Anak tak sihat, ibu bapa yang susah hati. Lagi-lagi bila terlalu lama sakit dan tak baik-baik walaupun dah makan ubat.
Perkongsian dari seorang ibu, Are Lyn mengenai anaknya yang batuk berterusan dan masih tak elok walaupun dah dapatkan rawatan sehingga perlu dimasukkan ke ICU ini mungkin boleh dijadikan peringatan semua terutama yang ada anak kecil.
Hari ni mama berkelapangan nak kongsi apa yang jadi kat Fattah..
Fattah memang dah start batuk sejak 20hb okt lagi. Mama dah bawa Fattah p klinik kerajaan 25hb tu, doc cakap batuk biasa ja.. Akan hilang sendiri, doktor pun tak bagi ubat apa-apa.
Tapi batuk Fattah masih berterusan dan makin teruk bunyi kahak.
26hb, mama ikhtiar bawa pergi klinik Dr. zainal.. Doktor bagi ubat batuk dengan on neb ja dekat dia. 2 hari mama ulang alik klinik.. Tapi stil sama.
29hb, mama ikhtiar lagi bawa pergi klinik Dr. Rahim untuk sedut kahak adik. Doktor cakap, kahak adik tak banyak. Lepas sedut tu, nampk adik dah ok sikit. Tak bunyi kahak dah. Mama lega sekejap.
31hb okt 2018 Fattah tidur lena semalaman. Pagi tu bangun, mama dengar adik batuk makin teruk, makin lama, sampai mama nampak nafas adik dah laju. Mama terus call ayah nak ajak bawa adik pergi hospital. Tak sempat pun ayah nak balik. Mama tengah mandi, tiba-tiba tok panggil mama cakap adik dah tak bernyawa, dah lembik.
Allah je tau macam mana perasaan mama waktu tu. Mama cepat-cepat keluar toilet, siap-siap call ambulans, sebab waktu tu xtak ada siapa dekat rumah, mama dengan tok ja. Nasib baik wan adik sebelah rumah ada tolang bawa pergi emegency dekat Klinik Kesihatan Sungai Dua. Waktu tu adik dah bernafas, tapi adik lembik lagi. Macam dah tak ada tenaga.
Ads
Sampai klinik doktor cuma bagi bantuan oksigen kat adik sementara ambulans nak smpai. Sampai ja hospital, adik nampak stabil sikit. Tapi doktor cakap adik masih kena warded sebab nak monitor.
Lepas masuk wad, mama bagi adik minum susu, lepas tu nak bagi adik tidur. Tiba-tiba adik batuk tak berhenti, sampai biru muka, sampai sesak nafas. Kebetulan masa tu doktor pakar tengah round. Lepas tu ramai doktor kerumun adik, ada seorang doktor sempat beritahu mama adik dah kritikal, minta mama bersedia.
Ya Allah.. Mama lembik. Tak terkata mama nangis smpai air mata dah kering. Lama juga mereka proses adik, mama nampak ramai doktor pergi tempat adik. Masa tu, mama berserah ja kat Allah.
Lepas dekat 2 jam, baru semua selesa. Mereka panggil mama tengok adik. Waktu tu, wayar dah penuh kat badan adik, adik dah pakai oksigen. Adik kena puasa, tak boleh minum susu untuk beberapa hari..
Doktor terangkan kat mama, adik dah lepas fasa kritikal, tapi adik masih belum stabil, adik masih bergantung dekat mesin oksigen tu.
Oksigen dalam badan adik dah drop sangat doktor cakap. Sepatutnya adik dah kena hantar pergi icu, tapi sebab icu penuh. Doktor minta mama sabar dan tolong monitor keadaan adik kat wad.
Ads
6hb nov 2018 Doktor dah sahkan adik positif PETUSSIS COUGH @ Batuk 100hari. Doktor tengok keadaan adik masih teruk. Sejak semalam, adik batuk sampai biru makin kerap.. Doktor tak ada pilihan, terpaksa keluarkan seorang pesakit dari ICU untuk letak adik. Sebab doktor cakap, mama nampak letih, doktor nak suruh mama balik rehat.
Memang letih, seminggu mama jaga adik kat wad, langsung mama tak tidur sebab mama takut oksigen adik drop tiba-tiba mama tak sedar.
Petang tu adik dah pergi ICU.. Kat sana, semua nurse yang buat.. Mereka monitor adik 24jam. Mama sempat juga berehat, walaupun terpaksa tidur di tangga.. Asalkan mama dekat dengan adik.
8hb nov 2018 Adik nampak dah stabil sikit.. Doktor cuba kurangkanl oksigen adik. Sikit-sikit sampai adik dah tak payah pakai mask tu. Adik dah boleh senyum kat mama. Adik dah boleh sembang dengan mama.. Mama dah boleh dukung adik. Mama pun dah boleh senyum sikit, dah ada selera makan. Terima kasih ya Allah..
Ads
12hb nov 2018 Pukul 1 pagi. Adik dah boleh pindah ke wad biasa. Habis dah rawatan adik dekat ICU. Hari yang sama juga adik dah tak payah minum susu pakai mesin, mama dah boleh bagi manual, tapi masih pakai tiub.
Tapi adik masih dalam pantauan doktor. Masih kena pergi follow up kat hospital. Batuk adik masih tak hilang, tapi dah makin berkurang.. Doktor cakap batuk ni tak kan hilang selagi tak cukup 100hari.
Sekarang adik kat rmh, dah makin stabil.. Doktor minta mama monitor adik untuk seminggu ni, tengok macam mana. Kalau boleh pengawasan 24jam. Untuk seminggu ni. Insyaallah..
Di sini mama nak pesan dekst ibu-ibu yang baru bersalin, yang bakal bersalin, yang ada anak kecil bawah 2 tahun, berjaga-jaga la. Jauhkan la anak kita dari orang-orang yang sakit.
Batuk 100hari @ petussis ni berpunca dari kanak-kanak yang umur bawah 2 tahun yang tak complete vaccine. Maksudnya yang tak pergi cucuk tiap bulan dekat klinik kesihatan.
Kalau dapat elak, kita elakkan la. Vaksin ni penting. Mama dah menyesal sangat-sangat sebab mama tak tau pasal benda ni sebelum ni. Mama dah rasa, jadi mama nak pesan pada ibu-ibu yang lain supaya berhati-hati.
Mayya Baby dengan kerjasama Pa&Ma memperkenalkan rangkaian produk baharu iaitu Baby Cream, Baby Lotion, Shower Gel, Spray Hand Sanitizer pada hari ini yang dilancarkan di Ruang Event Space Seksyen 16, Shah Alam.
Puan Reni Ismalia Edy selaku Pengasas Mayya Baby berkata “Kerjasama bersama Pa&Ma merupakan satu penghargaan yang paling besar buat Mayya Baby, kerana seperti rakyat Malaysia sedia maklum Pa&Ma merupakan majalah keibubapaan yang paling berprestij di Malaysia dan telah bertapak hampir 20 tahun dalam pasaran dan ini merupakan peluang yang sangat besar sepanjang penglibatan Mayya Baby dalam dunia penjagaan bayi dan kanak-kanak di mana kami diberi kepercayaan oleh pihak Pa&Ma sama-sama untuk menyebarkan kebaikan rangkaian produk penjagaan bayi kami iaitu Mayya Baby.
“Bagi saya kesinambungan yang dibawa dalam bentuk majalah oleh Pa&Ma ke dalam bentuk digital dan media sosial telah membuka peluang lebih luas untuk ibu bapa di luar sana mendapat manfaat dari setiap penulisan yang disampaikan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa untuk lebih celik dan peka dengan ilmu keibubapaan, kesihatan dan penjagaan bermula dari kehamilan sehinggalah, kelahiran, dari usia bayi sampai anak menginjak ke usia kanak-kanak.”
Mengapa bayi perlu produk yang selamat?
Keadaan kulit bayi mudah kehilangan kelembapan jadi ibu bapa perlu teliti dalam membuat pemilihan produk penjagaan untuk si manja. Pembersih atau pelembap kulit yang mempunyai kandungan bahan yang kuat boleh mengganggu pertahanan kulit dan menyebabkan kulit bayi menjadi bertambah kering.
Pilih pembersih dan produk penjagaan kulit bayi yang lembut agar tidak mengganggu kulit bayi yang halus dan mengekalkan lapisan kulit dalam keadaan yang sentiasa lembap.
Antara kelebihan produk Mayya Baby
Baby Cream Mempunyai fungsi 5 dalam 1. Produk ini selamat digunakan untuk bayi terutama bayi yang baru dilahirkan. Selain bayi, orang dewasa serta kanak-kanak juga boleh menggunakan Baby Cream ini. Apa yang paling penting ia tidak mengandungi menthal, camphar dan steroid.
Baby Lotion
Baby lotion berfungsi untuk melembapkan kulit, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak. Kandungan produk ini juga bebas daripada bahan berbahaya dan sesuai untuk kulit sensitif.
Shower Gel
Bukan senang untuk mencari mandian yang sesuai untuk si manja. Jika anda ingin mencari mandian yang tidak memedihkan mata, anda boleh dapatkan Mayya Baby shower gel. Ia juga mudah dibilas dan yang paling utama untuk kulit bayi, ia adalah produk bebas paraben dan tiada SLS.
Spray Sanitizer
Spray ini dicipta untuk membasmi kuman. Produk ini sesuai digunakan pada permukaan tangan, kaki serta fabrik. Selain memberikan bau yang segar ia juga lembut pada kulit.
Selain dari itu Hasnita Sawal, Editor Majalah Pa&Ma, turut berbesar hati kerana pihak Mayya Baby sudi bekerjasama dengan Pa&Ma untuk majlis pelancaran rangkaian produk terbaharu mereka. Diharap kerjasama ini dapat mengukuhkan jenama Mayya Baby dalam kalangan ibu bapa yang mementingkan kualiti dalam memilih produk penjagaan untuk Si Manja.
Pelancaran program yang berkonsepkan High-Tea ini dihadiri lebih kurang 50 orang tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, pihak media dan instafamous iaitu Shakila Khoriri, Intan Salleh dan Syazwani Yazip.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronoknya dapat ahli keluarga baharu! Umpama satu hadiah besar tatkala Syawal semakin menjelang tiba. Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kelahiran cucu perempuan semalam.
Sumber foto: Instagram Nurul Ilham Anwar
Perkhabaran gembira itu telah dikongsikan oleh Datuk Seri Anwar menerusi hantaran Facebook.
“Alhamdulillah! Hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda Ilham dan Luqman Watanabe.”
Ketika berpantang pada masa dahulu, si ibu tidak dibenarkan untuk minum air dalam kuantiti yang banyak. Dikhuatiri rahim akan mengembang dan perut akan buncit. Sebenarnya itu bukanlah ikutan yang baik kerana air masak sememangnya sangat penting untuk si ibu bagi mengelakkan masalah sembelit dan memperbanyakkan proses penghasilan susu badan.
Pengambilan air sangat mustahak untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat. Air merupakan komposisi penting untuk memastikan tisu badan sentiasa lembap, melindungi organ dan tisu badan, melarutkan mineral dan nutrien agar mudah diserap badan, menyeimbangkan suhu badan dan sebagainya.
Ketika hamil dan berpantang, amat penting untuk ibu untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi untuk memastikan fungsi tubuh sentiasa berada di tahap optimum.
Tindakan mengurangkan pengambilan cecair boleh memudaratkan hingga menggalakkan pembentukan darah beku. Ini boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kematian mengejut di kalangan ibu selepas berpantang atau dipanggil pulmonary embolism.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan mempunyai ulasan mengenai keadaan tidak sihat ini.
Menurut kajian, jika dibandingkan ibu berpantang dan ibu yang sedang mengandung, kejadian darah beku ( thrombosis ) lebih senang berlaku pada ibu berpantang dengan perkadaran 5 kali ganda lebih tinggi pada ibu berpantang.
Dalam erti kata lain, darah beku ni boleh berlaku pada kedua-dua kumpulan iaitu ibu hamil dan ibu berpantang, tetapi ibu berpantang lebih senang kena.
Selain daripada perubahan fisiologi badan semasa hamil menyebabkan darah ibu mengandung ini lebih pekat dari biasa dan senang membeku, kekurangan air ( dehidrasi ) atau tidak bergerak untuk tempoh masa yang lama, atau jangkitan kuman – boleh menyebabkan darah beku ini terhasil.
AIR MENGELAKKAN IBU ‘KEKERINGAN’ & MEMBANTU PENGHASILAN SUSU IBU
Air yg mencukupi bukan sahaja diperlukan untuk si ibu tidak mengalami kekeringan dan dalam masa yg sama penting untuk penghasilan susu badan.
Jadi bila berpantang, tak mau minum air, ataupun kuantiti air dihadkan dah kenapa?
Air yang masuk melalui mulut tu akan diserap badan oleh sistem pencernaan. Apa kaitan antara minum air dengan faraj berlecak?
Penjelasan yang diberikan oleh Dr Izzat ini sememangnya membantu para ibu untuk mengetahui kebaikan minum air masak dalam fasa berpantang. Jangan khuatir untuk minum air masak kerana ia langsung tidak berkait dengan rahim mengembang atau faraj berair kerana ia diserap oleh sistem pencernaan. inum
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu tentang penggunaan bius epidural waktu bersalin kembali hangat dibincangkan. Baru-baru ni, satu video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh pelakon...