Seorang murid sekolah rendah mencuri perhatian ramai apabila memperlihatkan bakat nyanyian luar biasa hingga menjadi bualan orang ramai di media sosial.

Murid tersebut bukan sahaja mampu menyanyi dengan baik, malah melakukannya dengan penuh lenggok dan gaya tersendiri. Lebih membanggakan, bakatnya terserlah dengan keyakinan yang jarang dimiliki oleh kanak-kanak seusianya.

Rupa-rupanya, murid yang dikenali sebagai Megat Muhammad Qalif atau lebih mesra dengan panggilan Megat Qalif itu bukan calang-calang kerana dia merupakan salah seorang Finalis Bintang Kecil 2025. Tidak hairanlah persembahannya begitu menyerlah dan penuh bertenaga.

Ads

Reaksi Lucu Warganet

Namun, yang lebih mencuit hati ialah reaksi orang ramai terhadap hantaran video gurunya yang menggunakan profil @Siputpink. Video tersebut meraih pelbagai komen melucukan apabila ramai warganet membandingkan pengalaman belajar muzik dahulu dengan zaman sekarang.

Seorang pengguna, @PapaTeh, meninggalkan komen,
“Kenapa dulu masa aku sekolah waktu kelas muzik tak macam ni ya? Balik-balik suruh tiup recorder tu, sampai sudah tak tahu mana nak dengar balik yang dirakam tu.”

Ads

Seorang lagi, @mamamaanakempat, turut berkongsi pengalaman sama,
“Dulu masa sekolah asyik kene tiup recorder je. Cikgu tak pernah suruh nyanyi padahal aku ada bakat.”

Manakala pengguna bernama @Erni_Erniey pula berkata,
“Kelas muzik sekarang ni seronok la. Kami dulu tak seronok, bosan. 30 tahun lepas la.”

Ads

Muzik Kini Lebih Kreatif

Perbandingan yang dibuat warganet menunjukkan bagaimana subjek muzik kini lebih kreatif dan menyeronokkan berbanding dahulu. Jika dulu murid hanya didedahkan dengan alat muzik asas seperti recorder, kini mereka diberi ruang untuk menonjolkan bakat nyanyian, persembahan, malah berpotensi diketengahkan ke pentas yang lebih besar.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Kejayaan Megat Qalif menjadi inspirasi kepada murid lain bahawa bakat yang diasah sejak kecil mampu membuka peluang luas di masa depan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI