Empat bulan selepas melahirkan anak keduanya pada Oktober tahun lalu, pelakon Izara Aishah tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Izara dan suami sepakat menamakan bayi perempuan comel mereka dengan nama yang cukup indah, Amara Amina.
“My second baby girl, Amara Amina,” tulisnya di Instagram.
Tidak hanya berkongsi nama, bahkan Izara juga turut memuat naik sipi-sipi wajah comel Amira Amina. Memang comel dan persis kakaknya, Irisa Alaia.
Ads
Baby comel Amira Amina yang kini berusia empat bulan itu kerap muncul menghiasi Instagram ibunya bersama kakaknya.
Dalam pada itu, ramai yang memuji nama comel Amira yang sedap didengar. Gabungan nama yang ringkas tetapi indah.
Ads
Terdahulu, Izara dan suami mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta. Pasangan ini kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 4 tahun dan Amara Amina, 4 bulan.
Ruam Lampin: Punca, Pencegahan dan Cara Mengatasinya Dengan Selamat
Ruam lampin atau diaper rash merupakan masalah kulit yang kerap berlaku dalam kalangan bayi, terutamanya yang berumur bawah dua tahun. Ia berpunca daripada keradangan pada kulit di kawasan yang tertutup lampin, dan sekiranya tidak dirawat dengan betul, boleh menyebabkan ketidakselesaan yang serius kepada bayi.
Apakah Punca Ruam Lampin?
Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab utama ruam lampin, antaranya:
Pendedahan kepada kelembapan secara berterusan – kulit bayi yang bersentuhan lama dengan air kencing atau najis akan menjadi lembap dan mudah teriritasi.
Geseran antara lampin dan kulit bayi – ini boleh menyebabkan kemerahan dan keradangan, terutamanya jika kulit bayi sangat sensitif.
Reaksi terhadap produk tertentu – sesetengah bayi mungkin mengalami alahan terhadap bahan kimia dalam lampin pakai buang, tisu basah, sabun, atau pencuci pakaian.
Jangkitan bakteria atau kulat – jika ruam tidak dirawat dengan baik, kawasan lembap itu boleh dijangkiti, menyebabkan ruam menjadi lebih serius.
Cirit-birit yang kerap – keadaan ini mempercepatkan kerengsaan kulit dan meningkatkan risiko ruam.
Tanda-Tanda Ruam Lampin
Kulit kemerahan, terutamanya di kawasan punggung, celah peha dan alat sulit
Kawasan kulit kelihatan melecet atau menggelupas
Bayi menunjukkan tanda tidak selesa ketika dibersihkan atau ditukar lampin
Kadangkala terdapat biji-biji kecil atau ruam yang meluas
Cara Merawat dan Mencegah Ruam Lampin
Untuk merawat ruam lampin dengan selamat dan berkesan, ibu bapa boleh mengamalkan beberapa langkah berikut:
1. Menukar lampin dengan lebih kerap Elakkan kulit bayi daripada terdedah terlalu lama kepada air kencing atau najis. Tukar lampin setiap 2-3 jam, atau sejurus selepas bayi membuang air besar.
2. Membersihkan kawasan lampin dengan lembut Gunakan air suam dan kapas atau kain bersih. Elakkan tisu basah yang mengandungi alkohol atau pewangi yang boleh merengsakan kulit.
3. Biarkan kawasan lampin ‘bernafas’ Selepas membersihkan, pastikan kulit bayi benar-benar kering sebelum memakai lampin baharu. Boleh juga biarkan bayi tanpa lampin selama beberapa minit setiap hari.
4. Sapukan krim pelindung Gunakan krim berasaskan zink oksida sebagai lapisan perlindungan antara kulit bayi dan kelembapan. Pastikan sapuan tidak terlalu tebal.
5. Elakkan penggunaan produk yang boleh mengiritasi kulit Gunakan sabun bayi yang lembut dan pencuci pakaian yang bebas pewangi serta bahan kimia keras.
6. Kenal pasti dan tukar jenis lampin jika perlu Sekiranya ruam berlaku berulang kali, cuba tukar jenama atau jenis lampin yang digunakan.
Ruam lampin bukanlah sesuatu yang luar biasa, namun penjagaan yang tidak rapi boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa peka dengan kebersihan dan keselesaan bayi, serta mengamalkan rutin penjagaan kulit yang sesuai. Tindakan awal dan penjagaan berterusan dapat memastikan kulit bayi kekal sihat dan bebas daripada ruam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang bila dengar perbualan anak-anak ni boleh buat kita terhibur. Tak sangka topik yang mereka bualkan tu di luar jangkaan. Imaginasi anak-anak ni menunjukkan betapa mereka seorang yang kreatif dan mempunyai kebolehan untuk menyusun jalan cerita supaya jadi menarik.
Begitulah yang dikongsikan oleh usahawan dan selebriti cantik, Hanis Zalikha, yang telah merakam perbualan anak-anaknya ketika dia tidak bersama mereka. Ketika itu, Yusuf dan Alisa berada di dalam kereta apabila dua beradik ni bersembang tentang mommy mereka.
Ia bermula apabila Yusuf bertanya kepada adiknya, adakah Alisa sentiasa berharap mommy akan sentiasa bersama mereka. Alisa dengan tekun mendengar cerita abangnya dan kata Yusuf hanya mereka saja boleh melihat mommy ketika di sekolah.
Tambah Yusuf lagi, cikgu pun takkan nampak mommy mereka. Hanya mereka berdua yang akan nampak mommy. Kemudian Alisa pula menambah, kanak-kanak lain juga tidak boleh lihat mommy. Namun yang lucunya, Alisa kelihatan sedikit bingung apabila bersembang dengan abangnya itu.
Yusuf kemudian menambah ketika hari akhir persekolahan, dia dapat melihat mommy mereka sedang mengikutnya naik tangga. Biarpun nampak seperti keliru tetapi kesungguhan Alisa mendengar cerita abangnya itu membuatkan ramai yang terhibur.
Cerdik sungguh anak-anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ni. Topik perbualan tentang mommy menunjukkan betapa mereka berdua sangat menyayanginya. Semoga Yusuf dan Alisa akan membesar menjadi anak-anak yang baik dan sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.
Ekoran tidak dapat menoreh getah ketika musim hujan, Azmah Jaafar sudah mencuci empat rumah penduduk kampung sejak banjir di Kampung La, Hulu Besut, surut pada Sabtu lalu.
“Setiap tahun, ia menjadi pekerjaan yang ‘wajib’ saya laksanakan di samping membantu mereka yang terjejas banjir walaupun kediaman sendiri tidak terbabit dengan bencana alam itu.
“Hasil upah khidmat mencuci rumah itu sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian keluarga selepas tidak boleh keluar menoreh ketika musim hujan,” katanya.
Sementara itu, mangsa banjir, Sakinah Yaacob, 60, berkata, dia mengupah empat tukang cuci sejak beberapa tahun lalu apabila dirinya tidak dapat melakukan kerja-kerja pembersihan kedainya, selepas banjir mulai surut.
Katanya, sukar bagi dirinya melakukan kerja-kerja pembersihan seorang diri, apatah lagi dengan keadaan kedai yang diselaputi lumpur.
“Rumah ini dua tingkat, bahagian atas jadi tempat tinggal, manakala tingkat bawah saya buka kedai kopi dan kedai runcit, jadi memang tidak terdaya mahu membersihkan seorang diri.
“Setiap tahun, saya akan menggunakan tenaga kerja pembersihan dan selalunya mereka ini adalah penduduk di sekitar Kampung La yang mengambil upah membersihkan rumah secara sambilan ketika musim banjir,” katanya.
Menurut Sakinah, dia memperuntukkan RM400 setiap kali banjir untuk mengupah pekerja melakukan kerja-kerja pascabanjir.
Katanya, dia membayar upah sebanyak RM80 hingga RM100 kepada setiap pekerja itu mengikut tempoh kerja atau keluasan kawasan yang dibersihkan.
Dia berkata, inisiatif itu secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas ketika musim banjir.