Keibubapaan

Nadia Aqilah Sedih Warna Kulit Buat Anak Rasa Rendah Diri-“Remuk Hati Mama…..”

Share

Nadia Aqilah sedih warna kulit buat anak rasa rendah diri-“Remuk hati mama….” Salah satu bentuk body shaming yang sering berlaku dalam masyarakat kita adalah berkaitan dengan warna kulit.

Nadia Aqilah Sedih Warna Kulit Buat Anak Rasa Rendah Diri-“Remuk Hati Mama…..”

Warna kulit merupakan anugerah semula jadi dan keunikan individu namun sering dijadikan bahan ejekan dan diskriminasi. Ini bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga boleh memberi kesan jangka panjang terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan mental individu yang terlibat.

Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, pelakon dan penyanyi Nadia Aqilah berkongsi tentang perihal anaknya yang bertanya tentang warna kulit dirinya.

Berikut perkongsian penuh Nadia dilaman Instagramnya.

Berapa hari ni, you’ve been asking me about your skin. Why is it brown and not peach color like a friend of yours in school.

Senja : “Tapi kenapa Bayu ada peach skin, I want peach skin Mama. It’s better right?”
Mama : (maintain watak tenang) “Heyyy sorry eh brown skin pun cantik, ada golden-golden pakai blusher jadi glow-glow tau!”

Sigh. We knew this day will come but we would never thought it would come before she even turn 5. We also know her school has multiracial teachers that will never comment about such thing.

Oleh itu, parents, marilah sama-sama we do better. Yeah ok your kids probably love Elsa and yeah ok she’s beautiful and all but let’s not talk about which skin color is better or nicer, ehhhh tak perlu. It starts from us.

Teach our kids to leave badan orang lain, alone let it be in whatever shapes and sizes as long as it is healthy. Remuk hati Mama, dengar awak cakap macam tu. Took me 20 years to accept my skin and body because of such mentality and I will protect you from going through what I did.

Senja, awak dan semua teman teman awak yang berkulit chocolate milk are smart, silly, funny, kind and that’s what makes you my beautiful cool girl. Nothing will change that.

Hantaran Nadia dihujani dengan komen-komen rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.

Untuk info, Nadia sah bergelar isteri kepada Saiful Ridzuan Sharafuddin, vokalis kumpulan Seven Collar T-Shirt pada 21 April 2018.

Pada 4 Disember 2019, Nadia dan Saiful Ridzuan telah dikurniakan cahaya mata perempuan pertama yang diberi nama Senja Aqila. Pada tahun 2023, Nadia dikurniakan pula anak lelaki, Bayu Aria.

Sumber: Instagram Nadia Aqilah 

Baca artikel lain yang berkaitan: Wajah Anak Kerap Di Body Shaming’ Erni Zakri Ambil Langkah Kurang Kongsi Gambar Anak

“Dah Genetik Kami, Dia Kurus Tapi Sihat Anak Elvina Mangsa Body Shaming

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Published by
Has