Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia. Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.
Nahas Jalan Raya, Ayer Keroh, Melaka, Dua Beradik Menangis Diberitahu Ibu Bapa Meninggal Dunia
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, akan menerima rawatan susulan oleh pakar ortopedik dan psikiatri di Hospital Serdang.
“Kedua-dua beradik itu akan diiringi ahli keluarga untuk pulang ke kediaman mereka di Bangi, dengan menaiki ambulans lewat petang ini,” katanya.
Rabu lepas, dua beradik itu masing-masing menjalani pembedahan pada bahagian paha kanan dan kiri yang cedera.
Sementara itu Hee Sem berkata, Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua mereka menangis selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ahli keluarga mereka, dengan bantuan pakar psikiatri Hospital Melaka.
Ads
Sementara itu Hee Sem berkata, pemandu treler Mohamad Shafiq Mohd Zuki, 27, yang sebelum ini kritikal dan dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU), dilaporkan sudah sedar dan dijadualkan menjalani pembedahan di paha kanannya, pada minggu pertama Januari 2025.
Media sebelum ini melaporkan kedua-dua beradik itu adalah antara yang terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa lima ahli keluarganya, iaitu ibu bapa mereka Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan Fadzlenna Ramli, 32, serta adik bongsu mereka Muhammad Umar, 2, serta datuk dan nenek Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.
Dua lagi yang maut ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56 dan penumpang warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.
Anak adalah anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Setiap mama papa pasti tidak sabar menantikan kelahiran permata hati ini, setiap persediaan untuk menyambut orang baharu akan dilakukan dengan penuh semangat. Maklumlah, nak dapat baby kan?
Satu lagi perkara yang mama papa akan buat bila sedang menunggu kelahiran adalah ujian imbasan. Selain untuk mengetahui jantina anak, ujian imbasan juga boleh mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang masalah dengan bayi dalam kandungan.
Seperti yang dikongsikan oleh Andikaputeraa melalui akaun Instagramnya, dia dan isteri dapat tahu tentang anak mereka mengalami cleft lips melalui ujian imbasan yang dilakukan. Sedikit lewat berkongsi foto anaknya, Andika memberitahu ia bukanlah disebabkan mereka malu sebaliknya menunggu sehingga bayi mereka mencecah usia 44 hari.
Ketika memuatnaik gambar bayi perempuan mereka iaitu Alisha Puteri, Andika berkongsi kisah bagaimana reaksi mereka ketika dimaklumkan tentang hal ini.
Dika tak post gmbr Alisha, bukan malu, bukan takut mulut orang, tapi nak tunggu Alisha besar sikit, baru Dika akan post. Harini cukup 44 hari umur Alisha, Dika post. Adakah terfikir banyak nak post? Tak. Sebab Dika bersyukur apa sahaja yang Allah bagi. Dika bersangka baik dengan apa sahaja Allah bagi. Kita ini hamba Allah, kita ikut jalan Allah, bukan Allah ikut apa yang kita nak.
Dalam pada itu, ramai yang meninggalkan komen positif pada perkongsian Andika itu.
Comel sangat baby Alisha ni! Semoga awak membesar dengan sihat ya. Buat mama papa yang mempunyai anak istimewa begini, jangan sedih dan putus harapan. Ada rawatan khas untuk masalah sumbing ini. Carilah circle yang positif supaya anda terus kuat dan tahu apa yang perlu dilakukan. Boleh juga lihat perkongsian Andika dan isteri, memang sangat bagus dan penuh harapan!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah mahu menerima hakikat bahawa kita kehilangan orang yang disayangi. Apatah lagi jika mereka itu pasangan hidup kita. Kehidupan harus diteruskan apatah lagi jika ada tanggungjawab yang perlu digalas. Begitulah kisah seorang lelaki yang kehilangan isterinya semasa wanita itu hamil lapan bulan.
Sayu melihat foto-foto di laman Instagram Muanncouncer_ yang menunjukkan aksi seorang ayah dan anak perempuannya. Sesi penggambaran itu telah diadakan di tempat yang sama seperti mendiang isterinya mengadakan photoshoot ketika usia kandungannya lapan bulan.
Melalui kapsyen pada foto tersebut menjelaskan isteri lelaki tersebut yang bernama Yesenia kehilangan nyawanya akibat dilanggar pemandu mabuk dalam satu kemalangan jalan raya. Kuasa Tuhan, bayi dalam kandungannya berjaya diselamatkan dan diberi nama Adalyn.
“Dalam ingatan, Yesenia. Tahun lepas dia telah dilanggar oleh seorang pemandu mabuk ketika mengandungkan bayi perempuannya. Keajaiban kecil ini diberikan nama Adalyn. Kami kembali merakam foto si comel ini bersama ayahnya di lokasi yang sama ketika maternity shoot Yesenia pada tahun 2020. Tribut terindah buat Yesenia. Selamat hari lahir yang pertama, Adalyn.”
Di dalam foto-foto yang dirakamkan itu Adalyn mengenakan gaun berwarna merah jambu, seperti ibunya. Lebih menyentuh hati apabila mereka turut membawa semula foto Yesenia untuk diabadikan bersama.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktor Datuk Fizz Fairuz secara terbuka memberitahu menerima keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia yang dilihat berisi berbanding sebelum memiliki cahaya mata.
Menerusi laporan Kosmo! Online, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berkata, dia akan terus menyayangi Almy yang juga seorang aktres kerana tidak kisah dengan perubahan fizikal dialami isterinya.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah. Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (berisi),” katanya.
Pelakon berusia 44 tahun itu berkata, dia bersyukur mempunyai pasangan hidup yang memikul tanggungjawab sebaiknya terutama dalam soal menguruskan anak-anak.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” ujarnya.
Kongsi pelakon filem Munafik itu lagi, dia pernah memberi galakan kepada isteri untuk menurunkan sedikit berat badan secara selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.