Jika anak tiba-tiba sesak nafas atau bernafas laju dan cepat, serta ada lekukan yang dalam pada bawah rusuk dada, jangan berlengah lagi sebaliknya segeralah bawa ke hospital.
Perkongsian Puan Izzra Hafida Sheda mengenai masalah anaknya yang mengalami Bronchiolitis ini boleh dijadikan iktibar untuk semua ibu-ibu lain.
Dimulai dengan anak bernafas laju dan kemudiannya pernafasan anak menjadi bertambah tenat. Malah lekukan yang dalam juga terjadi di bawah rusuk dada ketika anak bernafas. Begitu perkongsian beliau. Jika ini yang berlaku kepada bayi kita, jangan berlengah!
Nafas Anak Laju, Lekuk Di Bawah Rusuk
Anak saya nafas laju ke ni? Nampak macam dia penat. Nak pergi kecemasan kat hospital atau klinik kesihatan dulu?
Ramai ibu bapa tak pasti keadaan anak mereka bila selesema dan batuk berkahak atau nafas laju adakah serius atau tak. Nampak macam ok hakikatnya anak tak ok jika dibiarkan dan melarat hingga boleh mengancam nyawa.
Macam cerita kak sweet masa tu jam 11 pagi dengar Hadi menangis sambil terbatuk-batuk. Pegang badan dia panas. Demam. Baringkan dia selak baju nampak dada berombak & nafas laju sangat. Lepas tu perasan ada lekuk dalam kat bawah rusuk dada bila dia tarik nafas.
Husband balik kerja pukul 3 petang kami terus bawak baby Hadi ke klinik tapi doktor cakap kena ke hospital berdekatan sebab nafas laju sangat, bahaya sebab dia masih bayi. Masa tu dah rasa tak sedap hati.
Kami terus ke bahagian kecemasan Hospital Balik Pulau dan doktor bagi gas nebuliser dekat Hadi. Lepastu kena cucuk ambil sample darah & Xray paru-paru. Dalam hati mama dah menangis. Sedih tengok anak macam tu. Dia nampak lemah. Oksigen pun dah kurang. Doktor cakap nasib baik kami cepat bawa ke hospital.
Allahuu awal pagi tadi Hadi okay je menyusu macam biasa. Tak nampak tenat macam ni. Sekarang susu pun dia tak nak minum dah. Lepastu dia muntah. Then doktor cakap baby kena tahan wad sebab nak on nebuliser gas tu setiap 4 jam dan kena tunggu keputusan darah takut ada kuman.
Satu malam di wad Hospital Balik Pulau. Keesokan pagi tiba-tiba doktor bagi berita sedih. Hadi kena transfer ke Hospital Besar Pulau Pinang sebab nafas dia makin laju & oksigen dia sangat rendah. Mama & Hadi naik ambulance ke sana. Disana ramai pakar dan alatan yang lengkap jika terjadi sebarang perkara yang serius.
Selama 6 hari 5 malam Hadi dirawat di wad paediatric. Alhamdulillah darah Hadi clear, paru-paru pun clear tiada kuman. Hadi cuma kena bronchiolitis. Jangkitan di bronchiole. Organism yang menyebabkan berlaku jangkitan adalah virus dan bukan bakteria. Hadi tak perlu antibiotics. Syukur. Mujur kami cepat bawa dia ke hospital.
Actually doktor cakap symptom macam Hadi kena ni boleh jadi tanda risiko penyakit lain juga seperti Pneumonia, Asthma atau Croup.
So Kak Sweet nak kongsi sikit 3 tanda amaran untuk kenal pasti bagaimana jika anak kita mengalami symptom awal penyakit tersebut.
1. Respiratory distress
Masa rawat Hadi doktor ada bagitau respiratory distress atau nafas laju ialah bila kadar pernafasan melebihi normal. Kadar normal kita tengok ikut pada umur anak. Macam mana nak tahu nafas laju ke tak?
NORMAL
?Umur bawah 2 bulan kadar pernafasan mestilah bawah 60/minit.
?2 bulan hingga 1 tahun kadar pernafasan mestilah bawah 50/minit.
?1 tahun hingga 5 tahun kadar pernafasan bawah 40/minit.
Macam mana nak kira? Boleh tengok video yang kak sweet share dibawah. Bila anak tarik nafas dan hembus dikira 1. Kira berapa kali anak tarik dan hembus nafas selama seminit.
2.Recessions atau dada berombak
? Bila anak bernafas, tengok bahagian dada yang seolah-olah berombak naik turun dan perhatikan di dua bahagian iaitu depan tengah leher dan bawah tulang rusuk. Jika nampak tenggelam dalam ketika anak tarik nafas tu petanda amaran respiratory distress iaitu kesukaran untuk bernafas.
3. Nasal flaring
?Tanda ini boleh dilihat kebanyakkannya pada bayi yang sesak nafas. Hidung baby akan nampak bergerak kembang kempis sebab guna banyak tenaga untuk bernafas. Pernafasan biasa adalah sangat lembut, relaks, dan tidak nampak macam menggunakan banyak tenaga.
Doktor pesan, kalau anak anda mempunyai salah satu tanda seperti di atas, anak anda kemungkinan menghidapi sesak nafas dan boleh terus ke kecemasan untuk diperiksa dan dapatkan rawatan SEGERA.
Share post ini pada pasangan atau sahabat anda jika bermanfaat okay? Kak Sweet doakan semoga anak kita dihindari dari penyakit dan dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiinn❤️