkan.
Kita yang memerah juga tenang-tenang saja menyusuri dunia penyusuan sehingga 2 tahun.
Walau bagaimanapun, pastikan anak mendapat susu yang secukupnya. Balik rumah usahakan untuk kerapkan menyusu terus ke breast. Stimulation baby efektif mengeluarkan susu yang paling dalam dan juga penghasilan susu yang cukup dan berpanjangan.