Paru-Paru Sihat, Nafas Pun Power! – Panduan Ringkas Buat Ibu Bapa & Si Cilik
Bayangkan anak anda aktif bermain, berlari ke sana sini, ketawa tanpa henti – semua itu mustahil tanpa satu sistem penting yang bekerja tanpa henti: paru-paru. Tapi… sejauh mana kita tahu keadaan sebenar paru-paru mereka? Dalam episod ceria daripada saluran Bintang Kecil, adik-adik comel bersama doktor bertauliah membongkar satu topik penting yang jarang diberi perhatian: kesihatan pernafasan anak-anak. Jom kita terokai kenapa paru-paru sihat itu bukan sekadar keperluan, tapi satu keutamaan!
Kenali Spirometri – Ujian “Tiupan” yang Bukan Sekadar Mainan
Dalam video ini, doktor memperkenalkan satu alat menarik bernama spirometri – sejenis ujian pernafasan yang mampu mengesan fungsi paru-paru secara saintifik. Dengan bantuan visual dan penerangan mesra kanak-kanak, ujian ini dijelaskan sebagai kaedah penting untuk menilai kekuatan nafas dan kesihatan sistem respiratori. Prosesnya ringkas, tapi impaknya besar – terutamanya untuk kesan awal masalah seperti asma atau jangkitan paru-paru.
Ads
Bagaimana Paru-Paru Kita Berfungsi?
Melalui pendekatan interaktif, adik-adik diajar bagaimana proses “tarik nafas” dan “hembus nafas” sebenarnya menyokong seluruh badan. Oksigen masuk, karbon dioksida keluar – dan itulah rutin yang berlaku setiap saat dalam hidup kita. Dengan teknik pernafasan yang betul, anak-anak boleh lebih fokus di sekolah, cergas ketika bersukan, dan tidur lebih lena waktu malam. Hebat kan?
Ibu Bapa – Penjaga Pertama Sistem Pernafasan Anak
Ini bahagian paling penting – ibu bapa bukan sekadar penjaga makan minum, tapi juga penjaga nafas anak-anak. Ramai yang hanya bawa anak ke klinik bila dah batuk teruk, sesak nafas, atau demam. Tapi dengan pengetahuan tentang ujian seperti spirometri dan pentingnya pemeriksaan awal, ibu bapa boleh jadi ‘first responder’ dalam menjaga kesihatan paru-paru si kecil. Sedikit perhatian sekarang, boleh elakkan masalah besar di masa depan.
Ads
Pendidikan Kesihatan Boleh Bermula Seawal Mungkin
Video ini juga membuktikan bahawa ilmu kesihatan tak perlu membosankan. Anak-anak diajar tentang tubuh mereka sendiri dengan cara yang menyeronokkan dan mudah faham. Ini satu pendekatan bijak yang patut ditiru oleh ibu bapa dan pendidik. Bila anak tahu pentingnya nafas, mereka akan lebih hargai tubuh mereka dan belajar menjaga diri sejak awal usia.
Ads
Nafas Adalah Nyawa – Jom Jadi Penjaga Kesihatan Anak Kita
Paru-paru bukan sekadar organ – ia adalah jantung kepada kehidupan aktif dan sihat. Video ini adalah peringatan lembut tetapi mendalam kepada kita semua: kesihatan tak datang secara automatik – ia perlu dijaga, difahami, dan dipupuk sejak kecil. Jadi, ibu bapa, mari ambil langkah kecil hari ini untuk masa depan besar anak kita esok. Dan hey, kalau boleh belajar sambil gelak-gelak macam dalam video ni, kenapa tak mula sekarang?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bulan Ramadan sering kali menjadi masa ibu bapa memberi penekanan kepada anak-anak tentang kewajipan berpuasa. Namun, ada satu persoalan yang sering timbul, mengapa sesetengah ibu bapa begitu tegas memaksa anak-anak berpuasa tetapi dalam masa yang sama kurang menitikberatkan solat?
Puasa VS Solat: Mana Lebih Penting?
Dalam Islam, kedua-duanya adalah rukun Islam yang wajib. Namun, dari segi keutamaan, solat sebenarnya lebih utama kerana ia adalah tiang agama. Rasulullah SAW bersabda:
“Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya.” (HR At-Tirmidzi)
Puasa hanya diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh, berakal, dan mampu melakukannya. Manakala solat sudah diwajibkan sejak seseorang itu mumaiyiz (dapat membezakan baik dan buruk), sekitar usia tujuh tahun. Nabi SAW bersabda:
“Perintahkan anak-anakmu untuk solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan lembut jika perlu) apabila mereka meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun.” (HR Abu Dawud)
Jadi, jika ibu bapa lebih fokus pada puasa tetapi mengabaikan solat, itu satu kesilapan besar dalam mendidik anak-anak mengenai kewajipan agama.
Kenapa Ibu Bapa Lebih Tegas Tentang Puasa?
Faktor Tradisi – Puasa sering dijadikan ukuran kepatuhan seseorang kepada agama dalam masyarakat. Anak-anak yang berjaya berpuasa penuh dianggap lebih “baik” berbanding yang tidak.
Faktor Sosial – Ramai ibu bapa bimbang dengan tanggapan masyarakat jika anak mereka tidak berpuasa. Sebaliknya, solat adalah perkara yang lebih peribadi dan tidak mudah diperhatikan oleh orang lain.
Faktor Pemahaman – Ada ibu bapa yang kurang memahami keutamaan ibadah dalam Islam. Mereka mungkin menganggap puasa lebih penting kerana ia hanya berlaku setahun sekali, sedangkan solat lima kali sehari dianggap “rutin biasa”.
Bagaimana Seharusnya Didik Anak?
Mulakan Dengan Solat – Sebelum meminta anak-anak berpuasa penuh, pastikan mereka sudah biasa dengan solat. Ajarkan mereka kepentingan solat sejak kecil dan jadikan ia sebagai amalan harian.
Jangan Paksa, Tapi Bimbing – Puasa boleh dimulakan secara bertahap. Jika anak masih kecil, biarkan mereka berlatih puasa separuh hari terlebih dahulu. Tetapi solat tidak boleh ada kompromi kerana ia wajib sejak usia tujuh tahun.
Jadilah Contoh Terbaik – Anak-anak lebih cenderung meniru perbuatan ibu bapa. Jika kita sendiri solat dengan konsisten dan menunjukkan kecintaan kepada ibadah, anak-anak juga akan terdorong untuk mengikutinya.
Terangkan Hikmah Kedua-duanya – Jangan hanya berkata “kena buat sebab wajib”, sebaliknya terangkan hikmah di sebalik solat dan puasa. Contohnya, solat menjaga hubungan kita dengan Allah setiap hari, manakala puasa melatih kesabaran dan keikhlasan.
Bagi ibu bapa yang masih belum dapat pendekatan sesuai mengajar anak-anak solat, perkongsian Puan Nurul Shazalina ini mungkin boleh membantu. Sama-sama kita belajar untuk didik anak faham rukun Islam kedua ini penting buat mereka.
Kedengaran isu ajar anak berpuasa tapi tak ajar solat. Ramai dah beri pendapat, sepatutnya ajar anak solat dulu baru ajar anak berpuasa. Ya ini paling tepat. Saya dah tak perlu ulas, sebab semua tepat tepat dan bagus.
Ini dua alasan yang mungkin. Bukan parents tak nak ajar solat, tapi puasa lebih senang sebab suruh tahan makan minum sahaja. Semua orang boleh buat tanpa perlu apa apa hafalan. Mungkin ini reason ramai berpusu pusu minta anak puasa.
Ok tak apa sahabat semua, saya nak share cara ajar anak solat berperingkat peringkat. Saya bukan bagus pun, bukan pandai agama pun.
Anak saya pun belum lengkap solatnya tapi sedang berusaha lengkapkan. Cuma saya terpanggil untuk buat perkongsian ini. Saya yakin ramai perlukan tips ini.
Tip Didik Anak Cinta Solat
Pertama sekali, sedari bayi lagi, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa tunjuk kita solat. Especially ibu-ibu sebab kebanyakan masa kita bersama mereka di rumah kan.
Jangan solat sorok-sorok. Sentiasa solat berhampiran mereka. Lakukan setiap hari. Saya tahu ramai je buat macam ni tapi saya yakin ada juga yang tidak buat begini. Ada di antara mereka perlukan keadaan tenang, bilik khas untuk khusyuk.
Tapi saya syorkan, bawa bayi anda letak berhampiran. Percayalah, umur setahun dua nanti, mereka akan ikut pergerakan kita solat. Jangan expect mereka terus pandai. Ikut pergerakan solat adalah langkah pertama.
Bila mereka dah boleh mula bercakap dengan lancar, ajar mereka bacaan dalam solat. Ikutkan dari kecil kita dah biasakan dengan bacaan ayat quran at least yang basic supaya senang mereka recall sebab dah biasa dengar kan.
Ok first hafal surah al fatihah. Lafaz hari-hari dengan anak. Sampai dia hafal. Jadi bila dia dah hafal, sekarang solat dia dah boleh ada bacaan surah al fatihah. Jadi dia ikut solat sambil ada bacaan al fatihah.
Jangan Tunggu Sehingga Anak Sudah Hafal Semua Bacaan
Jangan tunggu sehingga anak kita hafal lengkap semuanya baru suruh solat. Mungkin ini antara kes yang terjadi. Ada yang menunggu anak bersedia hafal semua baru nak anak solat.
Ok lepas tu ajar mereka sikit-sikit bacaan dalam rukuk. Ambil masa sehari ajar yang mudah-mudah dahulu. Bacaan rukuk. Dah hafal tu suruh dia baca masa rukuk dalam solat.
Lepas tu bacaan sujud. Dan seterusnya. Semua berperingkat. Untuk anak-anak yang tidak kuat daya hafalan, jangan harap sehari dah hafal atau buat expectation tinggi. Tolong fahami kemampuan anak anda. Beri masa, yang penting teruskan.
Tips saya bagi hafal yang mudah-mudah dulu. Tak perlu ikut urutan. Tahiyat akhir dan doa qunut paling last sekali saya ajar hafal setelah yang lain lancar. Kita jangan mulakan dengan yang panjang dulu. Biar yang senang je dulu.
Setiap anak berbeza. Jangan sesekali marah, kenapa susah sangat nak hafal. Anak jiran tu dah hafal semua! Haa jangan macam tu ok. Setiap orang lain daya hafalnya. Mungkin berminggu, mungkin berbulan malah bertahun. Teruskan mendidik.
Sebaiknya Ibu Atau Ayah Ada Di Sebelah
Lepas itu lagi satu cara, setiap solat anak kita, kita berada di sebelah. Ni jangan solat berimam. Bukan sebab saya tak galakkan solat jemaah dengan anak. Sebab tujuan sekarang saya nak anda bantu anak anda solat.
Kalau anda imamkan, anda tak dapat betulkan bacaan anak. Anak di belakang mungkin khayal atau berangan atau sekadar ikut pergerakan. Jadi mereka takkan dibiasakan membaca bacaan solat sendiri.
Ok duduk sebelah sambil anak solat, bagi dia baca semua kuat-kuat. Kita betulkan bacaan atau tolong bacakan dan dia ikut. Buat hari-hari sampai dia boleh baca sendiri
Setiap kali lepas solat, beri kata pujian dan pelukan serta ciuman. Bagitahu Allah suka orang yang berusaha nak solat. Banyak pahala anak insyaallah. Anak gembira dan lebih bersemangat apatah lagi bila dia berjaya baca bacaan solat tanpa bantuan dah.
Kesimpulannya ibu bapa perlu mengubah mindset bahawa puasa lebih utama daripada solat. Keduanya penting, tetapi solat adalah keutamaan utama dalam Islam.
Janganlah kita hanya bangga apabila anak boleh berpuasa penuh tetapi membiarkan mereka meninggalkan solat. Pendidikan agama haruslah seimbang supaya anak-anak membesar dengan kefahaman Islam yang betul.
Secara umumnya, apabila anak dah mula membesar dan makin aktif, corak pemakanannya juga akan mempengaruhi tumbesaran anak. Jadi di usia anak 1- 4 tahun, anak-anak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur.
Bagaimanapun bukan semua makanan yang dimakan anak-anak dapat membekalkan semua zat yang diperlukan tubuh. Oleh itu, ada baiknya ibu bapa mempelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
Cuma apa yang menjadi masalah, ramai ibu bapa merungut anak susah nak makan makanan yang disediakan untuk mereka. Ada anak-anak yang hanya nak susu sahaja dan makan kurang dan ada juga yang langsung tak mahu nasi.
Disebabkan masalah ini ibu bapa dah jadi buntu dan berputus asa hingga biarkan anak makan apa yang dia nak. Jika diikutkan kalau kita tak ajar dan biasakan dari awal lama-kelamaan anak pun akan kekalkan tabiat itu hingga mereka besar.
Lagi susah bila anak hanya berminat dengan makanan ringan yang tinggi kandungan garam, MSG, pewarna dan sebagainya.
Bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan anak, tapi mungkin boleh menyebabkan daya tumpuan anak nak belajar terganggu, tingkah laku yang sukar di kawal selain menyebabkan sistem imun badan anak jadi tak kuat.
Bagi yang rasa sukar nak biasakan anak-anak dengan pemakanan yang sihat, ikutlah jadual pemakanan terbaik untuk anak-anak berumur 1 hingga 4 tahun seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Self esteem setiap anak ini asalnya normal. Namun dia boleh jadi rendah apabila kita sebagai orang tua yang duduk di sekelilingnya gagal membangunkan dirinya.
“Jangan panjat, nanti jatuh.”
“Jangan lari-lari.”
Jangan keluar.”
“Jangan macam itu, jangan macam ini.”
Jangan… jangan… jangan… yang akhirnya kebolehan anak terbantut dan keyakinan dirinya rendah.
Akibatnya si anak akan selalu sebut, “abang tak pandai… abang tak tahu nak buat… susahlah.”
Solusinya latih anak dengan diberikan tugasan mudah yang mereka boleh bebas lakukan.
Misalnya, “ikan laga ini abah belikan untuk along, along jaga ye… bagi makan dan hiaskan ‘rumahnya’ ye.”
“Along teman abah pergi kedai jom. Nanti along tolong abah bayarkan ye.”
Beri mereka galakan dan sokongan. Jangan ditegah dan dihalang. Dan satu lagi, adakala gurauan kita yang suka menyakat anak kecil ini jangan sampai ‘berlebih-lebih’.
“Saja nak sakat. Nak tengok dia nangis dengan marah. Comel.”
Hati-hati ye. Kita sedang membentuk karakter pembuli dan amarah dalam dirinya. dan mungkin sedang membunuh semangatnya sehingga menjadi rendah diri kerana selalu dipermainkan dengan gurauan yang tidak sesuai dengan usianya. Anak-anak emosinya berbeza dengan kita. Lebih halus dan tenang.
Jadi jangan sebarang-sebarang dan langgar saja. Apatah lagi membentak dan memukul sesuka hati kita.
Ingat, anak-anak adalah anugerah dan amanah yang mesti dididk memgikut acuan Allah. Bukan mengikut acuan selera tekak kita.
Dr. Najwa Latif selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 November 2025 — tarikh istimewa yang juga ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Rezeki berganda dan hadiah terindah buat pasangan muda ini.