Penyanyi, Nabila Razali mengakui sejak hamil dia gemar mencuba untuk melakukan perkara di luar kebiasaannya.
Menurut Nabila yang kini sedang berada di trimester ketiga kehamilannya mengakui dia kini gemar menonton filem bergenre seram.
Tambahnya lagi menerusi siaran podcast Buka Mulut, walaupun menyedari diri seorang yang penakut dan jarang menonton filem sedemikian namun kata Bella dia mahu mencuba.
“Mungkin bayi ini pun ada teringin dia juga, tapi apa yang dia teringin itu kontra dengan apa yang saya buat sebelum ini.
Ads
“Kalau macam sekarang ini saya suka sangat tengok cerita hantu padahal saya seorang yang penakut,” kongsinya.
Tambah bakal ibu ini lagi, paling ketara kata Bella dia cukup gemar mengenakan pakaian harian berwarna merah sejak berbadan dua.
“Ada banyak perubahan saya rasakan, tiba-tiba saya pakai warna merah walaupun saya bukan peminat warna tersebut.
Ads
“Saya ni suka warna yang neutral, saya tak akan pakai warna merah melainkan tuntutuan kerja.
“Kalau nak tahu dalam almari saya tak ada pun baju warna merah,” kongsinya.
Terdahulu Nabila dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izzani mendirikan rumahtangga pada 18 November tahun lalu.
Selepas detik duka kehilangan anak sulung tahun lalu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isterinya, Fatin Athira Mustapa, akhirnya berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Khabar manis ini pastinya memberi sinar baru buat pasangan ini setelah melalui ujian berat sebelum ini.
Berita tersebut dikongsikan Noh menerusi Instagram Story apabila dia memuat naik semula hantaran rakan-rakan yang hadir dalam majlis pendedahan jantina bayi. Majlis yang berlangsung meriah itu menjadi detik indah buat pasangan ini yang kini sedang menanti kehadiran puteri kecil mereka.
Dalam video yang tular, Noh jelas melompat kegirangan sebaik sahaja asap dan kertas merah jambu dilepaskan ke ruang acara. Fatin pula yang tampil anggun dalam gaun putih, tersenyum manis di sisi suaminya, menyaksikan saat penuh bermakna itu bersama-sama.
Tahun lalu, pada September, Noh pernah berkongsi kisah sedih di Instagram apabila kehilangan anak sulung mereka yang diberi nama Julian. Dalam perkongsian penuh emosi itu, Noh menulis tentang perjuangan mereka menjaga kandungan sambil dalam masa sama membesarkan anak angkat mereka, Musa. Walaupun kehilangan tersebut cukup perit, mereka terus tabah dan percaya bahawa setiap ujian ada hikmahnya.
Kini, doa mereka akhirnya terjawab. Kehadiran bakal cahaya mata perempuan ini bukan sekadar anugerah, tetapi juga pengubat rindu dan pengikat kasih sayang yang lebih utuh antara Noh dan Fatin.
Untuk rekod, Noh mendirikan rumah tangga bersama Fatin pada September 2023. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 sebelum berpisah pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan terdahulu, Noh dan Mizz Nina memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa, yang kini menjadi penyeri keluarga kecil mereka.
Semoga proses kehamilan Fatin dipermudahkan, dan pasangan ini dikurniakan pengalaman indah menyambut kehadiran puteri kecil yang bakal hadir dalam hidup mereka tidak lama lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedang sarat hamil tujuh bulan, pelakon dan pengacara cantik Sarimah Ibrahim, 41, masih aktif bersenam malah nekad meneruskan aktiviti sihat itu sehingga menjelang kelahiran bayi sulungnya Julai depan.
Bagaimanapun, Sarimah berkata dia perlu memperlahankan aktiviti itu atas nasihat doktor.
“Sebelum Ramadan, saya melakukan senaman pilates sekali seminggu, latihan berat dua kali seminggu dan senaman kardio 30 minit setiap hari seperti ‘eliptical trainer’ dan ‘uphill walking’.
“Sesuai dengan usia kandungan saya masih boleh bersenam tetapi yang ringan setiap malam selepas solat Isyak,” katanya.
Hingga Kini Berat Naik 6.5 Kilogram
Ditanya mengenai berat badannya pula, kata Sarimah, setakat ini hanya naik 6.5 kilogram kerana sering bersenam dan menjaga pemakanan.
“Saya pastikan makanan penuh protein, kalsium dan kurang gula mengikut nasihat doktor.
“Insya-Allah, saya harap boleh mengekalkan tenaga dan tahap kesihatan untuk teruskan aktiviti senam sehingga proses bersalin nanti,” katanya.
Sarimah juga menasihati wanita hamil yang mahu bersenam supaya mendapat nasihat doktor terlebih dulu kerana keperluan tubuh setiap individu berbeza.
“Wanita hamil juga digalakkan menghadiri kelas persediaan menyambut kelahiran bersama jurulatih khas.
“Jika sebelum ini, anda berjoging selama 45 minit, kali ini cuba berjalan ‘Uphill’ 30 minit. Kalau sudah biasa buat ‘Circuit training’ dengan berat, kali ini kurangkan berat dan buat perlahan sikit.
“Selain itu pastikan minum air dua hingga tiga liter sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan,” katanya.
Kata Sarimah, jika wanita hamil sudah biasa bersenam dan tiada masalah kesihatan, boleh untuknya meneruskan aktiviti itu.
“Menurut kajian sains dan penyelidikan membabitkan ibu mengandung, digalakkan bersenam setiap hari untuk mengelakkan atau mengurangkan sakit badan, lemah, ‘gestational diabetes’, obesiti bayi dan kemurungan selain dapat membantu memudahkan proses bersalin,” katanya.
Sarimah ditemui di majlis melenggang perut mengikut adat istiadat Diraja Melayu yang berlangsung di Istana Nurul Jannah di Changkat Tunku, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, ibu mentuanya, Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah.
Masak sahur untuk suami
Walaupun sarat, Sarimah berusaha menjalani ibadah puasa pada minggu pertama Ramadan.
Namun, dia terpaksa akur dengan saranan doktor kerana menghidap demam bronkitis selama lima hari.
“Doktor tidak membenarkan saya berpuasa kerana tekanan darah menurun dan badan kekurangan air pada hari pertama dan kedua saya cuba berpuasa.
“Saya terpaksa akur dengan arahan doktor kerana kesihatan bayi dalam kandungan perlu diutamakan,” katanya.
Sarimah turut berkongsi tiada masalah masuk dapur untuk menyediakan juadah sahur suaminya setiap hari.
“Saya memang cerewet bab makan minum suami. Dia juga tidak suka makanan terlalu berat ketika bersahur.
“Biasanya saya akan sediakan roti gandum penuh, telur dadar dan minimum protein supaya badannya bertenaga sepanjang hari,” katanya.
Doktor jelaskan 8 punca ini boleh meningkatkan risiko plasenta previa pada ibu hamil. Risiko pendarahan semasa hamil dan kelahiran sangat tinggi! Ibu perlu berwaspada.
Menurut Dr Amirul Amzar, plasenta previa ialah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin. 8 keadaan ibu boleh menjadi punca kepada komplikasi ini.
Beliau juga turut memberikan reaksi kepada penyebaran info yang mengatakan ada diet tertentu yang boleh mengelakkan plasenta previa ini.
DIET UNTUK ELAK PLACENTA PREVIA PUN ADA?
Makin mengarut ajaran doula ekstremis ni. Hari tu kata ada diet untuk elakkan Caesarean. Sekarang ada diet untuk elakkan Placenta Previa pulak!
Saya cari punya cari, tak ada pulak jurnal yang membuktikan informasi ini. Saya tanya pakar perbidanan dan pakar pemakanan pun tak ada jugak makanan untuk elak Placenta Previa. Mana lah doula ni belajar. Lepas tu ajar pada pada orang awam, orang awam pun percaya bulat-bulat.
APA ITU PLACENTA PREVIA?
Placenta previa adalah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin.
Biasanya ia didiagnos selepas 28 minggu kehamilan kerana sebelum itu, uri yang rendah masih ada potensi naik ke atas.
Placenta previa ni ada beberapa jenis. Ada yang masih boleh bersalin normal, ada yang memang kena Caesarean.
PLACENTA PREVIA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN TERUK
Placenta previa juga mendedahkan ibu pada risiko pendarahan yang teruk. Kalau berdarah, sekejap je darah dalam badan si ibu boleh kering. Sebab itu ia perlu pemantauan rapat oleh pakar.
8 FAKTOR TERJADINYA PLACENTA PREVIA
Antara faktor risiko placenta previa adalah:
1. Sejarah placenta previa pada kandungan sebelumnya 2. Sejarah pembedahan melibatkan dinding rahim seperti Caesarean atau pembuangan fibroid (myomectomy) 3. Sejarah kandungan ramai, terutama jarak antara kandungan rapat-rapat 4. Merokok 5. Menggunakan kokain sewaktu mengandung 6. Sejarah pencucian rahim oleh sebab keguguran (dilation and currettage) 7. Kandungan kembar, kerana uri yang lebih besar 8. Posisi bayi tidak normal seperti songsang atau melintang
Tak ada lagi makanan yang menyebabkan placenta previa dan tak ada lagi makanan yang boleh membantu dalam rawatan placenta previa.
Jadi, hati-hati bila dengar informasi kesihatan dari doula ekstremis. Kalau dengar, double confirm kesahihan dengan doktor merawat.
Takut bayar beratus-ratus, dapat informasi pulak mengarut-ngarut.
Again, doula hanya peneman.
Doula tak ada kelayakan beri nasihat perubatan.
Doula bukan bidan Doula bukan doktor Doula bukan pakar pemakanan Doula juga bukan farmasis.