Mulut bayi paling mudah dijangkiti kuman jika tidak dibersihkan. Mulut bayi perlu dibersihkan dengan kerap supaya sisa susu hilang. Jika tidak dibersihkan ia juga boleh menyebabkan mulut berbau dan dijangkiti kulat susu. Ikuti langkah ini!
Sebelum menyusu, ibu-ibu perlu membasuh tangan dan puting kerana bayi mudah dijangkiti kuman.
Langkah demi langkah bersihkan mulut bayi:
1. Ambil kain yang bersih, sama ada kain lampin, kain tuala yang nipis, kain kasa atau pun gauze.
2. Basahkan kain dengan air suam, air jangan terlalu panas atau sejuk.
3. Pegang atau pangku bayi dengan kemas. Kalau boleh bedung bayi supaya bayi tak bergerak.
4. Support leher dan kepala bayi supaya lebih mudah bersihkan mulut bayi dan senang buka mulut bayi
5. Perlahan-lahan, masukkan kain yang basah tadi ke dalam mulut bayi dengan gunakan jari telunjuk
6. Mulakan dengan bersihkan di bahagian atas gusi dan celah pipi
7. Kemudian, ambil bahagian kain yang lain dan basahkan lagi untuk bersihkan bahagian lelangit bayi
8. Bersihkan lidah agak mencabar, sebab lidah paling banyak ada selaput putih dan anak mudah termuntah bila bersihkan lidah
9. Akhir sekali, bersihkan bibir dan hujung bibir dengan air suam
Video Cara bersihkan mulut bayi
Ulang langkah demi langkah ni setiap hari supaya mulut bayi bersih dari sebarang sisa susu dan dapat elakkan sebarang jangkitan kulat atau fungus
Jangan lupa peluk dan cium anak selepas bersihkan mulut anak. Ingat, peluk dan cium adalah REWARD berharga untuk anak
Sumber: Dr. Izaza Mohd Zan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biarpun Demam, Ibu Perlu Terus Susukan Bayi. Susu Ibu Akan Bekalkan Antibodi Kepadanya!
Apabila dilanda demam, ada segelintir ibu menyusu mengambil keputusan untuk tidak menyusukan bayi sedangkan tindakan itu salah! Perbetulkan ia dan terus susukan bayi demi kesihatannya juga.
Sebagai manusia, kita kadang kala diserang demam apabila suhu badan meningkat melebihi 37.5 °C. Ramai yang keliru dan risau apabila demam kerana bimbang ia membawa kemudaratan kepada bayi jika dia terus disusukan. Ketahuilah, ramai pakar perubatan menegaskan penyusuan susu ibu harus diteruskan walaupun anda demam!
Apabila demam biasa dan hanya mengalami selesema, sakit tekak dan batuk, anda sangat digalakkan untuk terus menyusukan bayi kerana ia tidak memberi kesan kepada anak yang disusukan itu. Doktor berpendapat bahawa menyekat penyusuan susu ibu sewaktu diri mengalami demam biasa boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit dan demam kerana dia tidak mendapat perlindungan daripada susu ibu.
Jadi, apa lagi! Terus susukan anak anda kerana susu ibu memberikan perlindungan kepadanya daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan anda demam. Hal ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman.
Ketahui juga bahawa apabila anda demam, terdapat reaksi imunologi iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami. Dengannya, antibodi dapat disalurkan menerusi susu ibu. Antara reaksi imunologi yang berlaku ialah:
- Meningkatkan pergerakan leukocytes.
- Menggalakkan sel darah putih memusnahkan kuman.
- Mengurangkan kesan toksin.
- Memperbanyakkan sel-sel antibodi (T-cells).
Jaga kebersihan diri
Dalam pada itu, anda sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan bayi dijangkiti. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah mencuci tangan sekerap mungkin dan mengelakkan batuk atau bersin secara langsung ke muka bayi.
Sementara itu, semasa mendapatkan rawatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa sedang menyusukan anak. Hal ini penting supaya doktor berkenaan dapat membekalkan ubat-ubat yang selamat untuk penyusuan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kena Tukar Beras Ke?” Nak Naik Berat Badan Anak, Tak Perlu Pun Beras Special!
Demi memastikan anak sentiasa naik berat badannya, ada ibu yang mahu menggunakan beras special untuk anak seperti beras perang, beras basmathi tidak kurang juga beras Sumo yang begitu popular di kalangan mak-mak. Soalnya perlu ke tukar beras?
Menurut Dietition, Pn Fizah Sobri, beliau tidak mengesyorkan pertukaran beras ini hanya semata-mata untuk kenaikan berat badan anak. Mengapa? Ini yang dikongsikan oleh beliau.
BABY TAK PERLU BERAS SPECIAL
“Anak saya 9 bulan susah naik berat, tukar beras sumo la”
“Anak saya 8 bulan sembelit, kena tukar beras perang”
” Anak saya nak masuk setahun taknak makan, kena tukar beras basmathi ke?”
Jawapan saya
Tidak. Kenapa?
1. Semua jenis beras mengandungi kalori yang sama dalam 1 senduk (beras putih, beras perang, beras basmathi). Beras sumo pula tinggi kanji dan akan membuat baby cepat lagi kenyang. Yang akan membantu anak naik berat ada pertambahan kalori.
2. Titik beratkan serat dari sayur dan buah buahan bukan kepada beras perang. Anak perlukan gabungan kedua serat larut air dan serat tidak larut air dari kedua sumber ni untuk bantu lembutkan najis dan lawas.
Ingat selain tak cukup serat anak kadangkala tak cukup air atau pun kurang bergerak aktif (contoh kerap didukung, letak dalam buai tak bagi anak bergerak)
3. Tiada kaitan antara pertukaran beras dan selera makan anak. Anda dapat lihat selera mereka berubah sebab cara menu yang disediakan dengan beras basmathi berbeza dari menu yang biasa anak makan.
Mommies perlu variety kan, tukar tukar menu. Cantikkan jugak presentation (letak banyak warna atas pinggan) dan
bagi anak makan sendiri.
Pastikan ada ketiga sumber karbohidrat, protein dan serat atas pinggan.
Kalau kita pun bosan makan menu sama, sama jugak dengan anak. Malah mereka lagi cepat bosan.
Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Selalu Sakit Dan Demam? Mungkin 6 Sebab Ini Antara Puncanya
Anak selalu sakit dan demam? Ada beberapa sebab yang ibu bapa perlu ketahui supaya mudah untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar masalah ini tidak berlarutan.
Mesti ibu bapa tertanya-tanya di mana agaknya silap dalam menjaga anak-anak? Adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Menurut DoktorBudak.com, sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.
- TERDEDAH PADA VIRUS DI PUSAT JAGAAN
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
- SELALU MAKAN MAKANAN RINGAN
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrient mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
- ANAK TAK CUKUP TIDUR
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
- ANAK KURANG BERGERAK AKTIF
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
- BERKONGSI BARANG
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
- MANGSA ASAP ROKOK
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
SISTEM IMUNISASI ANAK SEDANG BERKEMBANG
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan berkurang semakin apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI