Anak tak sihat, ibu bapa yang susah hati. Lagi-lagi bila terlalu lama sakit dan tak baik-baik walaupun dah makan ubat.

Perkongsian dari seorang ibu, Are Lyn mengenai anaknya yang batuk berterusan dan masih tak elok walaupun dah dapatkan rawatan sehingga perlu dimasukkan ke ICU ini mungkin boleh dijadikan peringatan semua terutama yang ada anak kecil.

Hari ni mama berkelapangan nak kongsi apa yang jadi kat Fattah..

Fattah memang dah start batuk sejak 20hb okt lagi. Mama dah bawa Fattah p klinik kerajaan 25hb tu, doc cakap batuk biasa ja.. Akan hilang sendiri, doktor pun tak bagi ubat apa-apa.

Tapi batuk Fattah masih berterusan dan makin teruk bunyi kahak.

Nafas Laju, Batuk Berterusan Sampai Lembik. Doktor Sahkan Anak Positif Petussis Cough (Batuk 100 Hari)

26hb, mama ikhtiar bawa pergi klinik Dr. zainal.. Doktor bagi ubat batuk dengan on neb ja dekat dia. 2 hari mama ulang alik klinik.. Tapi stil sama.

29hb, mama ikhtiar lagi bawa pergi klinik Dr. Rahim untuk sedut kahak adik. Doktor cakap, kahak adik tak banyak. Lepas sedut tu, nampk adik dah ok sikit. Tak bunyi kahak dah. Mama lega sekejap.

31hb okt 2018
Fattah tidur lena semalaman. Pagi tu bangun, mama dengar adik batuk makin teruk, makin lama, sampai mama nampak nafas adik dah laju. Mama terus call ayah nak ajak bawa adik pergi hospital. Tak sempat pun ayah nak balik. Mama tengah mandi, tiba-tiba tok panggil mama cakap adik dah tak bernyawa, dah lembik.

Allah je tau macam mana perasaan mama waktu tu. Mama cepat-cepat keluar toilet, siap-siap call ambulans, sebab waktu tu xtak ada siapa dekat rumah, mama dengan tok ja. Nasib baik wan adik sebelah rumah ada tolang bawa pergi emegency dekat Klinik Kesihatan Sungai Dua. Waktu tu adik dah bernafas, tapi adik lembik lagi. Macam dah tak ada tenaga.

IKLAN

Sampai klinik doktor cuma bagi bantuan oksigen kat adik sementara ambulans nak smpai. Sampai ja hospital, adik nampak stabil sikit. Tapi doktor cakap adik masih kena warded sebab nak monitor.

Lepas masuk wad, mama bagi adik minum susu, lepas tu nak bagi adik tidur. Tiba-tiba adik batuk tak berhenti, sampai biru muka, sampai sesak nafas. Kebetulan masa tu doktor pakar tengah round. Lepas tu ramai doktor kerumun adik, ada seorang doktor sempat beritahu mama adik dah kritikal, minta mama bersedia.

Ya Allah.. Mama lembik. Tak terkata mama nangis smpai air mata dah kering. Lama juga mereka proses adik, mama nampak ramai doktor pergi tempat adik. Masa tu, mama berserah ja kat Allah.

Lepas dekat 2 jam, baru semua selesa. Mereka panggil mama tengok adik. Waktu tu, wayar dah penuh kat badan adik, adik dah pakai oksigen. Adik kena puasa, tak boleh  minum susu untuk beberapa hari..

Doktor terangkan kat mama, adik dah lepas fasa kritikal, tapi adik masih belum stabil, adik masih bergantung dekat mesin oksigen tu.

Oksigen dalam badan adik dah drop sangat doktor cakap. Sepatutnya adik dah kena hantar pergi icu, tapi sebab icu penuh. Doktor minta mama sabar dan tolong monitor keadaan adik kat wad.

IKLAN

Nafas Laju, Batuk Berterusan Sampai Lembik. Doktor Sahkan Anak Positif Petussis Cough (Batuk 100 Hari)

6hb nov 2018
Doktor dah sahkan adik positif PETUSSIS COUGH @ Batuk 100hari. Doktor tengok keadaan adik masih teruk. Sejak semalam, adik batuk sampai biru makin kerap.. Doktor tak ada pilihan, terpaksa keluarkan seorang pesakit dari ICU untuk letak adik. Sebab doktor cakap, mama nampak letih, doktor nak suruh mama balik rehat.

Memang letih, seminggu mama jaga adik kat wad, langsung mama tak tidur sebab mama takut oksigen adik drop tiba-tiba mama tak sedar.

Petang tu adik dah pergi ICU.. Kat sana, semua nurse yang buat.. Mereka monitor adik 24jam. Mama sempat juga berehat, walaupun terpaksa tidur di tangga.. Asalkan mama dekat dengan adik.

8hb nov 2018
Adik nampak dah stabil sikit.. Doktor cuba kurangkanl oksigen adik. Sikit-sikit sampai adik dah tak payah pakai mask tu. Adik dah boleh senyum kat mama. Adik dah boleh sembang dengan mama.. Mama dah boleh dukung adik. Mama pun dah boleh senyum sikit, dah ada selera makan. Terima kasih ya Allah..

IKLAN

12hb nov 2018
Pukul 1 pagi. Adik dah boleh pindah ke wad biasa. Habis dah rawatan adik dekat ICU. Hari yang sama juga adik dah tak payah minum susu pakai mesin, mama dah boleh bagi manual, tapi masih pakai tiub.

Tapi adik masih dalam pantauan doktor. Masih kena pergi follow up kat hospital. Batuk adik masih tak hilang, tapi dah makin berkurang.. Doktor cakap batuk ni tak kan hilang selagi tak cukup 100hari.

Nafas Laju, Batuk Berterusan Sampai Lembik. Doktor Sahkan Anak Positif Petussis Cough (Batuk 100 Hari)

Sekarang adik kat rmh, dah makin stabil.. Doktor minta mama monitor adik untuk seminggu ni, tengok macam mana. Kalau boleh pengawasan 24jam. Untuk seminggu ni. Insyaallah..

Di sini mama nak pesan dekst ibu-ibu yang baru bersalin, yang bakal bersalin, yang ada anak kecil bawah 2 tahun, berjaga-jaga la. Jauhkan la anak kita dari orang-orang yang sakit.

Batuk 100hari @ petussis ni berpunca dari kanak-kanak yang umur bawah 2 tahun yang tak complete vaccine. Maksudnya yang tak pergi cucuk tiap bulan dekat klinik kesihatan.

Kalau dapat elak, kita elakkan la. Vaksin ni penting. Mama dah menyesal sangat-sangat sebab mama tak tau pasal benda ni sebelum ni. Mama dah rasa, jadi mama nak pesan pada ibu-ibu yang lain supaya berhati-hati.

Sumber: Are Lyn

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI