Betullah orang kata, bila dah bergelar isteri dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, masa luang itu ibarat waktu yang paling ditunggu. Bukan apa ketika zaman anak dara sempat lagi nak berhias cantik sebab tiada keperluan lain kena buat.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon, Nad Zainal yang mengakui mengalas tugasan sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah.
Nad menyatakan perkara tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Nad, dia kini mulai faham mengenai perasaan yang dilalui oleh wanita bergelar ibu sebelum ini.
“No filter needed. Muka berminyak, Sarung shirt besar, rambut toncet malas, buat apa nak malu ini adalah rupa seorang isteri.
“Now I know… Kenapa mak-mak kadang-kadang macam singa… Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.
“Sebab bila ada masa terluang baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun. Nak masuk puasa ni mula google lauk nak masak sahur pulak… Itulah MAK
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kata-kata yang ditulis oleh Nad itu.
Terdahulu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.
Sumber: Ig Nad Zainal