Pelakon Nadiya Nisaa dan suami, Saiful Razman punya pendirian sendiri untuk membesarkan kedua-dua anaknya yang masih kecil.
Tegas Nadiya, dia enggan menyerahkan tugas untuk menjaga dan mengasuh anak-anaknya terutama anak bongsunya, Aminah Rose kepada individu lain selain keluarga.
“Kami mengambil keputusan untuk membesarkan anak-anak tanpa perlu bantuan pembantu rumah atau menghantar ke pengasuh.
“Sekurang-kurangnya tunggulah sampai anak bongsu saya berusia dua tahun.
Ads
“Apatah lagi sekarang terlalu banyak berita tentang kes membabitkan pembantu rumah… Itu membuatkan saya lagi berat hati.
“Alhamdulillah, kata sepakat ini saya dan suami telah persetujui dan kami banyak berkompromi antara satu sama lain.
“Sekarang pun suami saya sudah menyewa studio yang berdekatan dengan kawasan rumah untuk memudahkan urusan kami sekeluarga,” katanya.
Ads
Berkongsi pengalaman selepas tiga bulan bersalin anak kedua, Nadiya akui situasinya sama seperti kali pertama menimang cahaya mata.
“Semuanya kena restart dan ingat balik. Maklumlah, anak sulung saya, Omar, sudah berusia lapan tahun, semua benda perlu beli baru dan barangan lama sudah tak boleh pakai lagi.
“Alhamdulillah, Aminah seorang bayi yang menyenangkan dan mudah untuk dijaga,” ujarnya yang bersalin pada 1 Januari lalu.
Tahniah diucapkan buat pelakon Emma Maembong yang telah selamat melahirkan putera sulungnya pada 8 November lalu.
Semalam menerusi instagram miliknya dan juga Youtube, Emma berkongsi sebuah videonya bersama keluarga dalam sebuah majlis ringkas bagi memaklumkan jantina bayi sulungnya itu.
Namun awal pagi ini, suami Emma, Muhammad Shazli Azhar menyampaikan khabar gembira bahawa Emma sudah pun selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 8 November lalu.
“Alhamdulillah ❤️ 8.11.20.
“Allah is the greatest. ☝🏽 Baby boy” kongsinya ringkas.
Suami kesayangan Emma ini juga turut berkongsi sekeping gambarnya bersama anak dan isteri, sejurus selepas kelahiran bayi comel itu.
Dalam pada itu, perkongsian ringkas itu dihujani ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan juga para pengikut Emma di instagram.
Rata-rata warga maya memuji kecomelan cahaya mata sulung Emma dan suami. Semoga kehadiran si comel ini melengkapkan lagi kasih sayang mommy dan daddynya. Selamat berpantang Emma.
Terdahulu, Emma mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu. Pada Julai lalu, Emma mengumumkan kehamilan sulungnya.
Ibu mana yang tak sedih bila anak yang sebelumnya aktif tiba-tiba terlantar dalam sekelip mata. Aillen Medina Feqh membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain tetapi kesihatannya mula merosot sejak 2 bulan yang lepas.
Doktor mengesahkan Medina yang kini berusia 1 tahun 9 bulan terkena jangkitan kuman pada otak. Akibat daripada itu ia menjejaskan penglihatan dan pergerakannya.
Malah menurut ibu Medina, Nurul Atiqah Almuhsen penyakit yang dialami oleh Medina ni sangat rare. Apa yang diberitahu oleh doktor Hospital Kuala Lumpur, dalam tempoh 14 tahun, kes Medina adalah yang ke-67.
Berikut perkongsian dari Founder HSG Charity Project, Puan Azlia Ajid yang melawat adik Medina di rumahnya untuk membantu memberikan sumbangan.
Pagi ini saya bertemu Adik Medina buat kali pertama. Saya masuk je rumah mereka, saya terus menangis. Selaju-lajunya air mata saya mengalir. Saya ambil tisu di atas meja. “Allah. Adik. Adik. Ya Allah, kasihannya dia. Allah”
Badan adik Medina sama size dengan Hasya anak kedua saya. Saya nampak Medina macam saya nampak Hasya. Saya tak mampu nak cakap banyak. Saya menangis agak lama sebelum saya mampu mengawal kesedihan saya.
Kata ibu Medina, Nurul Atiqah, Medina dari lahir normal sahaja seperti kanak-kanak lain. Berjalan, makan, aktif, menghiburkan macam anak-anak lain.
Bulan Februari tahun ini, pada mulanya adik Medina hanya demam sahaja. Kemudian beberapa hari lepas itu, adik Medina dimasukkan ke wad setelah disahkan jangkitan kuman di otak pada pertengahan Februari 2019.
