Nadya Syahera Demam Lepas Bersalin, Bayi Di NICU, Tapi Bersalin Kali Ni Mudah

Share

Suami kepada pelakon, Nadya Syahera, Fizul Nawi mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi selepas isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka sekitar jam 6.30 pagi, 25 Mac di Hospital Shah Alam.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Fizul menerusi hantaran terkini di laman instagram miliknya.

Menurut Fizul, dia amat gembira kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi seberat 3.3 kilogram itu dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi.

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT dipermudahkan semuanya. Terima kasih atas doa dan sokongan dari keluarga,sahabat dan semua,” kongsinya.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga cahaya mata ini memaklumkan Nadya telah mengalami simptom demam lepas bersalin manakala bayinya pula terpaksa dirawat di Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU).

Oleh itu, Fizul mengharapkan agar semua pihak dapat mendoakan anak dan isterinya berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, Fizul dan Nadya telah sepakat menamakan anak mereka Muhammad Barr Adam.

“Selamat datang ke dunia Muhammad Barr Adam Bin Mohamad Hafizul.”

Menerusi perkongsian Nadya di IG stories, dia menyifatkan doanya untuk bersalin dengan mudah dimakbulkan Allah SWT.

Allah Maha Baik. Hari-hari minta dipermudahkan urusan bersalin. Memang Allah bagi rezeki. Mudah bersalin kali ini,” kongsinya penuh syukur.

Nadya dan Fizul telah mendirikan rumah tangg mereka pada 25 September 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata sebelum ini iaitu Aleena Rose, 5 dan Mohamad Dayyan.

Kredit: IG Fizul Nawi & Nadya Syahera

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy