Bunting pelamin. Itulah yang dikongsikan oleh pelakon Ungku Ismail mengenai kehamilan isterinya, Nad Zainal menerusi Insta Storynya.
Menerusi perkongsiannya itu, Ungku Ismail tertarik dengan kisah pengantin baru yang bunting pelamin selepas sebulan mendirikan rumah tangga dan disahkan hamil mencecah lima minggu.
Tambahnya lagi, isterinya Nad turut melalui pengalaman yang sama dan bunting pelamin selepas sebulan mereka sah bergelar suami isteri.
“Kami pun tak tunggu bulan madu. Teringat masa pertama kali test kehamilan Nad pada awal bulan Februari, pada lusa pergi buat pemeriksaan sebab garisan semakin tebal.
“Pemeriksaan pertama tak ada apa cuma rahim mengembang. Pemeriksaan kedua dah nampak ada bulat hitam,” tulisnya.
Kata bapa kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia mengakui terkejut apabila usia kandungan Nad ketika itu sudah mencecah 6 minggu sedangkan mereka baru mendirikan rumah tangga pada Januari 2023.
“Doktor kata tahniah, dah 6 minggu. Terkejut aku, 6 minggu apanya. Nikah baru sebulan lepas. ‘Ya, kita kira ikut kitaran haid yang terakhir’.
“Makanya bukan tarikh nikah. Rezeki Allah SWT bagi. Tak sangka sebab Nad masa tu masih dalam kemoterapi dan heavy steroid medication,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, Ungku turut menitipkan doa buat pasangan yang menantikan cahaya mata agar banyakkan bersabar serta berdoa kepada Allah.
“Doa saya juga kepada yang struggle menanti (cahaya mata), yang terbaik datang kepada mereka banyak bersabar. Teruskan beramal dan berdoa. ALLAH Maha Pemurah,” tulisnya.
Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu. Pasangan itu menimang cahaya mata lelaki pada Oktober lalu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI