Suami yang hebat di mata isteri adalah yang sentiasa ringan tulang membantu, tak berkira dan sentiasa memahami. Begitu juga dalam bab menguruskan anak, suami tahu apa yang nak dilakukannya. Bukan itu je, dalam bab isteri berpantang pula, suami tetap boleh uruskan dengan baik.
Jarang kita dengar suami yang sanggup jaga isteri dalam pantang. Selalunya isteri ‘dipos’ ke kampung. Alasannya suami tidak pandai. Masa anak pertama mungkin alasan ini bolehlah diterima tapi bila anak dah masuk nombor dua dan seterusnya, suami kenalah belajar menjaga isteri dalam pantang.
Tempoh berpantang akan lebih indah bagi seorang isteri apabila dijaga oleh suaminya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang menangis kerana hatinya begitu tersentuh dengan pengorbanan suami yang tidak cukup rehat dan tidur semata-mata nak pastikan isteri dan anak selesa.
Kalau nak isteri semakin sayang, suami kena sahut cabaran menjaga isteri dalam pantang. Berusahalah sepenuh hati pasti pengalaman ini mencatat memori indah dalam perkahwinan korang. Kepada encik suami, ikuti panduan ini. Tak susah pun jaga isteri dalam pantang syaratnya kena ikhlas, sabar dan gigih.
Panduan Jaga Isteri Berpantang:
1. Mandikan Bayi
Dalam pantang kalau nak isteri berehat sepenuhnya suami kenalah belajar mandikan anak. Minta panduan daripada emak atau orang yang lebih tua. Kalau nak mudah, mandikan baby di dalam tub. Gunakan set mandian bayi jangan main bantai ja. Kena ingat ye kulit baby sensitif. Lepas mandikan baby, urut perut baby dengan minyak telon supaya perut baby tak kembung. Sapukan minyak telon pada perut, belakang betis, tapak kaki dan belakang badan baby.
Ads
2. Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri
Jika mampu sepanjang 44 hari, sediakan air herba untuk mandian isteri. Sekurang-kurangnya bagi isteri mandi air herba selama tujuh hari. Air rebusan herba ini membantu menghangatkan tubuh isteri, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan. Tak payah pening-pening, suami beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara nak guna pun senang, rebus set herba sehingga mendidih, lepas tu tunggu suam baru bagi isteri mandi.
3. Cari Tukang Urut
Sediakan tukang urut untuk isteri. Jika isteri bersalin normal, hari kelima isteri dah boleh urut badan. Tapi jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan seminggu baru isteri berurut. Hanya urut badan ye jangan bagi bidan urut perut kerana bimbang jahitan pembedahan terbuka dan dijangkiti kuman.
4. Masak Menu Pantang
Masa isteri hamil, suami dah boleh cuba memasak menu dalam pantang. Google je resipi dalam pantang dan ikuti langkah mudah memasak. Bila dah selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap. Pasti kan isteri diberi makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan sejuk dan berangin. Tak sesuai untuk wanita lepas bersalin. Menu yang paling senang masak sayur sawi, ulam pegaga, ikan bakar atau sup ayam.
5. Jangan Lupa Tungku & Bengkung Isteri
Lepas isteri diurut, bengkung isteri. Jangan lupa sapu minyak panas supaya badan isteri tidak masuk angin. Bagi isteri yang bersalin normal, suami perlu bakar tungku antara 10 hingga 15 minit supaya isteri dapat bertungku. Lapik tungku dengan daun herba seperti daun kunyit dan mengkudu. Tungku isteri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Daun kunyit boleh dibeli di kedai runcit atau di pasar tani.
Ads
6. Bagi Isteri Makan Jamu
Bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman isteri, belikan jamu atau herba. Tanya isteri atau ibu mentua agar memilih produk yang tepat. Pasti kan isteri makan jamu secara konsisten untuk kesan yang terbaik.
7. Beli Ubat Lembutkan Najis
Suami kena tahu, lepas bersalin biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia nak buang air besar. Bagi isteri minum air suam secukupnya agar tidak sembelit. Suami juga boleh beli ubat lembutkan najis di farmasi.
8. Pastikan Isteri Cukup Rehat & Bagi Sokongan Moral
Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam pantang kerana isteri penat dan melalui proses penyembuhan selepas ‘bertarung nyawa’. Jadi suami kena banyak bersabar dan bagi sokongan moral. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Jika baby berjaga malam, suami kena bergilir dengan isteri menjaga baby.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa hari ini kecoh di media sosial tentang kisah rumah tangga seorang artis terkenal. Banyak yang kita boleh pelajari daripada kisah yang tular ini.
Pelbagai riaksi dan kata-kata nasihat diberikan oleh orang ramai termasuklah kaum suami. Benarlah nafkah bukan hanya soal wang semata-mata, namun emosi dan perasaan isteri turut perlukan perhatian yang kritikal.
Kita rasakan cukuplah beri nafkah pakaian,tempat tinggal, makan minum dia, keperluan harian dia. done. Kita suami kadang-kadang terlepas pandang tentang EMOSI isteri.
Betullah ada saya baca. Kesunyian wanita ketika alam perkahwinan lebih menderita berbanding kesunyian ketika dialam anak dara.
Lihat. Rasulullah s.a.w cukup peka tentang emosi isteri. Cukup Rasulullah s.a.w jaga. Terlalu banyak kisah Rasulullah S.A.W menitik beratkan emosi isteri dan wanita.
Nabi s.a.w teladan yang terbaik dalam melayani isteri-isteri baginda. Tenang, bahagia saat isteri bersama baginda s.a.w, bahkan Nabi s.a.w melarang kita untuk memukul wajah,mengherdik isteri. Lihatlah cinta Nabi s.a.w terhadap khadijah r.ha. Setelah 3 tahun wafatnya khadijah r.ha barulah Nabi s.a.w berkahwin dengan Saudah rha dan Seterusnya Aisyah R.ha dLL.
Saya selalu pesan kepada anak-anak muda. Jika sayang awek, jaga si dia betul-betul, niat untuk kahwini dia. Belajar dan kerja sungguh-sungguh. Jangan lupa mantapkan ilmu agama. Ambil tahu basic ilmu KELAHIRAN,PENYUSAAN dan Ilmu bagaimana untuk jaga emosi isteri ketika berpantang.(POSTPARTUM).
Kenang balik jerit perih mereka kandungkan anak kita,betapa sakitnya untuk lahirkan anak. Setiap minit contraction berlaku sehingga ada yang lebih rela untuk dibedah. Bang,mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan anak kita, lagi sedih setelah bersalin bermacam penyakit pula dapat.
Saya pernah jumpa seorang ibu dukung anak Epidermolysis Bullosa(Penyakit kulit rapuh). Kuatnya ibu itu setiap masa lap darah anak sehingga darah menitis ke lantai. Beginilah seorang ibu,seorang isteri 100% jiwanya untuk keluarga ini.
Tiada lagi istilah ME TIME untuk mereka, tiada lagi reunion bersama rakan perempuan, sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yang sakit. Tiada lagi masa untuk ziarah ibu bapa di kampung,bahkan kadang-kadang setahun sekali dapat jumpa ahli keluarga yang lain. Ini semua untuk kita para suami.
Kadang-kadang merekalah doktor,misi, merekalah cikgu,merekalah ustazah,merekalah chef,merekalah security untuk anak-anak. Sebagai suami kita adalah pemimpin untuk isteri dan anak-anak. Bagaimana kita dapat PERBAIKI mereka untuk taat Allah dan Rasul. Bagaimana agar kita pertaruhkan nyawa kita untuk MELINDUNGI mereka dan bagaimana untuk kita beri PERHATIAN kepada mereka setiap masa.
Jika kita fikirkan kecantikan semata ia akan pudar ditelan usia. Sememangnya Wanita diciptakan Allah cantik dimata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan untuk ‘bersedapan’ sahaja,bahkan ia satu amanah yang besar dari Allah. Boleh jadi perkahwinan ini asbab kita masuk syurga, sebaliknya akan menempah bara api neraka.
Perbaiki niat kita,kahwin untuk dapat redha Allah,untuk pegang tangan pasangan sama-sama masuk syurga.
Simpanan stok barang basah boleh meninggalkan bau yang kurang menyenangkan di dalam peti ais anda. Bagi mengekalkan bau yang segar, petua mudah ini boleh anda cuba.
Perkongsian Tik Tok Nabihahabdmalik ini paling mudah dan simple. Wajib cuba!
Tengok sampai habis. Biha ada tips nak share kat korang hihii.
Setiap kali lepas beli barang dapur, terus cuci packing dalam bekas terus simpan dalam peti.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kepala terhentak atau terhantuk kerap terjadi kepada si kecil. Jangan ambil mudah kecederaan walau pun tiada kelihatan luka di luar dari boleh menyebabkan kecederaan dalaman terutamanya pada otak!
Anak-anak kecil memang akan meneroka, memenuhi sifat ingin tahu dalam diri. Bergerak, melompat, memanjat dan berlari, semuanya adalah aktiviti biasa kanak-kanak untuk berkembang dengan sihat. Tidak dinafikan terjatuh dan terhentak memang kerap terjadi.
Perkongsian Dr Taufiq Razif ini boleh memberikan info kepada ibu bapa lain bagaimana caranya untuk mengendalikan situasi apabila kepala anak terhentak.
Kepala anak saya ni baru je terhempas ke lantai. Biasa la bila balik kampung nak beraya ni tempat tidur pun tak ‘proper’ kan.
Masuk je bilik lepas bersahur tiba-tiba kepala si Solahuddin ni dah meluncur ke bawah katil. Bammm!! Sakit tu sebab kepala bahagian belakang yang cecah lantai dulu.
GOSOK KEPALA & PELUK
Solahuddin pun bertempik nyaring! Terus saya gosok kepala Solahuddin dan peluk dia. Jeritannya walaupun agak lama tapi makin lama makin perlahan dan esakannya pun makin kendur.
PELUKAN BUAT ANAK RELAKS & RINGANKAN SAKIT
Pelukan ni nampak je remeh tapi pelukan daripada mak ayah ni akan membuatkan badan anak merembeskan hormon endorphins. Ni la yang membuatkan otot badan anak kita jadi lebih rileks & meringankan kesakitan fizikalnya.
PANTAU 24 JAM
Tapi tak boleh gembira lagi. Saya kena pantau dulu si Solahuddin ni selama 24 jam. Jangan main main dengan isu kepala terhentak ni. Pernah je ada kes anaknya terhentak kepala, besok paginya badan dah bertukar biru dan anak pun nampak lesu.
DOKTOR SAHKAN TEMPURUNG KEPALA ANAK RETAK
Rupanya bila periksa kat hospital, doktor sahkan tempurung kepala anaknya retak. Sebab tu mak ayah semua WAJIB ada ilmu apa nak buat bila anak terjatuh dan terhantuk kepala ni.
6 PERKARA PERLU DIPANTAU APABILA KEPALA ANAK TERHENTAK
Bila anak terhantuk je terus tengok anak kita
Ada muntah muntah teruk ke tak,
Ada pengsan ke tak,
Ada benjolan yang terlampau besar atau luka yang dalam ke tak,
Ada sawan ke tak,
Lemah anggota badan ke tak,
Ada cairan keluar daripada hidung dan telinga ke tak?
Kalau ada, takyah fikir apa dah. Terus bawa jumpa doktor.
SEGERA KE HOSPITAL BILA NAFAS LAJU, TANGAN KAKI KEBAS & MUNTAH
Kalau lepas terhantuk, anak sambung tidur, kejut kejut la juga anak sekali sekala untuk periksa dia. Kalau ada perubahan yang dicurigai macam pernafasan jadi terlalu laju atau tiba tiba tangan dan kaki jadi lembik atau muntah tak berhenti, terus je ke hospital.
CEDERA OTAK PALING DITAKUTI
Cedera otak yang kita paling takut sebenarnya sebab kadang kadang benda tu boleh terjadi secara cepat tapi ada juga kes pendarahan otak tu terjadi secara lambat dan perlahan lahan.
Tolong bagitahu benda ni pada pasangan dan ahli keluarga yang lain juga ye sebab ramai lagi yang tak tahu benda ni.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!