Musim PKPB, ramai ibu bapa mengambil jalan selamat untuk mengasingkan anak-anak daripada dunia luar supaya anak-anak sentiasa selamat daripada virus-virus yang tidak diingini.
Ada juga anak-anak yang langsung tidak terkena cahaya matahari dan hanya bermain di dalam rumah. Kesanya, mereka kekurangan Vitamin D yang boleh mengakibatkan sawan terjadi. Ikuti perkongsian doktor ini.
Pagi-pagi ni, Satu lagi isu saya nak share, Satu lagi yang merisaukan..
Masa PKPB ni, Sebab kurang OUTDOOR untuk anak-anak, Kami dah mula terima kes KEKURANGAN VITAMIN D.
Dibawa ke wad sebab ‘sawan’,
Bila diperiksa kami dapati kalsium rendah dalam badan anak usia 10tahun,Kalau dibiarkan,
Kekurangan vitamin D boleh affect tulang kanak-kanak iaitu penyakit RICKET!
(refer gambar)
Bila kami tanya pesakit tu, TAK SUKA SUSUKurang pengambilan produk tenusu, Lepastu sejak PKP fasa pertama,Anak memang dok dalam rumah je,Main gajet most of the time.
Yelahkan, Mak ayah risau nak bagi keluar. Sumber utama vitamin D
Adalah dari matahari☀️ Bila matahari kena pada kulit anak, Vitamin D dihasilkan, Selain tu produk tenusu juga membantu.
Jadi, Walau PKPB ni, Usahakan anak-anak outdoor walau sekejap,
Especially terbaik matahari pagi sebelum pukul 8am. Boleh cuba sarapan di balkoni ke,
Backyard ke.. Paling best anak bermain di luar..FREE play!
#drana
#kesihatananak
#vitaminddeficiency
Kredit: Dr Anayasmin Azmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)