Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.
Bahkan kata Nabila lagi yang mengakui tugas seorang ibu tidaklah mudah, dia makin goyah bila setiap kali hendak keluar bekerja.
“Keluar kerja pun saya rasa macam nak cepat balik mahu jumpa anak. Bila pulang lambat sedikit, dalam kepala dah teringat Baby M.”
“Bila keluar rumah nak pergi kerja, terfikir nak kena tinggalkan dia sekejap pun rasa macam sedihnya. Tapi nak tak nak, kerja kita dkena teruskan. Insya-Allah, saya akan cuba bahagiakan masa lagi untuk anak saya,” ujarnya.
Ads
Tambah Nabila lagi walaupun dia mempunyai pembantu namun sebagai seorang ibu dia sendiri lebih selesa menguruskan bayinya sendiri.
“Kami bersyukur kerana dikurniakan Baby M dalam kehidupan kami berdua. Walaupun keluarga kami kecil tetapi sudah tentu ada bantuan daripada pembantu dan juga keluarga.
Ads
“Jadi mudahlah saya kembali menguruskan kerjaya saya,” kongsinya lagi.
Pun begitu kata Nabila dia cukup mengagumi ibu-ibu bekerja di luar sana yang terpaksa menguruskan anak sendirian sebaik pulang dari bekerja.
Ads
“Sebagai ibu saya tetap jaga Baby M. Apa yang saya boleh kata tugas sebagai anak seni dan dalam masa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri bukanlah mudah.
“Saya sangat respect ibu-ibu di luar sana yang memang menjaga sendiri anak mereka tanpa bantuan siapa-siapa. Korang memang power. Saya yang menerima bantuan dari orang terdekat pun masih tidak cukup tidur apatah lagi mereka,” ujarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak lelaki kalau ikut muka ibunya, ‘sejuk’ kata orang tua-tua. Baru-baru ini sempena hari jadi Mira Filzah, suaminya Wan Emir Astar telah berkongsi foto Mira Filzah semasa kecil. Kalau diamati betul-betul foto Mira Filzah semasa kecil, anak mereka, Wan Khair Amir mirip Mira Filzah.
Anak Lelaki Kalau Ikut Muka Ibu, ‘Sejuk’ Kata Orang Tua-tua
Pengasas jenama hijab Mira Filzah ini mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
Sejauh mana kebenaran yang Wan Khair Amir mirip ibunya? Jom kita ‘telek’ beberapa keping gambar-gambar ini:
Wan Khair Amir ‘Copy Paste’ Wajah Mira Filzah
Gambar Milra Filzajh ketika masih kecil.
Dikongsikan sedikit info tentang fakta wajah anak lelaki yang mirip ibu:
*Manja dengan ibunya.
*Kawan ibunya.
*Bukan sahaja mempunyai iras wajah yang sama, perangai, cara senyum, ketawa, semuanya sama dengan ibunya.
Kesimpulannya walau iras siapa pun wajah kita, semestinya ada sebab kejadian Allah ini. Bersyukurlah dan sentiasa mengingati asal usul kita dari mak ayah kita.
Mengapa anak selalu menangis bila tak nampak ibu depan mata. Anak-anak sering kali menunjukkan tingkah laku menangis apabila mereka tidak dapat melihat ibu mereka. Fenomena ini sebenarnya adalah hal yang biasa dan mempunyai penjelasan psikologi serta biologi yang mendalam.
Kalau boleh ke mana sahaja ibunya pergi mahu diikuti. Pendek kata langsung tidak boleh berenggang. Bila tidak nampak kelibat ibunya, mulalah si kecil menangis.
Mengapa Anak Selalu Menangis Bila Tak Nampak Ibu Depan Mata
Berikut beberapa sebab utama mengapa anak kecil menangis apabila tidak melihat ibu mereka.
1. Kecemasan Perpisahan (Separation Anxiety)
Kecemasan perpisahan adalah satu fasa perkembangan yang normal di mana anak-anak merasa takut dan cemas apabila dipisahkan daripada ibu atau penjaga utama mereka. Pada usia ini, anak-anak mula memahami bahawa mereka adalah entiti yang terpisah daripada ibu bapa mereka dan ini menimbulkan ketakutan bahawa ibu mungkin tidak akan kembali apabila pergi. Ketakutan ini adalah refleks semulajadi yang membantu dalam proses perkembangan emosi mereka.
2. Keperluan Asas Emosi
Anak kecil sangat bergantung kepada ibu mereka bukan sahaja untuk keperluan fizikal seperti makanan dan keselamatan, tetapi juga untuk keperluan emosi. Kehadiran ibu memberikan rasa aman dan tenang kepada anak-anak. Apabila ibu tidak kelihatan, anak-anak merasa kehilangan sumber keselamatan dan ini mencetuskan tangisan sebagai cara untuk memanggil ibu kembali.
3. Perkembangan Kognitif
Pada usia ini, perkembangan otak anak-anak sedang pesat. Mereka mula memahami konsep keabadian objek, iaitu pemahaman bahawa sesuatu yang tidak kelihatan masih wujud. Walau bagaimanapun, pemahaman ini masih belum matang sepenuhnya. Jadi, apabila ibu keluar dari pandangan, anak mungkin merasa bahawa ibu telah hilang sepenuhnya.
