Muntah Lepas Menyusu Petanda Awal Kanser Otak Tahap 4. Mohon Doakan Atikah Kuat!

Share

Muntah setiap kali selepas menyusu petanda anak yang dilahirkan normal 6 bulan lalu akhirnya disahkan menghidap Embryyonal Tumor With Multilayered Rossettes grade 4 atau bahasa mudahnya kanser otak tahap 4.

Bagi pasangan Mohd Anuar Husin, 32 dan Kamarul Ain Khosim, 29, tiada apa yang boleh diungkapkan setelah mengetahui berita yang sangat mengejutkan ini.

Anak keempat ini yang dilahirkan pada 6 Jun lalu mula disahkan menghidap kanser otak ketika berusia 4 bulan.

Menurut pasangan ini, pada usia 3 bulan setengah Atikah hanya kerap muntah saja. Namun muntahnya tak seperti biasa kerana setiap kali keluar, lajunya macam air paip.

“Setiap kali menyusu, Atikah tidak sendawa malah muntah dengan laju yang turut disertai dengan kahak.

“Bimbang melihat anak berterusan muntah kami membawanya ke klinik dan doktor maklum ia hanya virus biasa dan mungkin ada jangkitan kuman tambahan abangnya yang ketika itu batuk kerap menciumnya.

“Jawapan tersebut nyata memberi sedikit kelegaan namun ia tidak lama apabila Atikah kembali muntah,” katanya.

Disebabkan terlalu kerap muntah, mata Atikah kelihatan juling.

Susulan itu pasangan suami ini sekali lagi membawa anaknya ke klinik disebabkan muntah lebih dari 10 kali.

7 Oktober

Check up 4  bulan anak muntah kebetulan dilihat jururawat bertugas yang kemudiannya memaklumkan pada doktor dan terus merujuk kes ke Hospital berdekatan.

Selepas itu Atikah melalui prosedur Ct scan untuk mengenal pasti penyakitnya.

Doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di otak anak yang semakin membesar dan menyekat saluran air di kepala.

8 Oktober

Anak menjalani pembedahan memasukkan shunt untuk keluarkan air dalam kepala supaya senang nak lakukan pembedahan buang ketumbuhan.

15 Oktober

Pada 15 Oktober pula ketumbuhan hampir 80 peratus dibuang dan sampel ketumbuhan dihantar ke HKL.

Selepas dua hari pembedahan, air dan darah keluar menerusi jahitan sehingga menyebabkannya demam panas dan terkena sawan.

23 Oktober

Susulan itu, doktor terpaksa jahit semula luka pembedahan itu untuk mengelakkan air dan darah keluar.

Kata ibu Atikah, lebih menyedihkan selepas tiga minggu pembedahan doktor sahkan si kecil ini menghidap kanser otak tahap empat. Kanser tu berada dalam otak dan telah merebak ke saraf tunjang.

Disebabkan ada kanser, Atikah dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur dan telah menjalani satu rawatan kemoterapi. Sel kanser Atikah ni sangat ganas, terpaksa kemoterapi dilakukan selama 4 hari berturut-turut 24 jam tanpa henti.

5 Disember

Atikah sepatutnya perlu menjalani kemoterapi tetapi ditangguhkan disebabkan terdapat lubang di kepalanya.

Kamarul Ain berkata, Atikah perlu jalani pembedahan kali keempat terlebih dahulu sebelum sambung kemoterapi.

Katanya, sejak dua bulan lalu dia hanya tidur-tidur ayam namun pasrah dengan ujian berat ini buat mereka suami isteri.

Dia yang sebelum ini berniaga kuih terpaksa melupakan rutinnya bagi memberikan sepenuh perhatian kepada ank bongsu serta tiga anak lain yang masing-masing berusia 9,7 dan 3 tahun.

Katanya, mereka sekeluarga kini hanya bergantung sepenuhnya kepada gaji suami yang bertugas sebagai polis bantuan di Bandar Utama.

Susulan itu, orang ramai yang berhasrat membantu meringankan bebanan kewangan keluarga ini boleh menyalurkan terus ke akaun ibunya

NAMA IBU :-Kamarul Ain binti Khosim
NO ACC :- 114384154862
BANK :- Maybank

HUBUNGI
0192493498 (whatsapp sahaja)
017-3523474 (call sahaja)

Semoga dengan doa dari orang ramai dapat terus memberi kekuatan kepada adik Atikah melawan penyakitnya dan dipermudahkan urusan seluruh ahli keluarganya. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan kebaikan jua.

Sumber: Mariati Kamarulzaman II

 

Published by
Wan Amy