Mungkin Kita Rasa Kecewa Tak Ada Masa Dengan Anak, Tapi Sempat Tak Kita Peluk Dia 3 Saat?

Share

Ada hari-harrinya kita akan rasa sedih, kecewa seperti ada sesuatu yang tak kena tentang kehidupan kita. Kita rasa kita tak dapat buat yang terbaik demi orang yang tersayang, terasa kejam dengan diri sendiri.

 

Saat kita terasa sedih, kecewa, gagal.. pernah tak kita terfikir tentang kebaikan yang kita lakukan pada hari tersebut? Cuba tanya pada diri sendiri, apa yang Tak salah pada hari ini? Sekurang-kurangnya ada benda positif yang boleh kita fikirkan. Ikuti perkongsian ini.

If you felt like a failure today, atau rasa tak berguna,
atau rasa serba serbi tak kena hari ni, try to ask yourself:

What’s NOT wrong today?
Apa yang TAK salah hari ni?

Mungkin hari ni aku kecewa dengan diri sendiri sebab tak sempat spend time dengan anak.
Yes, itu mungkin salah.

Tapi apa yang TAK salah?

Oh yes, aku sempat peluk anak walau untuk 3 saat je sebelum ke tempat kerja.
Dan aku sempat singgah kedai beli choki2 kegemaran dia.

Mungkin hari ni aku kecewa dengan diri sendiri sebab berkasar dengan suami.
Yes, itu mungkin salah.

Tapi apa yang TAK salah?

Oh yes, aku sempat salam cium tangan dia sebelum berpisah ke tempat kerja.
Kami sempat berbual bersama dalam kereta masa nak ambik anak kat taska.

Mungkin hari ni aku stress tak sempat kemas rumah yang dah macam tongkang.
Yes, itu mungkin salah.

Tapi apa yang TAK salah?

Oh yes, aku sempat basuh dan sidai baju.
Aku sempat order food panda untuk dinner bersama keluarga.
Aku sempat sapu laman dan siram pokok depan rumah.

When everything seems wrong, always try to find—
what’s NOT wrong.

Bila semua benda serba tak kena,
cuba perhatikan—

apa yang “KENA”?

Notice it.
Take it in.
And let it makes your heart feels full again.

So—
what’s NOT wrong today, guys? 😊

Salam sayang,

Kredit:  Adlil Rajiah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK

Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.

Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱

Jom jadi peserta terawal!

✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex

Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_

Published by
NuFa