Nahas helikopter terhempas: “mommy, mommy pergi mana” anak mendiang Joanna tercari-cari ibunya. Gelagat Allesia Felice Haslie ketika upacara pengebumian ibunya Laskar Kanan (LK), JJM, Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh, membuatkan orang ramai sebak.
Ia apabila anak sulung mendiang itu yang masih berusia empat tahun berulang kali memanggil ‘mommy’ sambil berjalan berdekatan keranda ketika upacara doa sebelum pengebumian.
Malah ketika keranda ibunya diusung oleh sepasukan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kanak-kanak itu kedengaran bertanyakan ‘mommy ira gapih’ (mama hendak pergi mana) sehingga membuatkan orang ramai yang hadir termasuk Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem menitiskan air mata.
Baca artikel lain: Anak Tak Berhenti Panggil Daddy, Momen Sayu Ketika Pengebumian Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Allesia turut berulang kali melambai ke arah keranda ketika anggota TLDM memasukkannya ke dalam van jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh.
Selain Allesia, mendiang Joanna meninggalkan seorang lagi anak, Hovannes Haslie yang berusia setahun dan suaminya, Bintara Muda TMK Haslie Ali, 33.
Sementara, urusan pengebumian mendiang selesai kira-kira pukul 11.33 pagi tadi dengan turut dibantu seramai 17 Pegawai dan 61 anggota lain-lain pangkat beserta 11 kenderaan tentera dan peralatan tentera.
Penyerahan bendera kepada keluarga mendiang dilaksanakan oleh wakil TLDM iaitu Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph.
Jasad mendiang Joanna, 25, yang diterbangkan dari Ipoh dengan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Udara Kuching pada pukul 11.54 malam tadi.
Sejurus tiba, jasad mendiang yang berasal dari Kampung Sumpas Tampek, Serian dibawa ke rumah keluarga suaminya di Kampung Engkaroh.
Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi Selasa semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.
Sumber: Kosmo Online dan Sinar Harian
Lagi artikel: Kecil-Kecil Lagi Anak DiaRamai Sayu Lihat Foto Mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Dengan Keluarga
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI