Siapa sangka disebabkan korek telinga, anak kecil ini terpaksa menahan sakit kerana disahkan bell palsy.
Akibat daripada itu mulut si kecil ini menjadi senget. Bagaimanapun tindakan awal dan dirujuk kepada pakar kanak-kanak telah berjaya membantunya pulih.
Ikuti perkongsian dari Maizatul Amira iaitu ibu saudara kepada Khayla Nur Khadeeja. Semoga menjadi peringatan bersama.
Assalamualaikum . Ramai yang pm Mai pasal anak saudara Mai yang sakit #bellpalsy haritu. So Mai dah minta permission mama dia untuk share tentang penyakit Lala untuk share dengan ualls.
Seminggu sebelum Lala sakit dia demam dalam dua hari. Then kita bagi ubat demam je sebab memang selalu spare kat umah lagipun klinik jauh. Jarang bawa pergi klinik kerajaan sebab malas nak tunggu. So kita bagi je ubat beli kat klinik swasta tanpa cek demam dia tu sebab apa. (Sepatutnya kena cek ) Lepas dia makan ubat tu sihat. Main macam biasa dengan Annur.
30.1.2018 Malam tu dia selalu gosok-gosok mata dia. Mata dia berair macam gatal. Saya yang jaga dia masa tu. Saya basuh muka dia dengan air bersih takut kena habuk or apa-apa. Tapi still gosok mata. Tak lama lepastu dia main dengan Annur die gelak-gelak kitorang tengok mulut dia senget. Dan dia selalu pegang bibir dia. Kitorang ingat dia saje buat mulut senget. Siap buat lawak lagi ikut dia buat mulut senget. (Tak lawak ok) dia memang sakit. Sorry Lala.
Ads
31.1.2018 Pagi dia bangun tidur nangis-nangis macam tak selesa. Selalunya dia bangun tidur diam je.. Baring kadang-kadang nyanyi lagu.. mak saya dukung Lala tanya dia nak apa..semua dia tak nak dan dia nangis-nangis makin kuat. Masa tu nampak mulut dia bertambah senget dari malam tadi.. Bila nangis mata dia tak tertutup dua-dua belah mata. Abah dah bising suruh siap-siap pergi klinik sekarang. Masa diorang pergi klinik saya tak ada. Dia orang pergi klinik kat Segamat (klinik utama) doc tu terkejut dia cakap tak pernah handle kes mcm ni. So dia buat surat refer kecemasan Hospital Segamat. Then MA cek dia cakap gusi bengkak. Dia bagi ubat antibiotik. Kena makan sampai habis.
1.2.2018 Kita orang macam tak puas hati MA tu cakap gusi bengkak. Then mama Lala search klinik swasta yang ada pakar kanak-kanak. Dia orang pergi klinik mesra dekat jalan genuang. Doc Cina cek. Doc cek suhu badan, telinga n tekak. Dia ckp mmg sakit bell palsy dalam bahasa Melayu sakit saraf ke-7. Doc cakap punca sakit Lala ni sebab korek telinga mungkin terkena urat telinga. Apa yang doc cakap tu macam betul sebab sebelum sakit tu memang ada korek telinga dia. So maybe telinga dia bernanah dan kuman datang dan makan saraf muka sebab tu saraf muka mati dan muka jadi senget sebelah. Doc bagi 3 jenis ubat. Steroid dan lagi dua tak ingat. Doc cina tu bagi masa 4 hari untuk follow up semula.
5.2.2018 4 hari lepas tu cek balik kat doc klinik mesra cek semula dia kata tak ada perubahan. Masa tu rasa sedih sangat. Doc suruh stop ubat dan refer HKL. Tapi kita orang tengok macam dah kurang sikit mulut Lala senget lepas makan ubat tu. Untuk keselamatan ikut cakap doc pergi HKL mlm tu jugak.
6.2.2018 Pagi-pagi lagi pergi HKL. Bahagian kecemasan dan MA tu cakap sakit gusi. Dia bagi antibiotik dan surat refer bahagian paed. Tp tak sempat masuk paed sebab dah tutup awal. So continue esok.
Ads
7.2.2018 Pergi HKL bahagian paed. Datang awal kalau nak balik awal. So diorang datang kul 7 pagi tu pun dapat no 4. Ada yang lagi awal dari dia orang haha.. so cek dengan pakar kanak-kanak.. Doc tu cakap memang sakit bell palsy. Dan dia tanya kenapa stop ubat yang klinik swasta bagi tu.. kita orang cakap doc swasta takut sakit lain kalau continue ubat tu. Doc HKL cakap bell palsy memang selalu jadi lepas budak-budak demam. Masa tu virus senang merebak. Lala jenis antibodi lemah dan cepat sangat demam.. So doc bagi antibiotik dan steroid jenis tablet. (Fikir macam mana nak bagi pil kat lala) kena makan dalam masa dua minggu. 13.3.2018 follow up utk tgk perubahan.
Malam tu start makan ubat pil. Sebiji pil kecil tapi pahit sangat. Campur dalam air gula, sup tetap terasa pahit dia.. yang tua pun tak boleh telan inikan pula budak kecik.. malam tu memang tak dpt mkn ubat pil tu.. lala mkn antibiotik je. Huhu
8.2.2018 Mama cari ubat yang sama macam klinik mesra bagi kat klinik kawan dia. Alhamdulillah ada yang sama macam tu. Lala boleh makan dengan baik.. dia nangis tak nak sebab pahit tapi tak sepahit pil tu..haha sian lala. Dengar die nangis merayu-rayu tak nak makan ubat kesian sangat. Hakak mmg lari jauh dah nanti hakak hujan huhu.
Ads
22.2.2018 Ubat dah habis. Kitorang nmpk banyak perubahan kat mulut lala. Mata pun dah berkelip sekata. Cakap pun tak senget-senget mulut. Alhamdulillah.
13.3.2018 Check up doc. Alhamdulillah Lala dah sihat sepenuhnya tak perlu datang hospital dah. Masa tu rasa bersyukur sgt.. dan semoga tak kan datang hospital dah smpai bila-bila.
Moral : Jangan terlalu obses nak korek telinga anak.. nanti tahi tu keluar sendiri..bersihkan yang terkeluar tu je..bahaya untuk kanak-kanak..Dia orang tak tau nak explain sakit macam mana. So beware ok!
Moral : kalau demam terus pergi cek jangan tangguh. Jangan suap ubat sesuka hati. Kita tak tau sakit dalam badan dia.
Tq kawan-kawan yang doakan lala. Allah makbulkan doa kita. Kawan-kawan Mai dari bff, yang kerja nurse, pharmacist, tqsm sebab beri tunjuk ajar macam mana nak bagi ubat kat lala.. tq tau..
Sape nak share boleh share..ingatan untuk kita semua.
Hati ibu mana yang tak sedih tatkala melihat anak yang dilahirkan sihat beberapa bulan lalu, tiba-tiba diuji dengan penyakit yang jarang berlaku sehingga terpaksa bergantung dengan ubat yang boleh memberi kesan sampingan pada si comel ini.
Kisah adik Nur Ainul Mardhiah, 5 bulan pernah dikongsikan oleh ibunya, Norzuzita Abd Rahman pada akhir November lalu apabila melihat keadaan Ainul yang seolah seperti terkejut atau menyentak berulang kali secara tiba-tiba sehingga meleleh air matanya.
Selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, doktor pakar mengesahkan Ainul menghidap penyakit Infantile Spasm. Penyakit ini jarang-jarang berlaku.
Setelah mendapat keputusan penyakit Ainul, doktor dah mula memberi ubat prednisolone tapi lepas makan ubat tersebut, Ainul masih lagi menyentak tapi tak sekerap seperti sebelum ni.
Menurut apa yang diberitahu, doktor akan tengok dulu tindak balas badan Ainul pada ubat ini kerana ia permulaan untuk Ainul menerima ubat tersebut. Walaupun Ainul dibenarkan keluar wad semalam (3 Disember) masih banyak lagi rawatan susulannya.
Ainul juga perlu melalui beberapa prosedur lain iaitu 9 Disember ini ultrasound, 15 Disember janji temu dengan pakar di Hospital Kuala Lumpur dan 25 Disember buat MRI.
Banyak kesan sampingan ubat prednisolone
Apa yang merisaukan hati seorang ibu, apabila doktor memberitahu banyak kesan sampingan ubat prednisolone ni. Antarany kurang antibodi, mudah kena jangkitan kuman, tulang mudah rapuh dan perkembangan jadi lambat.
Ya Allah berat sungguh dugaan untuk anak kecil ibu. Tolong doakan untuk Nur Ainul Mardhiah supaya cepat sembuh dan terus kuat. Ibu tahu anak ibu kuat. Sepanjang berada di hospital pun Ainul tak meragam. Makan ubat semua ok.
Terima kasih pada semua kerana selepas saya berkongsi kisah Ainul, ramai yang mendoakannya cepat sihat. Baru tahu rupanya banyak jenis sawan yang boleh berlaku pada anak kecil ni. Doakan Ainul terus kuat ya!
**Teringin nak dapatkan barangan pada harga hebat, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada anak kecil, memang kena sentiasa beringat. Kadang sesuatu perkara yang tak dijangka boleh berlaku sekelip mata. Begitu juga yang berlaku kepada bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh dan isteri apabila bayinya berusia dua minggu jatuh dari ketinggian satu meter.
Menurut perkongsian Najdi di Mstar, dia hanya mampu menyalahkan dirinya sendiri kerana bayi keempatnya, Wan Mishary yang ditinggalkan atas meja di tingkat bawah kira-kira dua minit jatuh setelah ditinggalkan sekejap.
“Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja. Sepatutnya letak atas katil dulu. Isteri waktu tu sedang mandi.
“Saya naik atas sekejap untuk tukar baju. Baru sekejap tinggalkan, tiba-tiba dengar baby menangis dan jatuh.
“Saya orang terakhir yang pegang, kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian itu saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis. Kami saling salahkan diri, ” katanya dalam keadaan kesal.
Setelah kejadian itu, terus bawa bayi ke Hospital Kajang untuk dapat rawatan. Alhamdulillah, pakar buat ultrasound dan syukur tiada pendarahan. Cuma masa tu tetap kena monitor 24 jam.
“Setakat ini, keadaan bayi nampak okey cuma bila bangun nampak bayi sedikit terkejut. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri,” kongsinya dengan memaklumkan anaknya sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Tambah Najdi, kejadian berlaku pada pagi Hari Raya Aidiladha benar-benar menginsafkannya.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, ia berlaku ketika anak keduanya ingin menarik kain lampin yang digunakan membalut bayi.
“Saya tak salahkan sesiapa cuma agak terkilan keadaan ini berlaku.
“Harap dengan apa yang berlaku ini boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa lain terutama dalam menguruskan anak yang masih kecil,” katanya.
Najdi dan Dr Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkongsiannya hidup selama lima tahun dikurniakan empat cahaya mata, Wan Nur Maisarah, 5, Wan Mustapha, 3, Wan Medina, 2, dan Wan Mishary, 2 minggu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semasa tahun pertama kehidupan, kanak-kanak mengalami tumbesaran fizikal, sosial dan emosi yang pesat. Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini. Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis makanan yang menyerupai pemakanan orang dewasa.
Kepentingan penyusuan
Kajian menunjukkan bahawa penyusuan dan tabiat pemakanan ibu bapa memainkan peranan yang hebat dalam membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak untuk jangka panjang. Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu masih mendapat manfaat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka semasa tempoh tumbesaran dan perkembangan. Penyusuan susu ibu juga dianggap sebagai kaedah pemberian makanan yang optimum semasa 6 bulan terawal kehidupan bayi. Ini disebabkan kesan positifnya terhadap perkembangan tingkah laku pemakanan kanak-kanak semasa mereka membesar.
Bagaimana penyusuan mempengaruhi tabiat pemakanan kanak-kanak
Pelbagai rasa
Penyusuan adalah penting terhadap perkembangan reaksi kanak-kanak kepada petanda kelaparan dan kekenyangan dalaman mereka. Ia juga dipercayai dapat merangsang perkembangan keupayaan makan sendiri semasa pemberian makanan. Perubahan dalam komponen susu ibu semasa pemberian susu tunggal, dan perubahan komposisi susu ketika bulan pertama kehidupan, dapat menggalakkan peningkatan kepekaan untuk pengambilan tenaga. Para saintis juga yakin bahawa sesi penyusuan meninggalkan kesan yang kuat dalam metabolisma seseorang kanak-kanak, yang mungkin menjelaskan kelakuan pemakanan yang berbeza.
Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif kepada kelakuan pemakanan semasa peringkat kanak-kanak kerana ia membantu anak anda menerima rasa daripada diet yang diambil oleh ibu melalui susu badan. Jika ibu makan pelbagai jenis makanan, bayi yang minum susu ibu juga akan turut merasai pelbagai perisa makanan. Pendedahan ini memberikan impak yang besar kepada peralihan susu ke makanan pejal bayi.
Pendedahan awal
Secara semula jadinya, kanak-kanak menggemari rasa manis dan masin. Oleh itu, makanan yang manis dan masin berkemungkinan tinggi mudah diterima oleh kanak-kanak, berbanding dengan makanan yang mempunyai rasa pahit seperti sayuran tertentu. Bayi dan anak kecil boleh belajar bagaimana untuk menerima makanan dan rasa makanan yang tidak biasa dimakan melalui pendedahan yang berulang. Oleh itu, dari satu segi, penyusuan memberikan bayi pendedahan awal dan berulang terhadap rasa daripada diet yang diambil oleh ibunya.
Hal ini sekali gus menawarkan hubungan rasa kepada bayi, menjadikan rasa makanan tersebut lebih ‘mesra’ pada lidah mereka semasa diberikan makanan pejal. Maka, bayi yang dahulunya menyusu badan akan lebih mudah terbuka untuk menerima pelbagai jenis makanan baru dan seterusnya mengambil pelbagai pemakanan semasa besar nanti.
Makan adalah tugas utama dalam kehidupan bayi dan anak kecil. Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu memberi tumpuan kepada proses ini bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Pengalaman makan memberikan kanak-kanak bukan sahaja nutrisi, bahkan juga peluang untuk belajar. Pemakanan mempengaruhi fizikal, psikososial dan perkembangan emosi kanak-kanak.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...