Orang ramai selalu menyangka penyusuan ibu itu semudah menyebut A-B-C atau 1-2-3. Hakikatnya amalan menyusukan bayi dengan susu ibu lebih besar tanggung jawabnya.
Kadang-kadang, ada waktunya anda terbuat silap yang sama sekali tidak disedari atau disengajakan. Mari kita ikuti apakah kesalahan-kesalahan yang mungkin anda pernah buat.
1. Kurang menyusu atau tidak kerap mengepam
Anda mungkin tanpa sengaja mengurangkan sesi penyusuan langsung dengan bayi atau tidak kerap mengepam payudara bagi mengumpulkan stok susu ibu perahan pada waktu-waktu tertentu. Sebenarnya ia adalah satu kesalahan besar.
Mungkin anda perasan jika tidak menyusukan atau mengepam untuk tempoh masa tertentu, payudara terasa penuh. Ini bererti feedback inhibitor of lactation (FIL) bercampur sekali dengan susu ibu.
FIL akan menghantar isyarat kepada tubuh bahawa anda terlalu banyak menghasilkan susu untuk tempoh itu. Kesannya, berfungsi berlandaskan petunjuk itu, tubuh perlahan-lahan mengurangkan amaun pengeluaran susu.
Oleh sebab itulah, lama-kelamaan, penghasilan susu ibu terjejas. Semakin lama anda tidak menyusukan bayi ataupun mengepam susu, semakin sedikit hasil pengeluaran susu. Dinasihatkan agar anda tidak menunggu hingga payudara penuh, baru mahu menyusu atau mengepam.
Ads
2. Tidak menyusu atau mengepam di waktu malam
Setelah hampir seharian bekerja di tempat kerja, kemudian ditambah pula dengan urusan kerja rumah, anda jadi terlalu letih. Pasti anda mahu menghilangkan kepenatan itu dengan segera melelapkan mata.
Dalam keadaan sebegini, kadang-kadang anda mungkin terlalu penat untuk susukan anak atau mengepam sehingga membiarkan payudara tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya dan menjadi penuh. Hal ini akan menyebabkan FIL menghantar isyarat kepada tubuh dan kesan buruknya, penghasilan susu merudum.
3. Sedih tidak mahir menyusukan
Ads
Mana-mana ibu tidak kiralah pertama kali menyusukan bayi ataupun sudah banyak pengalaman pasti melalui pengalaman seperti ini. Anda sedih dan kecewa apabila bayi tidak melekap dengan betul walaupun sudah cuba mengajarnya beberapa kali.
Anda perlu ingat proses penyusuan susu ibu adalah masa di mana ada dan bayi perlu sama-sama belajar memahirkan diri agar proses penyusuan dapat berlangsung dengan lancar dan memberi manfaat kepada kedua belah pihak.
Sememangnya lekapan yang betul penting untuk proses penyusuan susu ibu. Janganlah terlalu bersedih hingga boleh memberi kesan kepada perhasilan susu anda.
Ads
4. Biarkan anak tidur lama
Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, terutamanya bayi baru lahir memang cenderung tidur dalam jangka masa yang lama. Itu fitrahnya. Anda pula selalu mengambil kesempatan itu dengan membiarkan dia tidur dengan nyenyak supaya dapat berehat lebih lama.
Tindakan anda ini salah dan boleh memberi kesan negatif kepada penghasilan susu. Amalan yang baik dan betul ialah menyusukan anak anda setiap tiga jam. Jika dia tidur dalam tempoh, anda perlu mengejutkannya untuk menyusu.
5. Culas jaga pemakanan
Corak pemakanan anda memainkan peranan penting dalam proses penghasilan dan pengeluaran susu. Kadang-kadang apabila terlalu sibuk menyiapkan kerja, anda terlupa makan.
Walau apa pun, adalah sangat penting untuk anda makan makanan yang sihat dan makan mengikut masa yang tetap. Hal ini akan membantu kelancaran pengeluaran susu anda. Jadi, elakkan diri daripada melangkau waktu makan ya. Anda boleh mencuba rutin yang sesuai dengan masa tidur anak supaya dapat makan lebih sihat dan mengikut masa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa yang inginkan gigi anak mereka cantik, sihat dan bersih. Namun tak ramai yang mementingkan pemakanan yang betul, cara penjagaan yang sebenar dan juga kualiti tidur yang baik buat anak mereka.
Tidak ada cara yang singkat untuk memastikan gigi anak cantik, bersih dan sihat tanpa penjagaan yang teliti. Bukan makanan yang sihat dan berkhasiat sahaja boleh rangsang pertumbuhan gigi anak anak untuk kekal sihat dan kuat.
Tapi, tidur yang cukup dan tidur yang berkualiti juga antara salah satu faktor pertumbuhan gigi dan gusi yang sihat bagi anak anak
Ia bermula dari ibu yang mengandung dari awal trimester sehingga melahirkan baby. Ibu kena dapat tidur yang berkualiti, tidur yang cukup dan tidur dalam keadaan tenang
Sebab, pertumbuhan gigi susu dan gigi kekal baby adalah seawal 6 minggu janin dalam kandungan ibu sehingga minggu ke 20
Jadi, ibu bukan sahaja perlu amalkan pemakanan dan diet yang seimbang. Tetapi, ibu perlu pandai kawal emosi, jaga kesihatan fizikal dan spiritual ibu semasa pregnant
Suami kena support dan faham keadaan isteri yang sedang pregnant. Suami wajib kawal emosi dan keadaan semasa isteri pregnant
Sebab tu, sebelum pregnant, suami kena tahu bagaimana nak kawal emosi sendiri, emosi isteri dan juga emosi bayi dalam rahim
Bukan senang nak jaga isteri yang tengah pregnant tau. Lagi lagi yang ada alahan, yang ada keinginan untuk nak makan itu dan ini, banyak dugaan semasa pregnant
Kalau tak tahan dengan dugaan dan cabaran yang perlu dilalui selama 9 bulan, suami jangan nak ngada-ngada bagi isteri pregnant, fikir dulu sebelum bertindak.
Ada ibu bertanya, apakah pil perancang yang sesuai kepada ibu menyusu? yang tak mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Sebab ada yang notice susu mula merudum sejak mula mengambil pil perancang. Aisehmen.. ini boleh bikin ibu stres. Bila stres makin berkuranglah susunya.
Sabar mommies, cari penyelesaian dulu. Menurut pakar dari PPUM dan merujuk kepada perkongsian Prof Madya Dr. Harlina Siraj, jenis pil/ubatan yang sesuai bagi ibu menyusu adalah dari jenis Progesterone – only Pill (POP).
Progesteron dan estrogen dengan prolaktin.
Jenis pil/ubatan yang mengandungi kandungan estrogen di dalamnya akan menyebabkan penghasilan susu terganggu. Ini kerana hormon estrogen berkadar songsang dengan hormon prolaktin yang berfungsi penting dalam penghasilan susu.
Jika estrogen dalam badan rendah, maka kadar prolaktin tinggi = penghasilan susu ibu tidak terganggu.
Jika estrogen dalam badan tinggi (kerana pengambilan pil/ubatan mengandungi estrogen), maka kadar prolaktin menurun = penghasilan susu ibu terganggu / berkurang.
Contoh pil/ubatan jenis Progesteron sahaja adalah Noriday.
Suntikan (depo) / implan.
Jika anda mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan/implan, jenis ubatan yang dimasukkan juga hendaklah jenis progesteron sahaja juga.
Jumpa doktor/pakar.
Dapatkan nasihat dari doktor / pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis pil perancang jika anda masih ragu-ragu. Jenis pil/ubatan yang diambil mestilah sesuai dengan kesihatan tubuh anda dan breastfeeding-friendly.
Perhatian: Jika anda mengalami susu merudum/ kenaikan berat badan baby tidak konsisten selepas pengambilan pil/ubatan perancang kehamilan, hentikan pengambilan pil perancang buat sementara dan monitor penghasilan susu / kenaikan berat badan bayi anda.
Kehamilan memerlukan keadaan kesihatan dan tubuh yang sangat baik, kerana setiap wanita hamil melalui perubahan fizikal yang melemahkan.
Jadi, ibu yang ingin hamil lagi perlu memastikan diri dalam keadaan yang terbaik supaya dapat menyediakan rahim yang kuat dan kesihatan tubuh yang jitu untuk hamil lagi.
Bagi ibu yang mengalami masalah lemah rahim atau condition kesihatan yang tidak mengizinkan anda hamil dengan kerap, amalkan pemakanan yang sihat dan dapatkan nasihat doktor untuk kaedah perancangan keluarga yang terbaik untuk anda.
Banyak khasiat saffron terutama sekali untuk otak anak. Elok diamalkan setiap hari bagi menggantikan air minuman manis yang diambil sebelum ini. Khasiat saffron ialah untuk merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan menguatkan ingatan.
Saffron sangat baik jika dimakan bersama madu asli. Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman.
Air Saffron Elok Beri Anak Minum Setiap Pagi
Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian beliau.
Jomlah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi ke sekolah. Kalau sebelum ini kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita mula bagi air saffron pula.
Tak perlu vitamin IQ tinggi gula, saffron sahaja kita guna.
Bagus Untuk Otak, Rugi Tak Amalkan
Saffron bagus untuk otak anak:
*Bantu untuk kuatkan memori anak. *Mudahkan proses faham ilmu baru. *Bantu anak lebih fokus masa belajar. *Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ini.
Antara cara yang boleh buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron.
2. Campur madu dalam air saffron.
3. Letak 1 helai safrron dalam susu.
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah.
Bolehlah cuba yang mana satu anda suka. Apabila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya.
Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, akhirnya anak kita minum juga.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.