Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan untuk hamil dan melahirkan zuriat sendiri. Tidak mudah menghadapi sembilan bulan kehamilan kerana ada saja cabarannya. Jika kurang bernasib baik, mungkin akan mengalami alahan yang teruk. Seksanya kalau mabuk-mabuk waktu hamil ni, Allah SWT sahaja yang tahu.
Sebenarnya bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan termasuk alahan atau morning sickness.
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simpton-simpton seperti muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari.
Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Artikel Menarik: [Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant, Bayi Boleh Maut Secara Mengejut]
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Namun ada sesetengah wanita hamil mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Jika wanita hamil mengalami alahan dalam jangka masa pendek, ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas.
Ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Artikel Menarik: [Bukan Mengada-Ngada, Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil]
APA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN KETIKA HAMIL:
Artikel Menarik: [Malu Bila Tengok! Bahagian Pelipat Jadi Hitam, Bila Bersalin Automatik Hilang]