Pelakon Nadiya Nisaa dan suami, Saiful Razman punya pendirian sendiri untuk membesarkan kedua-dua anaknya yang masih kecil.
Tegas Nadiya, dia enggan menyerahkan tugas untuk menjaga dan mengasuh anak-anaknya terutama anak bongsunya, Aminah Rose kepada individu lain selain keluarga.
“Kami mengambil keputusan untuk membesarkan anak-anak tanpa perlu bantuan pembantu rumah atau menghantar ke pengasuh.
“Sekurang-kurangnya tunggulah sampai anak bongsu saya berusia dua tahun.
“Apatah lagi sekarang terlalu banyak berita tentang kes membabitkan pembantu rumah… Itu membuatkan saya lagi berat hati.
“Alhamdulillah, kata sepakat ini saya dan suami telah persetujui dan kami banyak berkompromi antara satu sama lain.
“Sekarang pun suami saya sudah menyewa studio yang berdekatan dengan kawasan rumah untuk memudahkan urusan kami sekeluarga,” katanya.
Berkongsi pengalaman selepas tiga bulan bersalin anak kedua, Nadiya akui situasinya sama seperti kali pertama menimang cahaya mata.
“Alhamdulillah, Aminah seorang bayi yang menyenangkan dan mudah untuk dijaga,” ujarnya yang bersalin pada 1 Januari lalu.
Sumber: Astro Gempak