Masa kini, sering kedengaran pasangan suami isteri menghadapi masalah ketidaksuburan. Tidak kira jika pasangan itu baru berkahwin ataupun pernah memiliki anak sebelum ini. Hal ini dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab.
Bagi anda yang cuba merancang kehamilan, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan. Seboleh-bolehnya elakan atau cuba perbaiki terlebih dahulu perkara-perkara ini sebelum cuba hamil.
1. Menghidu asap rokok
Di Malaysia, tidak ramai wanita merokok namun kebanyakannya adalah perokok sekunder. Mungkin anda pun terlibat sama. Anda dikatakan sebagai perokok sekunder apabila kerap terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh suami atau sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan anda. Menurut kajian, kekerapan pendedahan diri kepada asap rokok boleh menjejaskan kesihatan dan kesuburan wanita!
Masalah obesiti boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan kerana ia mungkin menjadi boleh punca kitaran haid tidak teratur. Oleh yang demikian, lakukan senaman secara berkala. Dalam masa yang dinasihatkan untuk tidak mengamalkan diet yang ekstrem.
3. Senaman atau diet ekstrem
Rutin harian yang aktif dan pemakanan yang sihat sememangnya boleh membantu anda untuk lebih sihat. Malah, ia secara tidak langsung meningkatkan keupayaan anda untuk hamil.
Ads
Namun begitu, pastikan diet dan senaman yang dilakukan tidak terlalu ekstrem. Perubahan mendadak boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan mempengaruhi kitaran haid. Jadi, lakukan secara perlahan-lahan dan sihat.
4. Terlalu kurus
Selain obesiti, tubuh yang terlalu kurus juga boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan wanita. Oleh itu, cuba capai berat badan ideal mengikut ketinggian dengan melakukan amalan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
5. Mengabaikan kesihatan mulut
Jika selama ini anda kurang mengambil perhatian terhadap kesihatan mulut, inilah masanya untuk anda membuat temujanji dengan doktor gigi.
Dikatakan, pengabaian diri terhadap kesihatan mulut dengan membiarkan gigi rosak dan gusi bermasalah boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan menurunkan kadar kesuburan wanita.
6. Makanan rapu
Sesungguhnya, menjaga pemakanan amat penting jika anda berdua mahukan anak. Lebih-lebih lagi suami. Ada kajian mendapati lelaki perlu memberi lebih penekanan tentang hal pemakanan yang diambilnya saban hari.
Hal ini kerana pengambilan makanan rapu yang banyak lemak trans dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah.
Ads
7. Stres
Cabaran kerja masa kini membuatkan semua orang perlu menghadapi tekanan. Tidak dinafikan keadaan ini turut memberi tekanan kepada anda yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Stres bukan sahaja mempengaruhi tahap kesihatan mental malah fizikal juga. Ini termasuklah tahap kesuburan anda.
8. Malu berjumpa doktor
Sekiranya mengalami masalah berkaitan haid atau apa jua hal-hal berkaitan hubungan seksual, anda perlu dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar. Dilaporkan, 1/3 daripada masalah ketidaksuburan berpunca daripada isu yang dihadapi oleh lelaki, 1/3 daripada wanita, manakala 1/3 tidak diketahui sebabnya.
Pelakon Mia Ahmad yang sedang hamil anak kedua mendedahkan dia tidak mengalami alahan yang teruk.
Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Samihah Ahmad Baderi ini pernah mengharungi suasana berbeza ketika hamil anak pertama.
“Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia empat bulan. Saya mula dapat tahu hamil ketika menggunakan alat ujian kehamilan dan ia positif.
“Saya bersyukur kehamilan kali ini tidak mengalami alahan yang teruk berbanding kehamilan anak sulung. Kali ini saya lebih kuat dan masih boleh keluar serta melakukan kerja,” katanya.
Tambah Mia, dia yang bakal bersalin pada Jun ini berharap proses kehamilan kedua dipermudahkan.
“Saya berharap proses kehamilan dipermudahkan dan doakan yang baik-baik. Soal jantina saya tidak kisah. Saya serahkan semuanya kepada rezeki dan takdir. Saya okay saja,” katanya lagi.
Sebelum ini, peminat mula berspekulasi Mia hamil lagi setelah dia berkongsi foto percutian keluarga di Bali, Indonesia dengan hashtag #BabyMooninBaliAgain.
Mia dan suami, pemain bola sepak Mohd Izham Tarmizi mendirikan rumah tanggap ada 13 Januari 2017 dan pelakon itu pernah mengalami keguguran pada Disember tahun sama.
Pasangan itu menerima cahaya mata pertama, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Ada yang tak faham cara betul kira usia kandungan bunting pelamin sampai mengata wanita yang baru berkahwin 4 minggu tapi dah mengandung 6 minggu sebagai hamil luar nikah. Jangan salah anggap dulu ya sebelum tahu cara betul kira usia kandungan ibu hamil.
Info ini mesti difahami betul-betul oleh suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga serta semua masyarakat. Bukan apa ada kes si suami yang tak tahu menahu pasal kiraan usia kandungan bergaduh dan menuduh si isteri sudah mengandung sebelum bernikah dengannya.
Dr Rusyainie Ramli menulis satu posting di facebook beliau bagi membetulkan salah tanggapan yang tular baru-baru ini tentang usia kandungan bunting pelamin. Harap jangan ada lagi suami atau makcik-makcik yang salah anggap dan ‘sok sek sok sek’ di belakang mengata yang tak betul tentang wanita yang bunting pelamin! Mari kita fahamkan betul-betul.
BUNTING PELAMIN.
Semalam ada kawan tanya. Macam mana dia mengandung 6 minggu. Sedangkan dia baru kahwin, kurang dari itu.
Saya akan terangkan dalam bahasa yang paling ringkas. Harap dapat difahamkan.
Senang saja. Kita kira tarikh mula mengandung pada hari pertama haid pada bulan terakhir. Wanita kena ingat kalau misi atau doktor tanya tarikh Last Menstrual Period, tulah dia. Bila haid habis tak penting.
Katakanlah Puan A datang haid pada tarikh 1/1/18.
Kitaran haidnya adalah setiap 28 hari.
Dia bernikah pada 12/1/18.
Hubungan kelamin terjadi lepas tu.
Kita anggap ovulasi iaitu penghasilan ovum dari ovari berlaku pada hari 14 dari tarikh haid pada bulan tu.
Kebiasaannya kitaran haid adalah antara 24 ke 35 hari, dan ovulasi boleh berlaku antara hari ke-7 haid hingga ke-21.
Ovum yang telah dikeluarkan bertahan selama 24 jam.
Sperma boleh hidup dalam rahim wanita selama 3-7 hari.
Jadi persenyawaan berlaku.
Persenyawaan tu bermaksud sperma dari lelaki dan ovum dari perempuan bergabung dan membentuk embrio.
Telur yang telah disenyawakan akan melekat pada dinding rahim.
Confirm Mengandung!
Pada lebih kurang tarikh 29/1/18, sepatutnya Puan A akan datang haid lagi. Tapi dia tak.
Dia tunggu dalam masa 5-7 hari, dan masih belum haid dan dia buat ujian mengandung menggunakan urin, positif. Maka dia mengandung.
Usia kandungan kita kira dari tarikh 1/1/18. Sebab tulah usia kandungan tu pada pandangan kasar lebih hari dari tarikh dia berkahwin.
Tulah dia bunting pelamin. Siapa kata fakta sains tak buat kita teruja. Terutama bila kita belajar biologi badan kita sendiri.
Usah biarkan diri kita diselubungi mitos!
Jap! SAYA TIDAK MENGANDUNG ya. Umur pun dah masuk 4 siri. Hahaha. Kang ada yang salah faham.
Berpotensi dapat bayi lelaki jika ibu yang mahu hamil banyak makan pisang. Menurut petua orang dahulu yang disebarkan bertahun-tahun lamanya, mengambil pisang secara konsisten sebelum mula hamil akan meninggikan potensi si ibu untuk mendapat anak lelaki.
Dan, yang kelakarnya, disebabkan petua orang lama ini, wanita yang mahu hamil juga akan memotong pisang berkenaan kepada beberapa bahagian jika mereka mahu mengandung bayi perempuan pula.
Betul ke khabar angin atau ‘cakap orang tua’ ini?
Kajian menyatakan, mungkin ada sedikit kebenaran pada petua orang tua untuk hamil bayi lelaki ini.
Para pengkaji telah menemubual 740 orang wanita semasa kehamilan pertama mereka dan mendapati ibu hamil yang mempunyai diet tinggi potasium (salah satu vitamin penting yang ada dalam pisang) lebih cenderung untuk mendapat bayi lelaki!
Begitu juga buat para ibu mengandung yang banyak mengambil sodium semasa hamil; mereka cenderung dapat bayi lelaki!
Yang menariknya, kajian ini turut membatalkan kata-kata bahawa jika ibu banyak minum air susu, senang dapat bayi perempuan.
Disebabkan terdapat banya kalsium dalam air susu, sebenarnya, ada keberangkalian tinggi untuk seseorang ibu itu mendapat bayi lelaki, dan bukannya bayi perempuan!
Terbukti benar atau tidak?
Itu semua kuasa Tuhan. Dia yang menentukan. Tetapi, tidak salah untuk kita berikhtiar, kan?
Jadi, jika anda mahu mendapatkan bayi lelaki pula atau kenal rakan-rakan yang teringin mendapat anak lelaki, anda kini sudah tahu makanan jenis apa yang mahu direkomenkan kepada mereka!
Sumber: my.theasianparent.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.