4. Perkembangan Sosial dan Emosi
Anak-anak kecil sedang belajar bagaimana untuk membina hubungan dan kepercayaan dengan orang di sekeliling mereka. Ibu adalah figura utama dalam proses ini. Tangisan adalah cara anak untuk mengekspresikan perasaan tidak selesa, takut, atau keperluan akan kehadiran ibu untuk memastikan bahawa hubungan dan kepercayaan tersebut kekal utuh.
Cara Mengatasi Dan Menangani Tangisan Anak:
Walaupun tangisan anak boleh menjadi mencabar bagi ibu bapa, terdapat beberapa cara yang boleh membantu dalam menangani situasi ini:
Beri Jaminan
Berikan jaminan kepada anak bahawa ibu akan kembali. Beritahu mereka dengan suara yang lembut dan tenang bahawa anda hanya akan pergi sebentar dan akan kembali.
Latihan Perpisahan
Latih anak untuk terbiasa dengan perpisahan pendek. Mulakan dengan meninggalkan mereka sebentar dalam bilik lain dan perlahan-lahan tambahkan tempoh masa perpisahan.
Mainan Kesayangan
Berikan anak mainan atau objek kesayangan yang boleh memberikan rasa aman apabila ibu tidak berada di sisi.
Rutin Yang Konsisten
Pastikan ada rutin harian yang konsisten. Rutin yang tetap boleh memberikan rasa kestabilan dan keyakinan kepada anak.
Waktu Kualiti Bersama
Luangkan masa berkualiti bersama anak untuk membina kepercayaan dan hubungan yang kukuh. Ini boleh membantu anak merasa lebih aman walaupun ibu tidak berada di sisi untuk seketika.
Kesimpulannya, menangis adalah cara anak-anak kecil menyatakan keperluan dan perasaan mereka. Dengan memahami sebab-sebab di sebalik tingkah laku ini, ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mengatasi kecemasan dan membina rasa aman yang lebih kukuh.
Pemergian insan tersayang sememangnya sukar dilupakan, apatah lagi jika yang pergi itu adalah suami yang selama ini menjadi pelindung, pembimbing dan teman hidup dunia akhirat. Itulah yang dilalui oleh H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, atau lebih mesra disapa Tasha, balu kepada penyanyi terkenal era 2000-an, Allahyarham Achik Spin.
Kredit Foto: Instagram hmrose_tasha2
Kini sudah 15 tahun berlalu sejak tragedi kemalangan yang meragut nyawa arwah Achik, namun kenangan bersama suami tercinta masih segar dalam ingatan. Walaupun diuji dengan kehilangan, Tasha tidak pernah berhenti kuat demi dua permata hatinya yang kini sudah pun menginjak usia remaja.
Dua Puteri Makin Membesar, Cantik & Bijak
Hasil perkahwinan bersama arwah, Tasha dikurniakan dua orang anak perempuan yang sangat comel dan manis Safiyya, kini berusia 17 tahun, dan adiknya, Putri Nursumayya, 15 tahun, yang kini sedang menuntut di Sekolah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGSTAR), Seremban.
Melihat perkongsian Tasha di laman Instagram, dapat dilihat betapa kasih sayang seorang ibu itu tidak pernah berkurang walau sedikit. Malah, kedua-dua anak ini jelas membesar dengan baik, bijak dan penuh dengan nilai-nilai murni yang ditanam sejak kecil.
“Anak-anak pun dah boleh biasakan diri hidup tanpa ayah di sisi. Kalau rindu, saya akan bawa mereka ziarah pusara arwah bapa mereka,” cerita Tasha dengan penuh emosi.
“Terlalu Penat, Tapi Inilah Jalan Saya…”
Berstatus ibu tunggal sejak usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila perlu menjadi ibu dan ayah dalam satu masa. Tasha mengakui dirinya pernah merasa penat, namun tidak pernah berputus asa.
“Terlalu penat sebab semuanya saya kena buat sendiri. Sayalah ibu, sayalah ayah. Tapi demi anak-anak, saya terus kuatkan hati.”
Kini, Tasha bertugas sebagai pegawai kewangan di sebuah hospital swasta di Seremban. Walaupun sibuk dengan kerja, dia tetap memastikan masa bersama anak-anak tidak pernah terabai. Baginya, membesarkan anak-anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang adalah satu amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin.
Belum Terbuka Hati Cari Pengganti
Sepanjang 15 tahun hidup sendiri, ramai yang cuba mendekati Tasha. Namun bagi dirinya, cinta kepada arwah masih kukuh terpahat di hati. Baginya, belum ada yang mampu menyayangi dirinya dan anak-anak seperti arwah Achik.
“Saya tak rasa ada orang yang boleh sayang saya seperti mana arwah suami. Mungkin sebab itulah saya masih belum ada pengganti,” luah Tasha dengan tenang.
Kisah cinta yang bermula dari usia muda dan dibina atas rasa hormat, kasih dan tanggungjawab membuatkan memori bersama arwah terlalu istimewa untuk dilupakan. Walaupun cinta itu kini hanya tinggal kenangan, namun Tasha percaya bahawa doa dan kenangan itulah yang menjadi kekuatan untuk terus membesarkan anak-anak dengan bahagia.
Buat ibu-ibu di luar sana yang senasib, kisah Tasha ini boleh dijadikan inspirasi dan semangat. Bukan mudah untuk membesarkan anak tanpa pasangan, tetapi percayalah bahawa kasih ibu itu cukup kuat untuk membentuk anak-anak menjadi insan hebat di masa depan.
Tasha bukan sahaja menjadi ibu mithali, tetapi juga lambang kekuatan seorang wanita yang diuji hebat namun tidak pernah rebah.
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.