Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali masih belum bersedia untuk berkongsi wajah dan nama anak lelakinya kepada khalayak walaupun sudah lebih dua bulan menimang cahaya mata.
Menurut kata Nabila, salah satu perkara yang menjadi kebimbangannya dan suami adalah risiko penyakit ain yang boleh menimpa bayinya itu.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Radzali, 33, berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan suaminya.
“Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan bersetuju untuk tidak dedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.
Ads
“Saya sedar ramai yang bertanya, cuma saya pasti semua akan tahu juga. Mana yang boleh kita simpan hanya untuk keluarga, kita simpan dulu.
“Ya risau juga dengan penyakit ain dan sekarang pun macam-macam kes berlaku membabitkan bayi. Saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila menjadi figura awam ni saya risau mungkin akan diperhatikan.
“Orang biasa pun boleh jadi mangsa inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai,” katanya.
Ads
Nabila bagaimana pun berkata dia akan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bersama suami bila sampai masanya kelak.
“Insya-Allah kalau sudah bersedia nanti saya akan kongsi di media social,” ujarnya berkongsi.
Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
Tidak sangka insiden tertolak rakan di sekolah membawa kesan besar kepada kehidupan si kecil ini. Malah lebih memilukan tempurung kepala si kecil ini terpaksa dibuang untuk sementara waktu.
Ibu mana yang boleh menahan perasaan melihat penderitaan yang ditanggung anak. sehingga terjadinya jangkitan kuman pada otak si anak. Si kecil yang dulu ceria dan banyak cakap kini berada di katil tidak berdaya seperti dulu.
Perkongsian ibu ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain. Anaknya, Chinta Nayli Dhia Syaz Rania dikatakan telah tertolak oleh rakan ketika dalam perjalanan ke kelas. Kesan daripada insiden itu, bahagian hadapan kepala (kening) si kecil ini mengalami keretakan pada awalnya dan tidak ada yang serius.
“Tapi selepas itu Chinta alami demam on off selama lebih kurang 2 minggu. Ada juga alami sawan. Ekoran dari itu Chinta daripada hospital ****** terus dihantar ke hospital pakar. Apa yang mengejutkan ialah selepas dilakukan pemeriksaan Imbasan CT (Computed Tomography) kuman sudah memasuk dalam otak,” Xiela Iela ketika dihubungi Pa&Ma.
Membaca catatan ini membuatkan hati menjadi sebak. Tidak sangka anak yang ceria kini terpaksa menanggung kesakitan. Lebih meyedihkan apabila dia sendiri berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan baru.
CHINTA AMANAH ALLAH UNTUK MOMMY
Assalamualaikum semua… Ya Allah hari ni anak sy akan mjalani operation di kepala kerana ada jangkitan kuman pada otak.
Ya Allah ujian yang amat besar dan berat untuk kami tempuhi. Macam-macam risiko kemungkinan yang berlaku, Saya dengan rasa rendah diri memohon rakan2 semua mendoakan semoga operation ini berjalan dengan lancar Chinta sembuh seperti biasa.
Amanah Allah untuk mommy dan papa apa pun tjeradi kamu lah satu2nya Cinta hati kami… Ya Allah berikanlah kami ketabahan… Sembuhkan lah Chinta Ya Allah.
TEMPURUNG KEPALA DIKELUARKAN
23 Mac 2019
Chinta dah selesai buat pembedahan buang kuman di otak. Tapi masih belum boleh pasang kembali tulang kepala yg di potong kerana masih terdpt sedikit lagi dibahagian celah. Sekarang chinta dimasukkan semula ke PICU dan ditidurkan buat sementara waktu.
MOMMY SAYU CHINTA DIAM KAKU
Sedih Ya allah tgok Chinta yg happy go lucky, mulut yg bercakap 24jam tak berhenti diam kaku mcm ni. Mommy doa dan harap sangat chinta kuat. Nak jadi doctor kena kuat tau Chinta.
Mommy, papa, cikgu2, kawan-kawan Chinta semua nak tengok Chinta sihat macam dlu… Kuat ya sayang.
CHINTA MASIH BELUM SEDAR, AIR MATANYA MENITIK
25 Mac 2019
Alhamdulillah dah nampak ada pergerakan selepas Dr buat pembedahan buang kuman di otak. Tapi masih belym blh pasang kembali tulang kepala yg di potong kerana masih terdpt sedikit lagi dibahagian celah. Sekarang Chinta dimasukkan semula ke PICU dan diberikan antibiotik sehingga 4 atau 6 minggu lgi…
Chinta masih belum sedar sepenuhnya, tiub belum buang lagi. Tp bila mommy cakap Chinta kena kuat. Mommy dan papa ada setiap hari, mommy dan papa nak Chinta kuat da sihat macam dulu… Nanti bila dah sihat kita boleh jalan-jalan.
Air mata Chinta keluar tu bermakna Chinta mdengar n faham apa mommy cakap… Alhamdulillah… Moga Chinta hati mommy n papa cpat sembuh…
CHINTA SEDAR SEPENUHNYA
26/3/19
Allahhuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah.
Syukur… Syukur Ya Allah terima kasih pada semua yang mendoakan.
Chinta dah sedar sepenuhnya. Hari ni Chinta sudah makan dan minum… Chinta sudah mula cakap nak balik C*******. Chinta dah boring duduk hospital baring ja bosan laa….
Chinta dh mula tringat Rina dan Ratu kawan sekolah dan jiran kat rumah. Itulah Chinta hati mommy awk tak pernah diam mulut selagi tak tidur. Alhamdulillah semoga Chinta terus kuat untuk operation ke dua nt……
KENAPA CHINTA BOTAK?
28 Mac 2019
Dari kelmarin lagi sejak masuk wad Chinta sedih menangis je dia. Sebab dah 4 org datang tanya CHINTA. Abang nama apa. Sembang la dengan acik anak acik pon dok sini.. Cakap la abang nama apa…. Chinta menangis, nampak gaya nya dia dh tau sesuatu dia BOTAK.. Asyik nangis jaa Chinta dah tak comel. Kenapa Chinta botak?
ALHAMDULILLAH CHINTA DAH SIHAT KEMBALI
4 April 2019
Alhamdulillah Chinta sudah kembali sihat… Terima kasih pd semua yg mndoakan kesihatan chinta, selepas operation buang kuman dlm otak 23/3/19 dan selepas operation hidung 1/4/19 Chinta nampak sihat makan dan minum macam biasa.
Doktor on antibiotik selama 6 minggu jadi Chinta kena stay di hospital lagi sampai lah operation untuk letakkan balik tempurung kepala nanti.
BALIK SELEPAS 6 MINGGU
3 Mei 2019
Alhamdulillah setelah 6minggu di hospital ********, hari ni 3/5/19 Chinta dh blh balik C*******, boleh balik rumah dahhhhh yeaaaa…
Tapi Chinta balik dalam keadaan tempurung kepala belum dipasang lagi.
Doktor tanya Chinta nak buat operation kedua sebelum raya ke selepas raya? Cepat sgguh Chinta jawab lepas raya….??
Terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatan Chinta.
PEMBEDAHAN MEMASANG TEMPURUNG KEPALA
Ketika artikel ini ditulis, Chinta sedang bersiap untuk masuk ke wad semula untuk pembedahan memasang kembali tempurung kepala. Kata Xiela, pembedahan yang dijadualkan pada 20 Jun 2019 dipercepatkan. Semoga pembedahan yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar.
Kejujuran dalam rumah tangga itu sangat penting. Bila mana anda dan pasangan sudah mendirikan rumah tangga, jujurlah dan kongsilah perkara penting bersama. Buat apa nak sorok dengan pasangan? Buat apa nak rahsiakan password dan semua perkara dari pasangan. Kalau nak sorok kenapa perlu berkahwin?
Perkara penting seperti siapa agen insurans pasangan, password bank pasangan, dokumen penting pasangan harus dikongsi bersama supaya suatu hari nanti jika berlaku apa-apa kepada pasangan kita sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu dilakukan.
Perkongsian daripada Encik Jay untuk kaum lelaki yang bergelar suami sangat penting. Malah perkongsian ini bukan hanya untuk suami, tetapi juga isteri. Tiada apa perlu dirahsiakan daripada pasangan kita sendiri.
Peringatan bagi kaum lelaki yang bergelar suami.
Elakkan lah benda ini berlaku. Saya nak bantu pon tak dapat. Dokumen dokumen penting semua dalam phone. Nak deactivate semua kat phone.
Kejujuran dalam bekeluarga. Catat lah dalam buku masing2 & disimpan di tempat yang suami isteri boleh tahu. Sebab kita tidak tahu siapa “pergi” dulu.
✔️ Password phone ✔️ No Agent Insurans / Hibah ✔️ Jumlah hutang & siapa ✔️ Jumlah pemiutang & siapa ✔️ No pin bank card ✔️ Online Banking ✔️ Bussines Partnership jika ada ✔️ Listing hutang bank & card credit ✔️ Password peti besi (jika ada)
Untuk apa nak berahsia, kalau isteri nak check phone bagi je. Dari mula kita “Aku Terima Nikahnya” bermakna dia sebahagian dari hidup kita.
Takziah kepada sis ni
Kredit: Jay Sf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Nak bawa gambar Mamajee ke sekolah” begitulah luahan Fatimah yang dikongsi oleh ibu bapanya di instagram The Family UK.
Ramai yang mengetahui betapa rapatnya Fatimah dan arwah bapa saudaranya yang dikenali sebagai Adamdidam atau Chef Adam.
Chef selebriti, Chef Adam merupakan pemenang Hero Oven TV3 musim kedua dan terkenal di instagram kerana video masakannya yang menarik perhatian ramai.
Alhamdulillah…Fatimah finally went back to school yesterday. She requested to bring along a picture of Mamajee to share with her teachers and friends at school. She told them, “This is my uncle. I call him Mamajee. But he’s not like my uncle…he’s my dad! My Mamajee passed away. I love my Mamajee so much because he makes me feel safe.”
It was rather short, but meaningful sharing. We are very proud of her for being brave enough to share her feelings. Even though she is not completely healed, it’s ok. We’ll take it slowly, one day at a time.
Terjemahan:
Alhamdulillah.. Fatimah akhirnya kembali ke sekolah semalam. Dia meminta untuk membawa bersama gambar Mamajee untuk berkongsi kisah bersama guru dan kawan-kawan di sekolah. Dia memberitahu mereka, “Ini pakcik saya, saya panggil dia Mamajee. Dia bukan sahaja pakcik saya, tapi dia seperti ayah saya sendiri. Saya sayangkan Mamajee sangat-sangat sebab dia sentiasa buat saya rasa selamat.”
Perkongsian ini mungkin pendek dan ringkas tapi sangat bermakna. Kami sangat berbangga denganya kerana dia berani untuk berkongsi tentang perasaanya. Walaupun dia belum sihat sepenuhnya, tapi tak apa.
Netizen yang membaca luahan Fatimah sebak kerana luahan tersebut sangat ikhlas dari hati seorang kanak-kanak. Rata-rata mendoakan Fatimah dan keluarga kuat menghadapi kehilangan ini.
Bahaya Jangkitan Tonsil: Apa Yang Ibu Bapa Wajib Tahu Untuk Lindungi Anak!
Bayangkan si kecil yang aktif tiba-tiba menjadi lesu, sukar bernafas, dan sering mengadu...