Sekejap masa berlalu, dah 10 bulan usia anak keempat Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Makin besar, makin handsome Muhammad Fahri.
Nampaknya Fahri mirip dengan muka Wawa. Ni sekali tengok macam Wawa Zainal versi lelaki. Walaupun jarang-jarang berkongsi perkembangan anak, namun yang menjadi tumpuan kali ini adalah soalan yang diajukan oleh Wawa.
Menerusi perkongsian Wawa di instagramnya, dia bertanya adakah normal anak 10 bulan gigi baru dua batang keluar? Ini berikutan pengalaman anak sebelum ini, di usia tersebut gigi semuanya dah penuh.
“My bongsu dah 10 bulan, gigi baru 2 kat bawah😅 Kakak abang dia 10 bulan dah penuh. Anak uall macam ni tak?”
Soalan tersebut telah mendapat maklum balas daripada peminatnya yang mempunyai pengalaman sebegitu dan rata-ratanya menyatakan ia adalah normal dan tak perlu dirisaukan.
“Anak bongsu saya nak masuk setahun dah.. Gigi takde lagi..tapi dah berjalan masa umur 10 Bulan hehe..perkembangan setiap anak tak sama kan hehe 😍”
“Orang kata kalau gigi lambat tumbuh maksudnya gigi dia lg kuat”
“Anak saya 9 bulan tak tumbuh gigi lg tapi dah berjalan pulak 😂”
Ads
Sementara itu, Muhammad Fahri juga turut menjadi tumpuan kerana dagunya berlekuk dan manis sangat wajahnya. Ramai yang geram dan menganggapnya istimewa kerana tak semua ada dagu macam tu.
“Manisnye boy ade dagu terbelah😍😍”
“Seksi nya dagu, comel sungguh!”
“Rezeki Fahri ada dagu lekuk..”
Ads
Sebelum ini Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pernah menyatakan anak keempatnya berbeza sedikit kerana di awal kelahiran asyik menangis.
Sebelum memilih nama Muhammad Fahri, pasangan ini telah memilih nama Jibril Ibtisam. Bagaimanapun, dia asyik menangis sehinggalah dapat kata sepakat untuk menukarkan nama Muhammad Fahri.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, anak lelakinya itu asyik meragam dan menangis. Dia boleh menangis sampai dua jam dan ada orang panggil bayi kolik.
Alhamdulillah selepas menukarkan nama tersebut, baru nampak serasi dengannya dan kini membesar dengan baik sekali.
Ads
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.
Kredit: IG Wawa Zainal
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Anak lima tahun yang baru mengenal suku kata dan huruf sudah menjadi kelaziman bagi mereka menulis huruf secara terbalik. Namun mak ayah jangan biarkan. Cepat-cepat perbetulkan anak dan lihat setiap kali anak menulis.
Tegurlah mana yang perlu agar anak dapat perbaiki. Namun menurut OT, Mahfuzah Zainol, jika anak di usia lapan hingga sembilan tahun masih menulis secara terbalik, ada baiknya mak ayah membawa berjumpa doktor.
5 tanda masalah visual persepsi kanak-kanak pra sekolah dalam kemahiran menulis.
1) Tiada jarak atau spacing di antara perkataan.
2) Ketidakseimbangan menulis huruf – tinggi rendah dan saiz kecil dan besar yang tidak sekata.
3) Tidak boleh menulis di atas garisan – sering tersasar daripada garisan
4) Menulis huruf secara terbalik
5) Sering tertinggal huruf yang disalin. Contohnya, kereta menjadi kerta dan sebagainya.
Gambar: Contoh untuk penulisan nombor yang terbalik untuk umur 5 tahun. Ia adalah fenomena biasa untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Namun, harus diperbetulkan oleh ibu bapa dan guru.
Jika masih menulis terbalik sehingga umur 8,9 tahun dan seterusnya. Mungkin guru boleh buat senarai semak Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) atau Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan refer kepada doktor Pakar Perubatan Keluarga yang terdapat di klinik-klinik kesihatan berhampiran untuk tujuan diagnosis dan intervensi.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dipanggil Madammu selamat menjalani prosedur membuang tiub fallopio yang membengkak sebelum meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Isnin.
Menurut Madammu, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan secepat mungkin susulan bengkak pada saluran tiub dan ia menyukarkan proses pemindahan embrio bagi tujuan IVF.
“18/7/2022, Isnin 10.00am, Madammu perlu melalui prosedur remove fallopian tube. Satu prosedur yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perlu laluinya juga.
“Teringat pada 5/7/2022 apabila Dr Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embrio, ” tulisnya menerusi Diari Madammu.
Meski banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha memiliki zuriat, namun dia percaya dengan aturan Yang Maha Esa dan bersyukur apa adanya.
Ahli perniagaan ini juga bersangka baik, setiap apa yang dilalui hari ini pasti ada hikmah.
Sementara itu, menerusi TikTok, Madammu reda dan mendoakan aaga urusannya dipermudahkan.
“Jika ini adalah ujian untuk mendapatkan seorang cahaya mata, Madammu reda. Ya Allah permudahkanlah urusan Madammu,” tulisnya.
Dia pada masa sama memberikan dedikasi atas pengorbanan suami dan anak-anak yang sentiasa berada di sisi.
Ericya sebelum ini mengakui dan suami mula ikhtiar untuk memiliki cahaya mata sendiri mengenangkn tiga anak daripada perkahwinan suaminya sebelum ini semakin menginjak dewasa.
Seronok melihat cucu Datuk Siti Nurhaliza, Arif Jiwa Asyraf yang sentiasa nampak ceria dan bijak aksinya. Melihat kepada limpahan kasih sayang yang tak berbelah bahagi diterima dari semua ahli keluarga tak hairanlah si comel ini membesar sihat dan bijak.
Rupanya mengikut kajian kasih sayang seorang ibu mampu beri kesan positif terhadap perkembangan otak anak.
Dipanggil dengan gelaran manja, pipiPao oleh ibunya, Tya Arifin pelakon Indonesia yang mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid, Arif selalu menarik perhatian ramai pengikutnya yang tak jemu melihat aksi si comel ini.
Arif sangat bertuah kerana sejak lahir lagi sentiasa dikelilingi dan disayangi oleh ahli keluarga apatah lagi ibu yang melahirkannya.
Pentingnya belaian kasih sayang dari seorang ibu terhadap anak dari awal usia sehingga ia dikatakan mampu memberi kesan positif pada perkembangan bahagian otak si kecil.
Lihat sahaja kesan positif perkembangan Arif yang sentiasa ceria dan bahagia selalu. Setiap hari macam-macam benda baru yang Arif belajar.
Dengan limpahan kasih sayang yang secukupnya diterima dari ibu ayah dan ahli keluarganya menjadikan si comel ini membesar sebagai bayi yang sihat dan cerdik.
Rapat Dengan Ibu
Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan tetapi ibu muda ini sentiasa mencari masa untuk bersama anak tersayang dan memastikan Arif sentiasa ceria dan gembira!
Bonding antara ibu dan anak ini ternyata amat rapat sekali. Lihat sahaja cara Tya menidurkan anaknya. Nampak sangat Arif mesti nak ibu yang menidurkannya setiap masa. Sweet sangat!
Satu kajian yang dilakukan mendapati, pendidikan awal yang diterima oleh anak sejak awal usianya boleh membantu si kecil untuk membangunkan bahagian otak (hippocampus). Ia adalah bahagian otak yang penting untuk proses pembelajaran, daya ingatan dan tindak balas tekanan
Banyak kajian juga mendapati kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang penuh kasih sayang biasanya akan mempunyai prestasi yang baik ketika bersekolah dan mempunyai emosi yang baik.
Pendidikan awal yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bukan hanya baik untuk perkembangan anak, tetapi sebenarnya perubahan otak secara fizikal.
Kajian ini telah diterbitkan secara online dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Sumber: IG arifjiwaashraf & tyaarifinnw
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni harga emas makin naik, ramai yang berkira-kira nak beli. Tapi lain pula cerita dengan pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime, memang selalu mencuri...