Muntah & cirit-birit tanpa henti, nurse cucuk ambil darah & masukkan air pun tak sedar. Rupa-rupanya Heidy, anak Haziq Hussni dijangkiti rotavirus.
Kanak-kanak yang mengalami rotavirus selalunya cirit birit, muntah-muntah dan demam suhu tinggi. Haziq melalui Instagram & Instastory berkongsi mengenai keadaan anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 2 tahun yang mengalami cirit-birit dan muntah berterusan sehingga lemah. Heidy terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ambil darah pun tertidur
Isteri Haziq, Ayunda Putri memberitahu yang Heidy mungkin “kering teruk” (mengalami dehidrasi) kerana muntah & cirit-birit berterusan.
Deejay radio & hos TV ini mengakui dia cukup fobia apabila anak sakit kerana dahulu anak keduanya Chayra pernah mengalami batuk kokol (batuk 100 hari).
Si kecil Heidy alami cirit birit & muntah kerap hingga menyebabkan dia sangat lemah. Setiap kali makan akan buang air besar & setiap kali minum akan muntah. Tindakan membawa Heidy ke hospital tepat kerana doktor mengatakan tubuh Heidy sememangnya sudah kering.
Manakala isteri Haziq, Putri turut berkongsi tentang keadaan Heidy yang telah berada di hospital selama 6 hari 5 malam (ketika itu). Menerusi Instastory, Putri berkongsi info tentang rotavirus.
Sekarang tengah musim Rotavirus, mommy daddy hati-hati.
Putri juga berkongsi info mengenai bahaya rotavirus. Ia sangat mudah berjangkit. Anak berusia 1 tahun ke bawah boleh mendapatkan vaksin rotavirus sebagai vaksin tambahan.
Putri sebagai ibu berasa terkilan kerana terlepas memberikan vaksin tambahan itu kepada Heidy kerana ketika itu Heidy sudah pun berusia lebih satu tahun.
Sumber: haziq_hotfm & ayundaputrii
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI