Mungkin Di Dera Ibu & Kekasih Ibu, Budak Lelaki 3 Tahun Meninggal Dunia

Share

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu serta kekasih ibunya minggu lalu.

Polis telah menahan pasangan kekasih tersebut setelah menerima laporan daripada pegawai perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bahawa mangsa dihantar ke hospital itu dalam keadaan tidak sedar diri sekitar jam 6.20 petang pada 24 Disember lalu.

Katanya, mangsa difahamkan dihantar oleh ibunya sendiri ke hospital berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia. Pemeriksaan juga menemui kesan lebam pada keseluruhan badan mangsa.

“Susulan itu, pada 25 Disember lalu (Sabtu), Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuat tangkapan dua individu iaitu ibu mangsa berusia 27 tahun serta lelaki dipercayai teman wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoong Fong berkata, siasatan mendapati terdapat kesan lebam pada keseluruhan badan mangsa dan disyaki didera serta dipukul dengan menggunakan kayu, tali pinggang serta penyangkut baju sehingga meninggal dunia.

Katanya, kedua-dua suspek itu direman selama enam hari bermula Sabtu sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

“Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Kredit: bharian

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa