Nafas Mencungap, Badan Sangat Lemah. Airmata Dr Say Menitis, Anak Terkena Jangkitan Paru-Paru

Share

Apabila kesihatan anak terganggu, mama papa mesti rasa sedih. Melihat keadaan permata hati yang lemah dan kadangkala nafas mencungap akibat jangkitan paru-paru, air mata Dr Say Shazril menitis.

Cahaya mata yang dinanti-nantikan Dr Say dan isteri, Aezriel disahkan mengalami acute bronchiolitis atau jangkitan virus pada paru-paru. Ekoran daripada kesakitan yang dialami  Aezriel telah dimasukkan ke wad.

Artikel berkaitan: Suami Sekarang Romantik Tak Cakap ”I Love You”. Tapi Ikhlas Bantu Isteri Jaga Anak 

Aezriel sebelum ini dihantar ke pusat penjagaan (daycare centre). Bekas pengacara My Doctors ini menerusi kemaskini Instagram berkongsi bahawa dia akan menjaga sendiri Aezriel sehingga usia enam bulan seperti mana yang disarankan oleh doktor pakar kanak-kanak.

“Seperti yang sedia maklum, baby saya Aezriel (Ace) masuk hari ke-8 warded di Hospital ******** akibat jangkitan paru-paru. Disebabkan apa yang berlaku kepada Ace & atas nasihat pakar kanak-kanak, saya dan bini decide yang its best untuk kami jaga baby sendiri.

“Bukan saya salahkan daycare malah saya pejuang tegar daycare coz honestly saya lagi prefer hantar Ace ke situ sebab interaction & education di daycare lebih tiptop daripada apa saya & bini boleh berikan kepada dia.

“Namun pakar menasihati agar at least jaga Ace sendiri sehingga 6 bulan coz mengikut pengalaman mereka budak berumur bawah 6 bulan, boy & bam bam lebih mudah terkena jangkitan paru-paru.

“Ditambah sekiranya ada keturunan asthma/ resdung/ eczema ia akan menerukkan lagi keadaan & ternyata tepat kata-kata pakar kerana pada hari ke-3 admission kesihatan Ace merudum teruk sehingga dia hampir diberikan bantuan pernafasan akibat paru-parunya menjadi terlalu sempit (bronchospasm).

“Lepas kejadian itu bini terus bertekad untuk quit & sy tidak teragak-agak menerima keputusannya. Mesti anda pikiaq “apadaa sebelum ni cakap lain, skang cakap lain” tapi sekiranya anda berada di tempat kami & melihat anak anda tercungap-cungap gasping for air sehinggakan badannya terlalu lemah untuk bernafas & melihat segala tiub ini dipasang padanya, u would do anything just to see him well again.

“Sepanjang hidup, tak pernah air mata saya mengalir sebanyak hari itu maka kami ambil musibah ini sebagai satu petanda yang its time for us to care for our own baby until he is big enough.

Para follower Dr Say turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa Aezriel dan mendoakan bayi comel ini cepat sembuh.

@azyan_ismail “Allah dah aturkan semula.. insha allah ade hikmah diseblk perjln kehiudupan kita. semoga bb Ace cepat sihat @say_shazril”

@lofarra.edwin “Bulu mata lentik baby awak. Cantik bulu mata. Harap baby Ace akan sihat selalu dan cepat sembuh. Aamin……”

@nnabilahabdullah “xpe dr..tak berdosa dr hantar anak ke daycare.lagipun dr dah cek btl2 daycare tu jga mcmne kn..nothing wrong with that.dan utk isteri dr..jgn salahkn diri klu ada org ckp mkn mcm2 esp aiskrim and all that penyebab baby jadi mcmni..its just baby easily get infection due to their immune system still weak.speedy recovery dear baby..u guys did the best dah for your baby.stay strong ya..”

@nor.yatie.52 “Smoga bby.. Doc.. Yg comeyy ni Di beri ksembuhan… Dn cpt siht.. Amin ?”

@nur_dineePngorbanan.. Demi anak tercinta.. Semoga ace yg comel ni sihat yeaaaa.. Comelll sngttt?”

Sumber: say_shazril

Published by
Azma ML