Persediaan menimang cahaya mata ketiga yang dijangkakan pada penghujung Julai ini memberi sedikit debaran buat Memey Suhaiza dan Norman Hakim.
Apa tidaknya pasangan ini bakal menerima cahaya mata perempuan yang ditunggu selepas kelahiran dua anak lelaki sebelum ini.
Perkongsian Memey di instagram menunjukkan keterujaannya kerana boleh dikatakan semua persediaan menerima orang baru dah siap.
Memey juga menyatakan sekarang semua baju dah boleh beli warna pink dan betul-betul harap apa yang diberitahu doktor mengenai baby girl jadi kenyataan.
Harap-harap betul la kata Dr dapat baby girl,
Kalau tak mummy pengsan. Pengsan bukan pasal jantina. Tak kisah sangat yang penting baby sihat. Tapi kalau yang keluar boy, kesian dia kena pakai pink.
Sebab mummy tengah mabuk warna pink. Maklumlah dah sakan mummy sediakan untuk boy.
Doakan ye semoga dipermudahkan semuanya..Yang sama-sama macam saya tengah preggy pun, saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan semuanya sampai bersalin.
Cara Norman Buat Netizen Sebak
Sementara itu, menerusi video yang dimuat naik Norman Hakim, dia ada kongsikan momen check up untuk trimester ke-3 kandungan Memey.
Nampak Norman begitu romantik dan menghargai Memey serta buatkan netizen mengalir air mata.
Norman juga turut mengharapkan doa dari semua orang semoga urusan bersalin isterinya dipermudahkan dan dia turut mendoakan yang terbaik buat bayi yang akan menjadi khalifah di muka bumi ini nanti.
“Ya Allah..peliharalah zuriat ini.Peliharalah Ibu yang sedang mengandungkan zuriat ini.Sihat sejahterakanlah kedua2 mereka ini Ya Allah.Semoga zuriat didalam kandungan ini akan menjadi hambaMu yang sempurna pada segala sifat dalaman & luarannya,taat kepada segala perintah & laranganMu serta taat kepada kedua ibubapanya Ya Allah..Aamiin Ya Rabbal Alamiin
Sumber: instagram Memey Suhaiza & Norman Hakim