Isu nafkah anak tiada tarikh luput, kerana ia adalah amanah seorang bapa terhadap darah dagingnya sendiri. Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh pelakon Rita Rudaini apabila tampil mempertahankan tindakan rakan selebriti, Raja Azura, yang kembali ke mahkamah menuntut hak tiga anaknya.
Walaupun sudah lebih 15 tahun berpisah dengan bekas suami, langkah berani Raja Azura itu membuktikan bahawa nafkah anak bukan isu remeh. Ia adalah hak anak-anak yang wajib ditunaikan tanpa mengira masa.
Hutang Tetap Hutang
Menurut Rita Rudaini, nafkah anak tidak seharusnya dikaitkan dengan tempoh masa perpisahan kerana tanggungjawab seorang bapa tidak pernah tamat.
“Saya sokong penuh. Nafkah anak bukan soal masa, tapi tanggungjawab dan tanggungjawab tiada tarikh luput. Hutang tetap hutang,” tegasnya.
Ads
Rita turut mengingatkan bahawa sikap culas dalam menunaikan nafkah akan memberi kesan buruk kepada hubungan seorang bapa dengan anak-anak di kemudian hari.
“Nanti bila sudah tua, dah sakit, sibuk nak salam, nak peluk, nak minta duit pada anak. Lepas tu kalau anak tak peduli, mak pula dituduh hasut, anak dituduh derhaka. Shame on you!” katanya penuh makna.
Raja Azura Hanya Mahu Bela Hak Anak
Dalam kenyataannya kepada media, Raja Azura menjelaskan bahawa tuntutan nafkah yang difailkan bukan bertujuan untuk berbalah, sebaliknya mahu memastikan hak anak-anaknya terbela. Beliau sedar bahawa keperluan pendidikan, kesihatan dan kebajikan anak-anak tidak boleh dipandang ringan.
Ads
Hakikatnya, ramai ibu tunggal di luar sana senasib dengan Raja Azura. Mereka terpaksa bekerja keras, menggalas dua peranan sekaligus sebagai ibu dan bapa, di samping berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Ads
Realiti Ibu Tunggal di Malaysia
Kisah Raja Azura hanyalah satu daripada ribuan cerita ibu tunggal di Malaysia. Ada yang bertahun-tahun berjuang di mahkamah, ada yang memilih untuk berdiam diri kerana penat, dan ada juga yang tidak pernah berhenti menuntut hak anak-anak walau apa pun cabarannya.
Buat para bapa, ingatlah bahawa perceraian hanya menamatkan hubungan suami isteri, bukan hubungan seorang ayah dengan anak-anak. Nafkah adalah kewajipan, bukan pilihan.
Inspirasi Buat Semua
Keberanian Raja Azura menuntut hak menjadi inspirasi kepada ramai ibu tunggal untuk tidak berdiam diri, manakala suara lantang Rita Rudaini pula menjadi penguat semangat bahawa seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak.
Kerana akhirnya, anak-anak yang mendapat nafkah secukupnya bukan sahaja terjamin kebajikan dan masa depan mereka, malah akan membesar dengan rasa hormat dan kasih terhadap kedua-dua orang tua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Talita seronok lekat ‘sticker’ pada adik, “Pantang tinggal kejap, habis di dekokan adiknya.” Raja Ilya yang dikenali dengan nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, selamat melahirkan anak keduanya pada pagi Selasa, 16 Oktober lalu.
Talita Seronok Lekat ‘Sticker’ Pada Adik
Bayi lelaki seberat 4.7 kilogram (kg) itu dilahirkan melalui pembedahan di King Edward Memorial Hospital, Australia. Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warga negara itu.
Pasangan ini sudah memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Ilya berkongsi gelagat anak sulungnya, Talita yang kelihatannya begitu menikmati momen ‘menghias’ adik lelakinya, Royal Abraham ketika ibunya sibuk di dapur.
“Pantang Tinggal Kejap, Habis Di Dekokan Adiknya”
While I was in the kitchen..
Pantang tinggal kan kejap, habis dia deco kan adik dia…kak long ni nak kene ni..- tulis ilya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Raja Ilya menarik perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat comel Talita serta kecomelan adik lelakinya tetap nyenyak tidur meskipun ‘diganggu’ oleh kakaknya.
Lima Ogos lalu menjadi detik terindah buat penyanyi, Shila Amzah yang kembali bergelar isteri apabila sah menjadi isteri kepada influencer, Ubai.
Banyak perkongsian gambar-gambar indah sepanjang majlis berlangsung dikongsikan oleh Shila menerusi Instagramnya.
Namun sekeping gambar di pelamin bersama buah hati tersayang, Seth Uwais, anak Shila bersama bekas suami menjadi foto kenangan paling bermakna.
Tambah menarik perhatian pastinya kapsyen lucu Shila bersama anak dan suami.
“Lepas ni tengok gambar kahwin, takde lah Seth tanya kenapa tak invite dia pergi wedding,” seloroh Shila di kapsyennya.
Teramat bertepatan sekali bila mana Shila menulis kapsyen sebegitu. Ayat-ayat biasa yang selalu ditanyakan oleh anak-anak kita kepada mak ayahnya. Memang lucu!
Dalam pada itu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut mengucapkan terima kasih di atas semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan majlis pernikahannya di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur tempoh hari.
Terdahulu, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum sah bercerai pada 8 Februari 2022 setelah empat tahun bergelar suami isteri. Shila turut mempunyai seorang cahaya mata, Seth Uwais yang dilahirkan pada 31 Ogos 2019.
Baru-baru ini, Ina Naim, bekas isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, telah berkongsi bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Dalam pada itu menerusi satu sesi live TikTok, Ina menjelaskan mengenai perkahwinan keduanya setelah setahun pemergian suaminya.
Kata Ina, Ina kehadiran bakal suaminya diharapkan dapat memberikan sokongan dalam usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya yang kini sedang dalam fasa remaja.
Katanya lagi, anak-anaknya telah mula belajar dengan bakal suaminya dan berhubung melalui telefon untuk mendapatkan bimbingan.
Atas faktor itu, Ina memberitahu dia perlu berkahwin setelah pemergian suaminya, demi memastikan kesejahteraan anak-anaknya. Tambahan pula, dia mengakui tidak dapat menguruskan seorang diri anak-anaknya.
“Anak-anak memang tidak ke sekolah tapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.
“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya.
Dalam sesi live itu juga, wargamaya turut bertanya mengenai majlis perkahwinannya pada 8 November ini, tanpa berselindung Ina memberitahu dia dan bakal suami mengadakan majlis secara sederhana hanya menjemput keluarga dan kenalan rapat sahaja.
“Setiap Orang Berhak Bahagia”
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komem rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berharap Ina bahagia dengan kehidupannya.
“Tahniah Ina Naim,,semoga kekal hingga akhir hayat..” “Semoga dipermudhkn segala urusan.. Aamiin” “Ina berhak untuk bahagia mcm org lain.”
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.