Pada awalnya setelah beberapa sesi rawatan di Hospital Serdang, adik Medina boleh berjalan walaupun tak normal. Namun 16 Mac lalu merupakan tarikh yang menguji hati si ibu bila adik Medina tidak lagi seperti sedia kala.
Sehingga hari ini, Medina tidak boleh makan, tidak boleh duduk, tak dapat melihat, hanya baring dan bergetar-getar setiap masa badannya. Hanya susu yang boleh diminum. Itu pun melalui tiub dihidung.
Allah. Bayangkan. Bergetar badan ketika berjaga. Letih mata kita yang melihatnya, apatah lagi adik Medina yang melaluinya.
Terlihat kesedihan di wajah Atiqah ibu adik Medina. “Saya dah 52 hari tak boleh berniaga kak. Saya jual nasi bajet dalam KUIS tu. Ada nasi RM3 nasi bajet, ada nasi berlauk RM5. 50sen saya bagi komisen pada orang yang jual kak.”
“Sejak Medina masuk wad, saya tak boleh berniaga. Baru je keluar wad dua hari lepas. Saya minta bantuan hari tu dalam group peniaga sebab nak dapatkan duit minyak, duit bekalan pampers, susu, dan duit ikhtiar berubat tradisional juga. Duit hospital hari tu RM901 saya dah bayar. Mujur ada simpanan sikit.” jawab Atiqah sambil tersenyum.
“Saya akan berniaga balik, tapi makan masa sikit sebab fokus keperluan Medina kak. Saya nak dia sembuh kak” ujar Atiqah lagi dengan mata yang bergenang.
Allah. Berat benar dugaan ibu berumur 30 tahun ni. Hati saya bagai dicarik-carik. Senyuman masih terukir dibibir si ibu. Pertemuan kami hampir sejam tu, sejamlah Adik Medina terketar-ketar begitu. Kelihatan umpama sawan 24 jam. Allah.
Saya pegang kepala adik Medina. Saya sebak sangat. Bergetar-getar badan Adik Medina. “Semoga Allah sembuhkan kamu anak. Untie doakan Medina ya” saya berkata dalam hati.
Saya dah cakap pada adik Medina dan ibunya yang akan ada untie uncle yang baik hati akan membantu ibu Medina dan Medina berusaha sampai sembuh. Kita akan doa dan beri sumbangan bersama.
Tolong. Tolong bantu saya #share kisah mereka. Semoga ada ramai penderma baik hati yang akan terbaca post ini membantu Atiqah dalam usaha ikhtiar menyembuhkan Adik Medina.
Sebarang sumbangan boleh berhubung dengan saya, 012 274 2434 atau terus ke akaun ibunya 155087246128 (Maybank) Nurul Atiqah alMuhsen. Marilah kita membantu Adik Medina dan ibunya.
Sekali lagi hati Datin Eina Azman tersentuh apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh seorang bayi yang mempunyai masalah ekzema kronik.
Terbaru dalam instagramnya, Eina Azman tampil lagi sekali membantu seorang bayi perempuan berusia 5 bulan untuk berjumpa pakar kulit bagi merawat ekzema di muka dan beberapa bahagian badan yang turut mengalami masalah itu sejak usianya 2 bulan.
“Keadaan baby Afiya kulit dia dah mengelupas dan pedih-pedih berdarah. Jadi alhamdullilah today all the way from Kluang, Johor family Kak Yani datang bawa baby Afiya…
“…untuk mencuba rawatan di klinik pakar yang Eina sering bawa budak-budak yang ada sakit kulit. Hopefully kulit baby Afiya akan cepat sembuh,” tulisnya.
Eina turut berharap rawatan ini boleh membantu mengurangkan kesakitan baby Afiya dan boleh membesar dengan baik seperti kanak-kanak lain yang seusianya.
“Mungkin sebelum ini dia hanya merengek sebab tak selesa, gatal dan pedih. Harapnya selepas ini masalah itu tak menganggunya lagi,” katanya.
Eina juga turut berkongsi sekiranya ada sesiapa yang ingin membantu Afiya boleh beri sumbangan ke akaun BSN ibunya, 0310529000248278 BSN (NURUL ELYANI).
Tahun lalu Eina juga turut membantu beberapa bayi dan kanak-kanak yang menderita masalah sama untuk mendapat rawatan pakar.
Antaranya derita dua beradik menghidap penyakit kulit (ekzema) iaitu Mohamad dan kakaknya, Lela Safiya selain adik Thaqif Arjuna yang menetap di Pulau Pinang sebelum mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.
Bantuan yang dihulurkan Eina atas dasar nalurinya sebagai seorang ibu. Sebagai ibu tengok anak sakit sikit pun kita susah hati apatah lagi jika hari-hari dengar anak merengek dan menangis tak selesa.
Sumber: IG eina azman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!