Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusa perubatan di ibu kota semalam tepat jam 10.01 malam.
Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan Nabila Razali Entertaiment yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi dalam keadaan sihat.
Bayi seberat 3.1kg itu adalah anak sulung Nabila, hasil perkahwinannya dengan suami, Nik Iruwan, 39, yang berlangsung tahun lalu.
Nabila 32 meluahkan rasa syukurnya selepas selamat bersalin.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan dan akhirnya Allah kurniakan Amanah ini buat saya dan suami.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberi sokongan tidak berbelah bagi selama ini,” katanya dengan penuh rasa syukur dan terharu.
Peminat dan rakan selebriti turut membanjiri media social miliknya dengan ucapan tahniah dan doa buat keluarga kecil Nabila.
Terdahulu Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Satu Beg Kelengkapan Anak, MetMalaysia Jangka 10 Juta Rakyat Malaysia Terkesan Banjir, Bersedia!
Kesan trauma melalui pengalaman berdepan banjir besar kira-kira 10 bulan yang lalu di Klang dan Shah Alam, Selangor masih meninggalkan kesan yang teramat.
Banjir terburuk yang melanda warga Shah Alam dan menyifatkan sebagai bencana banjir terburuk dalam masa lebih 25 tahun memusnahkan banyak rumah dan kebanyakannya tidak bersedia untuk bencana itu.
Kini setelah hampir setahun berlalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 10 juta rakyat Malaysia akan mengalami banjir hujung tahun ini dan meminta sentiasa alert dengan tanda amaran yang dikeluarkan.
Apa persediaan kita? Lebih-lebih lagi yang punya anak kecil atau warga tua.
Presiden Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadim), Roslan Ab. Ghani berkata, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Plus, sukar untuk meramalkan sama ada banjir akan berlaku atau tidak kerana cuaca hari ini tidak menentu dan boleh berubah dengan cepat, ia di luar jangkaan menyebabkan bencana boleh berlaku di luar kawasan dan di luar musim.
Beliau menggesa rakyat perlu bersiap sedia dan mengingatkan setiap negeri untuk memperkasakan komuniti masing-masing di peringkat daerah dalam soal pengurusan banjir dan memastikan pusat pemindahan berhampiran disediakan apabila diperlukan.
Sementara itu, ini persediaan awal yang boleh diambil bagi menghadapi musim tengkujuh;
Persediaan sebelum banjir (di rumah);
1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat korang.
2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat korang.
5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6. Pastikan seluruh keluarga korang mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
Jika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir;
1. Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.
2. Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.
3. Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jaduan rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam banjir.
4. Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, portal bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Selain itu, setiap rumah juga perlulah sediakan 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN. Antaranya;
1. Air (Jangan terlalu banyak sebab berat)
2. Sedikit makanan yang tahan lama
3. Tandas segera (ada dijual di Daiso/ kedai online)
4. Kit kecemasan dan ubat-ubatan
5. Pelitup muka
6. Bagi wanita, tuala wanita
7. Tisu basah, tisu tandas
8. Bekas untuk isi air
9. Plastik wrap
10. Lapik plastik pelbagai guna
11. Baju hujan
12. Selimut kecemasan
13. Sejadah
14. Pisau serba guna
15. Lilin dan mancis
16. Wisel
17. Tape pelekat
18. Tali
19. Sarung tangan
20. Bateri dan pengecas (untuk telefon dan sebagainya)
21. Radio
22. Lampu suluh (boleh cari yang sekali dengan pengecas solar dan dinamo serta ada radio sekali)
23. Kertas maklumat diri (nama, alamat, jantina, jenis darah, tarikh lahir, no telefon, no kecemasan, hospital yang biasa guna, ubatan yang diambil, alergi dan sebagainya)
*Baju (boleh letak dalam beg lain sebab makan ruang).
Jadi, orang ramai bolehlah beli siap-siap sebab bencana ini datang di luar jangkaan kita. 1 Rumah 1 Beg Kecemasan. Semoga kita sentiasa dilindungi.
Semoga bermanfaat!
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Sinar Plus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mommy & Ayah Sayang Kamu Hingga Ke Syurga,” Dua Majlis Sambutan Harijadi Pertama Rayyan. Elfira Loy Luah Rasa Gembira!
Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy berkongsi momen meraikan majlis hari jadi anaknya yang pertama di akaun Instagram.
Bukan satu majlis yang dianjurkan sempena harijadi anak sulungnya itu, malah ada dua majlis yang disambut secara berasingan. Memang meriah dan penuh keceriaan.
Pelakon filem Tentang Bulan ini juga ada menitipkan ucapan penuh makna buat anak lelakinya itu.
“Happy 1st birthday mylove babyboi Muhammad Rayyan Khalaf .
“You’re such a good boy to the both of us, there’s nothing I want you to change about you. Just be the cheeky you , the amazing you and the most adorable babyboi as always! I hope you had a great day with my loved ones today.
Baca: Pengalaman Pertama Elfira Beraya Sebagai Ibu. Ungkap Rasa Rindu Terkenang Kenangan Syawal Yang Lalu
“Mommy and Ayah love you hingga ke Syurga,” tulisnya melalui kapsyen di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by @ elfiraloy on
Dalam satu majlis sambutan yang lain pula, dengan bertemakan ‘pool party’ majlis penuh meriah dihadiri oleh tetamu dan rakan terdekat dibuat di kediaman Tok Ayah Rayyan
“Yesterday , We had another pool party celebration at his Tok Ayah’s house. I am pretty sure the guests, the kids and rayyan are all having fun yesterday,” tulis Elfira.
View this post on InstagramA post shared by @ elfiraloy on
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Khairol Faris Anuar pada Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki yang comel yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober tahun lalu.
Selamat menyambut hari jadi yang pertama buat Rayyan, semoga membesar menjadi anak yang soleh untuk Mommy dan ayah!
Sumber: Media Hiburan & IG ELfira Loy
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Senget-Senget Muka Kawan Tu.” Video Ean Yusuf ‘Uli’ Pipi Adik Buat Ramai Terhibur!
Ramai yang suka apabila jurusolek terkenal, Mua Bellaz berkongsi gambar atau video anak-anaknya. Ternyata wajah comel mereka semua diwarisi dari Bellaz dan suami dan sekarang ramai yang sering tertunggu-tunggu jurusolek cantik ini memuatnaik tentang anak bongsunya, Nur Aisywara Nealofa.
Sebelum ini perkongsian Bellaz yang menunjukkan gelagat Aisywara yang suka dikipaskan menarik perhatian ramai. Apabila berhenti dikipaskan, anaknya itu akan merengek. Yang lucunya, bila sambung semua kena kipas terus tersenyum!
Baca Juga:
Dr. Sheikh Muszaphar Suap Anak Makan Cekodok Pisang, Gelagat Emilia Jadi Perhatian!
“Sayang Mami Sha, Bunga Dah Besar.” Fasha Sandha Kongsi Video Terbaru Anak Saudaranya, Comel!
“Tiap Satu Tiang Kena Berhenti Jalan.” Lucunya Rina, ‘Paksa’ Omma Tengok Pororo!
Selain itu, Bellaz juga ada berkongsi video ketika dia menggomol pipi anaknya itu. Geram sebab comel sangat tapi ramai yang memuji Aishwara kerana dia anak yang susah menangis.
Video Bellaz gomol pipi anak;
Terbaru, Bellaz memuatnaik sebuah video yang menunjukkan anak lelakinya Ean Yusuf pula yang bermain dengan adiknya. Biarpun pipinya yang gebu itu dicubit si abang, Aisywara tenang saja sambil tersenyum apabila diagah.
Video Ean Yusuf dan Aisywara;
Ternyata gelagat dua beradik itu mencuit hati ramai orang. Antara komen yang dtinggalkan warganet;
Alahai, memang baik sungguhlah baby Aisywara ni. Dia langsung tak menangis, senyum je bila abang main pipi. Kalau tengok anak-anak Bellaz ni memang geram betul, semuanya comel-comel! Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang disenangi ramai serta membanggakan keluarga.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI