Murid buat salah apa pun, jangan denda duduk, berdiri luar kelas, langsung tak dapat belajar. Salah satu cara yang sering digunakan oleh guru untuk mendisiplinkan pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah adalah dengan meminta mereka duduk di luar kelas.

Murid Buat Salah Apa Pun, Jangan Denda Duduk, Berdiri Luar Kelas, Langsung Tak Dapat Belajar

Namun, pendekatan ini sering menimbulkan perdebatan tentang keberkesanan dan kesesuaian hukuman tersebut dari perspektif pedagogi dan psikologi.

Hukuman ini sering digunakan oleh guru sebagai satu bentuk denda kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Tujuannya adalah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab mereka dalam menyiapkan tugasan dan untuk menunjukkan akibat daripada tindakan mereka.

Dengan menghukum pelajar duduk di luar kelas, guru berharap dapat menimbulkan rasa malu atau kesedaran dalam diri pelajar supaya mereka lebih berdisiplin di masa hadapan. Namun sejauh manakah cara ini berkesan?

Berikut perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh

Hukuman dan denda saya paling tak suka. Jika lihat rakan sejawat denda murid begini saya akan tegur.

Murid buat salah apa pun, jangan sesekali denda mereka duduk atau berdiri luar kelas.
Kenapa?

Sebab di luar kelas mereka tak boleh belajar apa pun. Nak tengok whiteboard tak nampak. Nak dengar cikgu bagi penerangan tak jelas. Nak buat latih tubi pun tak boleh. Nak bertanya jika tak faham lagi lah tak dapat.

Murid Buat Salah Apa Pun, Jangan Denda Duduk, Berdiri Luar Kelas, Langsung Tak Dapat Belajar

Yang mereka dapat, hanya hukuman. Pelajaran hari itu tertinggal terus. Langsung tak dapat apa melainkan malu dan dendam.

Murid buat salah, yes kena tegur. Kena denda. Kena hukum agar mereka berubah sikap.
Tapi bukan dengan denda yang membuatkan mereka tak dapat belajar apa pun hari itu.

Berdiri dalam kelas okey lagi. Dapat juga ilmu. Rotan tapak tangan pun okey lagi, lepas tu terus belajar.

Tapi hukum murid supaya keluar kelas adalah satu hukuman paling tak sesuai.

Kita seolah menjauhkan mereka dari ilmu pula. Jika ada rakan guru pernah buat hukuman ini, jangan buat lagi ya. Guru patut mendekatkan murid dengan ilmu, bukan menjauhkan.

Kesimpulannya dengan pendekatan yang lebih seimbang dan berpusatkan pelajar, kita dapat membina persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif dan berkesan. Langkah ini penting supaya setiap pelajar dapat berkembang dengan potensi penuh mereka.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Baca artikel lain juga: Anak Buat Salah, Dendalah Dengan Disiplin Bukan Hukuman!

Anak Darjah 1 Didenda Berjemur Tengah Panas Terik Sebab Lewat Ke Sekolah, Ibu Terkilan Tindakan Guru!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI