Lepas bayi lahir, ada sesetengah bayi di bahagian dadanya sedikit berbunyi. Kalau ikut orang dulu-dulu mereka menjelaskan mungkin doktor atau jururawat tak sedut habis cecair selepas bayi dilahirkan. Tetapi sejauh mana kebenaran itu?
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Pakar Pediatrik, Dr Salehuddin Sulaiman ada jawapannya.
Kahak/ lendir tak habis sedut? Seorang ibu datang petang tadi ke klinik. ‘Baby saya ni sejak dari lahir, sampai sekarang, asyik berbunyi je kahak dia. Ada lendir dalam hidung dan tekak. Saya nak minta doktor sedut kahak tu.’
Me: macam mana puan tahu ada lendir di situ?
‘Bunyi tu dari hidung dan kadang-kadang bunyi tu datang dari mulut. Orang tua kata, ni sebab tak habis sedut masa lahir. Saya dah tanya misi kat klinik pun, diorang cakap benda yang sama.’
Me: menyusu ok tak? Tidur?
‘Menyusu ok je. Hisap sampai habis. Tidur pun lena je. Malam-malam tu, kadang-kadang meragam juga lah. Saya dah mengadu kepada nurse masa lepas lahir. Nurse kata biasalah tu, lama-lama hilang.
Hari ni saja, dah bawa ke 6 klinik. Semua doktor suruh tepuk-tepuk belakang dia, nanti lendir tu keluar sendiri.’
‘Ada juga yang suggest supaya saya beli alat sedut kahak, dan sedut sendiri.’
Saya faham apa yang ibu ini lalui. So, saya decide untuk memenuhi permintaan beliau. Ya. Sedut ‘kahak’ tersebut.
Saya bawa bayi itu ke bilik rawatan, dan saya masukkan wayar suction ke dalam hidung dan mulut bayi tersebut.
Seperti yang dijangka, tiada kahak keluar. Tiada lendir.
‘Puan lihat sendiri, ada tak kahak atau lendir yang keluar?’
Ibunya geleng. Dan seterusnya angguk bila saya explain, bahawa bunyi yang didengar itu, bukannya kahak atau lendir. Dan seterusnya, saya explain kepada beliau apakah bunyi yang mengganggu ketenteraman hati beliau.
No such thing as’ kahak tak habis sedut lepas lahir’. Itu hanya mitos yang berlegar dan terus menerus dipercayai, hinggakan petugas kesihatan pun mempercayainya. Dan selepas sesi demonstrasi dan penerangan, barulah beliau lega dan nampak kembali sinar ketenteraman di wajahnya.
Eh, nak tahu ke apa sebenarnya bunyi ‘kahak’, ‘lendir’ atau apa saja yang anda panggil tu?
Ni explanation simple saya. Di belakang hidung, ada tisu adenoid. Adenoid ni adik beradik kepada tonsil (ni dalam area tekak).
Ada sesetengah baby, adenoid ni besar sedikit daripada baby lain (bukan besar mana pun, maybe dalam 0.5-1cm je), tapi disebabkan saluran hidung baby kecil, extra 0.5cm boleh menyebabkan saluran hidung secara relatifnya, kecil di kawasan tersebut, menyebabkan ‘turbulence’ dan getaran udara terhasil (bunyi ‘snort’ atau ‘kahak dalam hidung’.
Ala, macam jalan raya dua lane, tapi satu kawasan tu, ada kereta parking tepi jalan, menyebabkan kawasan tu jadi satu lane. So kereta terpaksa slow down di area tu saja. Lepas area tu, trafik lancar.
So, macam tu juga dalam hidung. Turbulence tu ibarat trafik yang jadi sesak sikit. Apabila bayi makin membesar, saluran hidung ikut membesar, dan area yang sempit tu, lama kelamaan akan hilang. Sebab itu, apabila bayi mencecah umur 3-4 bulan, bunyi tu akan semakin menghilang.
So, perlu ke sedut? No, tak perlu. Silap haribulan, lubang hidung boleh berdarah. Dan darah tu akan menitis masuk ke tekak dan perut. Kalau bayi jeluak, nanti ada bercampur darah, baru nak kalut.
Side info. Paru-paru bayi dipenuhi cecair semasa dalam kandungan. Sebaik sahaja bayi keluar ke dunia dan menyedut nafas pertama, Allah dah cipta mekanisme yang sangat cantik. Semua cecair itu akan diserap oleh badan secata automatik. Tak perlu sedut pun sebenarnya. Kalau sedut pun, wayar tu tak akan masuk ke dalam saluran pernafasan.
Ada sesetengah bayi akan menglami masalah cecair di dalam paru-paru susah untuk clear (transient tachypnea of newborn, TTN), atas sebab tertentu, contohnya kelahiran secara czer/ operate, rawatan untuk bayi ni tak melibatkan suction/ sedut kahak pun. Maybe perlukan oksigen, ada yang perlukan alat pernafasan. Tapi, insya Allah dalam masa 48-72 jam, cecair ini akan hilang sendiri.
Bila saya nak kena bimbang?
1. Kalau bunyi tu baru muncul selepas sebulan dua. Maknanya masa dalam pantang, tak ada bunyi pelik-pelik. Tapi selepas 2-3 bulan, baru start ada bunyi kahak. Mungkin ada infection dalam hidung atau paru-paru.
2. Baby tak dapat menyusu dengan baik. Hisap berhenti-henti untuk setiap penyusuan.
3. Masalah tidur yang ketara
4. Berat bayi tidak naik. (ni kena tengok graf).
Wah, panjang pula. Hopefully mitos ‘kahak tak habis sedut’ ni tak berlegar lebih banyak dan unnecessarily menyesakkan kepala ibu-ibu. Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.
Kredit: Pakar Pediatrik, Dr Salehuddin Sulaiman
Kredit Gambar: pexels.com
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)