Seorang murid sekolah rendah mencuri perhatian ramai apabila memperlihatkan bakat nyanyian luar biasa hingga menjadi bualan orang ramai di media sosial.
Murid tersebut bukan sahaja mampu menyanyi dengan baik, malah melakukannya dengan penuh lenggok dan gaya tersendiri. Lebih membanggakan, bakatnya terserlah dengan keyakinan yang jarang dimiliki oleh kanak-kanak seusianya.
Rupa-rupanya, murid yang dikenali sebagai Megat Muhammad Qalif atau lebih mesra dengan panggilan Megat Qalif itu bukan calang-calang kerana dia merupakan salah seorang Finalis Bintang Kecil 2025. Tidak hairanlah persembahannya begitu menyerlah dan penuh bertenaga.
Ads
Reaksi Lucu Warganet
Namun, yang lebih mencuit hati ialah reaksi orang ramai terhadap hantaran video gurunya yang menggunakan profil @Siputpink. Video tersebut meraih pelbagai komen melucukan apabila ramai warganet membandingkan pengalaman belajar muzik dahulu dengan zaman sekarang.
Seorang pengguna, @PapaTeh, meninggalkan komen, “Kenapa dulu masa aku sekolah waktu kelas muzik tak macam ni ya? Balik-balik suruh tiup recorder tu, sampai sudah tak tahu mana nak dengar balik yang dirakam tu.”
Ads
Seorang lagi, @mamamaanakempat, turut berkongsi pengalaman sama, “Dulu masa sekolah asyik kene tiup recorder je. Cikgu tak pernah suruh nyanyi padahal aku ada bakat.”
Manakala pengguna bernama @Erni_Erniey pula berkata, “Kelas muzik sekarang ni seronok la. Kami dulu tak seronok, bosan. 30 tahun lepas la.”
Ads
Muzik Kini Lebih Kreatif
Perbandingan yang dibuat warganet menunjukkan bagaimana subjek muzik kini lebih kreatif dan menyeronokkan berbanding dahulu. Jika dulu murid hanya didedahkan dengan alat muzik asas seperti recorder, kini mereka diberi ruang untuk menonjolkan bakat nyanyian, persembahan, malah berpotensi diketengahkan ke pentas yang lebih besar.
Kejayaan Megat Qalif menjadi inspirasi kepada murid lain bahawa bakat yang diasah sejak kecil mampu membuka peluang luas di masa depan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya, TAK BOLEH nasihat anak yang tengah mengamuk! Sebab, bila kita nasihatkan anak yang tengah dikuasai emosi (marah/ sedih/ kecewa), kita sebenarnya buat kerja sia-sia.
Bagilah motivasi bagus macam mana pun, bawaklah pakar motivator paling berpengaruh pun depan hidung anak, cakaplah elok macam mana sekalipun. Nasihat tu akan jadi sia-sia.
Sebab apa? Sebab OTAK RASIONAL anak SHUT DOWN masa mereka tengah mengamuk. Anak tengah dikawal oleh emosi. Tengah tak sedar diri. Yang bekerja waktu tu hanya OTAK EMOSI.
Walaupun benda yang diamukkan tu, sekecil-kecil hal. Hanya sebab lego dia buat tadi tercabut satu atau kartun yang dia tengah tengok tiba-tiba habis. It’s normal parents! Jadi jangan rasa down.
Lebih-lebih lagi untuk anak 1.5-3 tahun. Fasa ni, otak emosi mereka lagilah berkembang pesat. Dalam masa yang sama, otak rasional belum terbentuk lagi.
Nak belajar pujuk anak, kena kenali 3 fungsi bahagian otak manusia.
1) Otak primitif : bahagian yang kawal refleks 2) Otak emosi : bahagian bekerja kuat waktu anak tengah emo 3) Otak rasional : bahagian untuk berfikir secara logik dan mampu terima nasihat.
Jadi, apa yang kita boleh buat adalah, bantu anak ON otak rasional dia. (Kalau dalam gambar, yang warna hijau tu)
Bagaimana nak bantu anak connectkan otak rasional waktu otak emosi sedang bekerja kuat?
JANGAN!
1) Perkecilkan perasaan anak.
“Benda kecik macam ni pun mak mengamuk!”
Small things for us. But, big issues to them. Ia melukakan anak, malah tak buat dia berhenti nangis pun.
2) Sogok anak gajet.
Anak yang disogok gajet untuk elak mengamuk menghadapi risiko perkemvangan emosi yang tidak matang.
Takut-takut, sepatutnya umur 5 tahun anak dah boleh kawal emosi. Tapi bila biasa disogok gajet, 5 tahun masih mengamuk macam budak 2 tahun.
3) Jangan marah atau pukul anak yang tengah emosi ni. Ia akan memberi kesan yang lebih teruk di kemudian hari. Kenapa?
Bila kita lagi marahkan anak yang tengah emosi, atau pukul mereka, OTAK PRIMITIF (Biru) tu yang akan take over.
Otak tu akan bertindak memberi respon Fight-Flight-Freeze. Fight : melawan / membesar jadi baran Flight : Melarikan diri / membesar jadi suka menipu Freeze : Kaku / membesar jadi pendiam
Malah, bila kita marah anak tu, akan kita ibarat suruh ketam berjalan lurus. Suruh anak kawal emosi, kita sendiri yang gagal kawal emosi sendiri. Apelah..
Pastikan emosi kita pun tenang bila nak tenangkan anak. Kalau tak tenang, isolate dulu diri. Tanyakan diri, ‘Aku nak anak aku belajar kawal emosi, atau jadi dewasa pemarah jugak?’
Semoga kita mampu jadi ibu ayah yang MENDIDIK tanpa perlu memekik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparent)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu kah anda bahawa anak yang sukar tidur awal akan jejaskan pertumbuhannya! Usia si kecil semakin meningkat. Sehubungan itu mengajar si manja tidur awal sejak kecil adalah penting supaya tidak menghadapi masalah kesihatan dan menjejaskan pertumbuhannya apabila usianya mencapai umur pra sekolah. Ini kerana daripada hasil kajian yang dilakukan oleh Jean-Philippe Chaput, Marc Brunet dan Angelo Tremblay mengumpulkan data sebanyak 422 anak usia 5 sehingga 10 tahun.
Mereka melakukan penilaian terhadap berat badan, tinggi badan, dan lingkar pinggang para peserta. Mereka turut mengumpulkan informasi tentang gaya hidup anak-anak tersebut serta status sosial ekonominya melalui wawancara dengan ibu bapa mereka.
Hasil penelitian tentang Body Mass Index menunjukkan bahawa 20 peratus kanak-kanak lelaki dan 24 peratus kanak-kanak perempuan mengalami masalah kegemukan. Anak-anak yang memiliki waktu tidur kurang dari 10 jam dalam seharinya berisiko mengalami kegemukan 3 atau 5 kali lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidur 12 jam atau lebih dalam seharinya.
Untuk memastikan anak tidur awal , terdapat 8 tip yang boleh menjadi panduan.
1.Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur. Contohnya pukul 9 malam perlu masuk bilik untuk tidur.
2.Tegas apabila waktu tidur sudah tiba.
3.Jangan biarkan dia menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
4.Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
5.Biarkan si kecil tidur dengan sendiri daripada anda yang mendodoikannya.
6.Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya.
7.Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu.
8.Hargai setiap masa jika si kecil memberitahu mahu tidur.
* Patuhi tip ini secara konsisten. Si kecil yang tidur awal akan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bila akak bersalin?”, tanya Imah kepada rakan sekerjanya, Rozita. “Ikut ‘due’, in shaa Allah, hujung bulan ni,” jawab Rozita. “Wah, ‘bestlah’ cuti lama lepas ni,” balas Imah selepas mendengarkan jawapan daripada Rozita. ‘Best’ cuti lama, tetapi kenapa cuti bersalin perlu lama? Adakah ia penting?
Adakah cuti bersalin atau maternity leave adalah waktu untuk bersuka ria? Adakah cuti yang diberikan itu membolehkan wanita yang bersalin itu berehat sepuas-puasnya seperti andaian kebanyakan individu?
Tidak! Tidak sama sekali. Jika itu adalah dakwaan dan andaian yang bermain di fikiran anda berkaitan dengan cuti yang diberikan kepada kaum wanita yang bersalin, anda adalah dalam kalangan individu yang tidak memahami keperluan berpantang dan penjagaan diri selepas bersalin bagi wanita.
Tahu ‘tak’ cuti untuk wanita bersalin di Malaysia ini; 60 hari bagi kakitangan swasta dan 90 hari bagi pekerja kerajaan adalah cuti bersalin yang paling singkat berbanding luar negara?
Perbezaan cuti
Daripada pembacaan penulis, kebanyakan negara seperti Singapura dan United Kingdom memperuntukkan purata maternity leave sekurang-kurangnya 120 hari. Wah…banyak bukan?
Itu baru ‘sikit’, dekat negara Vietnam maternity leave diberikan sebanyak enam bulan. ‘Giler’ lama, kan? Haa…sebelum ini ibu yang bersalin dekat sana dapat cuti empat bulan. Empat bulan pun dah kira banyak, apatah lagi enam bulan.
Kalau duduk di Eropah pula, diperuntukkan cuti untuk individu yang bersalin ini sebanyak 14 minggu atau bersamaan 98 hari. Keluar topik sikit, menariknya dekat Eropah, ada peraturan yang membolehkan ibu bapa mengambil parental leave sekurang-kurangnya 18 minggu untuk setiap anak. Baguskan?
Sebab perlunya cuti panjang
Seperti yang dikatakan awal tadi, cuti bersalin paling lama pun adalah sebanyak 90 hari, itu kalau ibu yang bersalin itu adalah kakitangan kerajaan. Adakah tempoh itu mencukupi? Sebenarnya tidak.
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri ketika melahirkan anak 4 tahun lepas yang ketika itu bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan akhbar, dengan cuti bergaji sebanyak 60 hari adalah tidak mencukupi.
Tempoh 60 hari yang bersamaan dua bulan itu belum cukup sesuai dirasakan penulis untuk menghantar anak; yang masih kecil dan lembut lagi kepalanya kepada pengasuh. Jadi atas sebab itu penulis mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Inilah dikatakan pengorbanan seorang ibu (puji diri sendiri).
Maternity leave bukan untuk kaum ibu yang baru bersalin berehat seperti anggapan kebanyakan individu. Tetapi cuti bersalin yang panjang itu adalah untuk memastikan bayi dilahirkan bersedia sebelum dihantar untuk jagaan pengasuh.
Mengeratkan hubungan
Tahukah anda terdapat risiko wujudnya masalah berkaitan kesihatan semasa tempoh kehamilan? Antara masalah yang sering berlaku adalah seperti kemurungan, postnatal blue melibatkan tekanan, diabetes melitus gestational, asma dan hipotiroidisme.
Malah, selepas melahirkan, hampir 50 peratus wanita akan berdepan dengan masalah kemurungan dan ia boleh bertukar menjadi situasi yang serius seperti post-partum depression (PPD). Antara simptom PPD adalah:
-Insomnia
-Menangis tanpa sebab
-Ketidakupayaan untuk menguruskan tugasan harian
-Wujud keinginan untuk mencederakan bayi atau diri
-Rasa tidak bernilai dan putus asa
-Kehilangan tenaga dan kelesuan
-Hilang selera atau penurunan berat badan
-Kepentingan maternity leave yang panjang bukanlah semata-mata untuk memberikan rehat kepada ibu yang baru melahirkan anak kerana sesungguhnya tidak wujud istilah rehat selepas melahirkan anak. Ini terutama bagi individu yang terpaksa menjaga anak sendirian tanpa bantuan pihak lain.
Tetapi dengan cuti bersalin yang lebih panjang, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan manfaat terhadap kualiti kesihatan wanita. Ini kerana mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian bagi memulihkan kesihatan ibu sebelum memulakan tugas dan mengelakkan tekanan kerja yang boleh memberi impak kepada bayi dan diri sendiri.
Maternity leave juga adalah untuk membolehkan ibu memberikan penyusuan yang eksklusif kepada anak dengan sebaiknya dan dalam masa yang sama dapat membantu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.