Mulut Macam Orang Besar! Baru 2 Tahun Setengah, Syeriv Petah Cakap Dua Bahasa

Share

Pejam celik, pejam celik dah makin besar dan petah cakap anak kepada pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini. Walaupun baru berusia dua tahun setengah, pasangan ini bersyukur anak lelakinya Syeriv Samheizy petah bercakap dalam dua bahasa.

Syatilla menerusi akaun Instagram anaknya, Syeriv berkongsi tips bagaimana dia mengajar anaknya boleh bercakap dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.

“Sungguhpun Syeriv baru dua tahun setengah, tapi dia petah becakap dua-dua bahasa. Alhamdulilah.

Mungkin ramai ibu bapa nak tahu apa pendekatan yang Syatilla dan suami buat pada Syeriv. Tiada apa yang lain pun cuma tipnya kena rajin bercakap dengan anak seperti dia kawan kita.

Berikut tip yang dikongsikan Syatilla bagaimana dia ajar Syeriv cakap. 

“1- Jangan biasa cakap dengan anak-anak bahasa budak-budak. Contoh macam ‘nak mamam? Nak nenen?’; ‘alolo omey-omey nyeee (comelnyaa)’, elakkan kalau boleh, nanti anak hampa (kamu) akan bercakap dengan kurang jelas

“2- Berbual je dengan anak-anak macam kita sembang dengan laki kita,kawan kita. Walaupun depa tak faham lagi tapi cara kita communicate tu yang penting!!

“3-Selitkan lawak-lawak bodoh sikit. Supaya tak serious sangat

“4-Bawa anak-anak bergaul dengan budak-budak lain. Jangan tengok muka mak hang jaa..” tulisnya.

Perkongsian itu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata terinspirasi dengan tips yang diberikan.

Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy, 1.

Published by
Wan Amy