Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali menzahirkan rasa syukur dan teruja apabila mengundang seluruh rakyat Kelantan untuk bersama-sama memeriahkan majlis akikah anak sulungnya, Baby M, yang akan diadakan pada 7 Jun ini di Franky Corner, Kota Bharu.
Majlis yang turut bersempena sambutan Aidiladha itu menjadi simbolik kepada kasih sayang, syukur dan perkongsian rezeki yang diimpikan oleh Nabila dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani.
Menurut Nabila Razali, majlis tersebut bukan sekadar acara akikah, malah satu kesempatan untuk mengukuhkan silaturahim antara keluarga dan masyarakat.
Nabila dengan penuh kasih sayang menjemput sesiapa sahaja yang berkelapangan untuk hadir dan bersama-sama meraikan anak kecilnya dalam suasana Aidiladha yang penuh barakah. Ucapannya juga sarat dengan penghargaan terhadap doa dan sokongan ramai terhadap perjalanan hidup baharunya sebagai isteri dan ibu.
Ads
Anugerah Berharga
Tambahnya lagi, kehadiran Baby M dalam hidup mereka adalah anugerah yang sangat berharga dan menjadi pelengkap sempurna dalam perkahwinan mereka yang baru menjangkau enam bulan.
Ads
Dalam nada penuh rendah hati, Nabila berkata mereka sekeluarga ingin meraikan kegembiraan ini bukan sahaja dengan ahli keluarga terdekat, tetapi juga bersama peminat serta penduduk setempat di kampung halaman suaminya. Baginya, menjadi seorang ibu adalah satu cabaran besar namun sangat bermakna, dan Baby M adalah cahaya kebahagiaan yang ditunggu-tunggu.
Wah, bestnya orang Kelantan dapat sama-sama jumpa dan meraikan majlis akikah anak Nabila Razali!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara Yana Samsuddin yang pernah berkongsi leher anaknya berdarah akibat digaru berkongsi keadaan anaknya yang kini semakin pulih.
Kata Yana, luka itu disebabkan kuku jari tangan anak ketiganya yang berusia tujuh bulan itu tumbuh ke atas dan agak keras sehingga menyebabkan pendarahan apabila digaru.
“Sebenarnya kuku anak saya tumbuh ke bahagian atas dan agak keras. Ia mungkin sebab kalsium tinggi.
“Jadi apabila dia panas dan berpeluh pada leher, dia akan menggaru sampai terluka,” katanya berkongsi.
Berkongsi detik itu kata Yana dia pada mulanya tidak perasan leher bayinya berdarah namun tercium bau hanyir ketika menyusukan anaknya dalam gelap.
“Masa kejadian waktu malam, saya dengar dia menangis dan mengangkat dia untuk memberikan susu badan.
“Saya pula tak buka lampu tapi ada tercium bau hanyir macam darah. Bila saya buka lampu, tengok memang anak berlumuran darah. Saya panik sebab ingatkan ada benda lain yang berlaku pada anak.
“Jadi saya ambil video dan hantar pada suami. Tak sangka pula dia kongsi di media social,” katanya berkongsi.
Kata Yana lagi, biarpun sudah sembuh, bahagian leher anaknya masih lagi kemerah-merahan disebabkan bayinya masih menggaru lehernya.
“Walaupun dah jumpa doctor, masih lagi kemerah-merahan disebabkan goresan kuku.
“Saya pula tak pandai potong kuku anak yang masih kecil, jadi keadaan itu berulang,” katanya lagi.
Terdahulu, Yana dan suaminya, Fadzil Zahari mendirikan rumahtangga pada 13 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Mainan anak tak dinafikan memang banyak habuk dan bila anak kita yang kecil pegang sudah semestinya dia akan masukkan ke dalam mulut. Banyak sangat bakteria terkumpul.
Selain rendam dalam baldi dan kemudian dibasuh bersih, idea ibu ini yang membasuh mainan dalam mesin basuh memang boleh dicontohi. Kata Pn Izzah Atira, dia mencubanya selepas melihat hasil bernas itu di Youtube. Insyallah mainan anak masih dalam keadaan baik. Jom jimatkan masa mama!
CARA MUDAH BASUH MAINAN ANAK GUNA MESIN BASUH
UPDATE===> Boleh spin kalau masukkan mainan dalam loundry net. Saya dah cuba memang tak rosak.
Mainan anak tipu kan kalau cuma satu je kat rumah. Mesti banyak lelagi kalau jenis keluar masuk kedai eco mesti upah at least satu mainan kat anak kan.
Bila mainan banyak renyah laa nak basuh sikit-sikit guna baldi kecik. Mainan ni wajib basuh/disinfect tau lelagi anak yang suka masukkn mainan dalam mulut.
Kalau anak kerap demam/cirit birit tu kadang-kadang punca kuman gini laa tanpa kita sedar. Masukkan aje semua mainan yang boleh dibasuh dalam mesin dan isi air sampai penuh beserta sabun. Saya guna UPP norwex je senang. Dah tentu-tentu bahannya selamat.
Air mesin dan penuh pause kan ye jangan kasi spin plak. Kocak-kocak la sikit mainan tu dan rendam dalam setengah jam gitu.
Lepas dah siap set untuk buang air, tadah semula air dan kocak-kocakkan untuk basuh lepas tu set balik buang air tu. Ingat ye jangan sampai spin nanti tak memasal berjoget mainan dalam mesin basuh tu.
Iolss buat bilas tu sekali je sebab guna sabun yang memang tak ada bahan kimia bahaya. Ada setengah tu guna detol/clorox basuh mainan mungkin boleh laa bilas dua kali.
Dah bilas lap la ye. Bab lap ni pass kat anak je. Haha
INGAT YE JANGAN SPIN!
Jumpa tips ni dekat Youtube orang putih. Hahaha selama ni dok basuh sikit-sikit sebab baldi kecik mainan banyak.
Happy sharing guys!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi harapan setiap ibu bapa untuk memiliki cahaya mata yang mudah dibentuk, berhati lembut dan mendengar nasihat. Sapuan lebihan air wuduk boleh dijadikan salah satu usaha yang boleh dicuba.
Perkongsian daripada ibu kepada 7 orang anak ini boleh anda jadikan panduan. Melahirkan dan mengasuh 7 cahaya mata bukanlah tugas yang mudah. Salah satu amalan yang dilakukan ibu ini ialah menyapu air lebihan wuduk pada wajah dan kepala anak-anak.
Ada yang tanya saya macam mana saya handle anak tujuh orang. Ada yang anak baru dua pun dah kelam kabut. Rumah tak siap, nak buat sarapan tak sempat, terkejar-kejar dengan masa pula.
Saya hanya senyum mendengar komen daripada kawan dan sahabat tentang perkara ini.
Sebenarnya, ketika saya anak dua dahulu pun begitu juga. Saya kagum dengan ibu-ibu yang dikurniakan anak yang ramai.
Tetapi, apabila saya sendiri dikurniakan anak yang ramai, terasa mudah. Dan, hakikatnya ketika anak pertama hingga ketiga masih kecil terasa agak susah dan agak penat
Namun, apabila anak pertama, kedua dan ketiga semakin membesar, urusan saya sebagai ibu semakin mudah.
Kenapa?
Kerana anak pertama sudah boleh diharap untuk menolong kita apa yang patut.
Kemudian, anak kedua dan ketiga semakin besar, mereka dapat adik lagi. Urusan juga semakin senang.
Hinggalah sekarang, apabila semua anak semakin besar, mereka sudah pandai urus diri dan berdikari.
Saya sebagai ibu memberi tunjuk ajar dan arahan sahaja.
“Baju sekolah jangan lupa gosok!”
“Baju lipat sendiri!”
“Kemas ruang tamu!”
Alhamdulillah, jika kita sebagai ibu memberi contoh teladan yang baik, anak-anak mudah mengikut arahan yang diberi.
Mudah, kan?
Jika kita fikir mudah, ia akan menjadi mudah. Jika kita fikir susah, ia akan menjadi susah.
Begitulah cara mendidik anak yang seterusnya.
Bahkan, anak ramai ni mereka sudah ada kawan bermain di rumah. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk mencari kawan.
Seperkara lagi, ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai mesti ada satu sifat iaitu sabar, sabar dan terus sabar. Itulah yang Islam ajar.
Setiap hari, ibu-ibu berhadapan dengan kerenah anak-anak yang sama seperti bermain, bergaduh, bergurau dan juga usik-mengusik. Sekejap ketawa, sekejap lagi menjerit. Telinga yang mendengar pun rasa sakit. Lama-lama ibu juga bertempik.
Itulah rutin saya setiap hari. Saya angggap ia sebagai suara-suara yang sedang menyanyi. Kerana saya fikir, tanpa mereka, pasti rumah akan sunyi. Itulah dunia untuk mereka nikmati.
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip dalam pendidikan anak:
1. Selepas berwuduk, lapkan air basahan wudhuk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
2. Mengulang zikir ‘Ya Latif Ya Latif ketika membuat air dan memasak.
3. Memeluk dan mencium mereka ketika mereka bergaduh.
4. Ucapkan mama sayang ….(sebut nama anak)
5. Doakan anak-anak dan sebutkan nama setiap anak.
6. Sebelum mereka ke sekolah atau ke asrama, bacakan surah Ar-Rahman ayat 1-4 ke ubun anak-anak. Kemudian zikirkan “Ya Hafiz Ya Muhaimin”. Boleh juga letakkan tangan di kepala mereka sambil membaca ayat dan zikir di atas.
7. Setiap hari, sedekahkan A-fatihah untuk setiap anak.
8. Sentiasa berkata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
9. Jika anak-anak bergaduh, sama ada di dalam rumah atau di dalam kereta, ibu boleh laungkan azan di hadapan anak. Kerana anak yang sedang bergaduh, sebenarnya sedang diganggu syaitan. Apabila azan, syaitan akan lari. Tapi, dengan syarat lafaz azannya mesti betul ya.
10. Ilmu ini saya dapat daripada seorang ustazah di sekolah anak saya. Ketika anak tidur, bacakan ayat Qursi dan surah Al-Insyirah serta tiupkan pada ubun-ubun anak.
Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita dalam menjaga anak-anak. Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga fizikal anak, bahkan rohani dan jiwa mereka perlu diberi keutamaan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.