Tiada siapa yang mahu orang tersayang pergi dalam keadaan yang tidak dapat dipeluk dan dicium buat kali terakhir. Sekurang-kurangnya sebelum jenazah dikebumikan, kita ingin juga menatap wajah walaupun hanya seketika.
Bukan itu saja, di tanah perkuburan juga tetap mahu mendengar bacaan talkin kerana inilah perjalanan terakhir insan yang kita sayang di atas dunia.
Namun disebabkan penularan wabak Covid-19 ini yang melanda negara dan kes semakin meningkat, ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan virus ini daripada terus berada dalam kelompok masyarakat.
Ini kerana virus ini boleh meragut nyawa sesiapa sahaja tanpa mengira usia, pangkat dan kedudukan. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka menganggap wabak ini adalah agenda semata-mata.
Bagaimanapun, individu yang pernah melalui pengalaman ini saja tahu betapa peritnya. Begitu juga barisan hadapan yang setiap hari melalui dan melihat sendiri keadaan pesakit yang pergi bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarga.
Tak kira usia, dari peringkat kanak-kana sehinggalah warga emas, kematian disebabkan virus Covid seolah ancaman dalam diam.
Susulan daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya ada berkongsikan tentang satu perkongsian menyentuh hati yang dikreditkan atas nama Shahrin Sahbudin berkenaan dengan keadaan seorang pesakit Covid-19 yang terpaksa ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan sebelum pergi buat selamanya.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian tersebut seperti berikut:
Seorang pesakit COVID yang ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan. Prosedur sebelum ditidurkan kami akan minta pesakit mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui video call sahaja.
Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga… Dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit COVID aku. Moga ditempatkan bersama para solihin. Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri. Mati tu pasti… Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.
Kredit: Shahrin Sahbudin Via Kementerian Kesihatan Malaysia
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
Jom cuci-cuci mata dapatkan produk susu pada harga istimewa di sini
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI