Tidak dinafikan, bukannya mudah untuk kita nak bawa anak kecil menaiki pesawat tanpa meraka merasa gementar dan rimas. Persekitaran yang tertutup dan dikelilingi oleh orang-orang yang tak dikenali mungkin akan menyebabkan anak merasa kurang selesa dan takut.
Sebab itulah kadang-kadang anak mungkin akan menangis dan tantrum ketika dibawa menaiki pesawat. Ia adalah perkara normal untuk anak-anak kecil terutamanya untuk pengalaman kali pertama.
Bukan sahaja anak kecil, bahkan kanak-kanak istimewa seperti austisme juga mungkin akan merasa tak selesa dengan keadaan ini. Mereka berpotensi untuk mengamuk sekiranya ada yang tak kena.
Bercerita tentang situasi ini, aktres dan ahli perniagaan jelita yang juga merupakan ibu kepada Nur Fatima Aisya, Fazura berkongsi gambar percutiannya bersama keluarga disertakan dengan kapsyen yang mendapat perhatian warganet.
Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang, dan mereka gementar dalam perjalanan di udara? Anak-anak kecil, macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula Anak Syurga, autistik.
Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik “IF YOU GUYS CAN’T HANDLE YOUR KIDS, THEY SHOULDN’T BE FLYING!!” sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah anak anda?
Semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada semua ibubapa terutama para ibu dalam menjaga amanahNya. Amiin.”
Mungkin rasa ralat dan kecewa menyebabkan isteri kepada Fattah Amin ini bertanyakan tentang keadaan tersebut. beliau berharap agar ibu ayah bersabar ketika menjaga anak-anak yang dikurniakan sebagai amanah.
Rakan selebriti dan para pengikut Fazura turut meluahkan rasa tak puas hati terhadap penumpang wanita itu yang tidak boleh bertimbang rasa dengan keadaan orang lain yang membawa anak kecil dan anak istimewa.
Bukan mudah nak bawa anak kecil mahupun anak istimewa travel. Tak semestinya menaiki pesawat, tetapi perjalanan menggunakan apa saja jenis pengangkutan juga sebenarnya bukanlah keadaan yang digemari oleh anak. Seharusnya kita menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan cuba untuk memahami situasi begini.
Setiap anak yang lahir sudah mempunyai rezeki masing-masing. Malah setiap ibu bapa juga sanggup lakukan apa saja demi kegembiraan anak-anak.
Biarpun hidup secara sederhana, usah risau kerana disaat diri rasa tak mampu penuhi permintaan anak, akan ada suatu hari hajat anak dapat juga ditunaikan. Cuma lambat atau cepat bergantung pada rezeki.
Sebab itu, kita sebagai ibu bapa jika ada rezeki lebih, cubalah gembirakan hati anak dulu. Mana tahu, dalam kita mengembirakan hati mereka, anak-anak mendoakan kita. Seperti perkongsian Influencer Parenting, Encik Mohd Fhais Salim jangan pernah risau pasal rezeki dengan anak kita.
Hari tu dengar ceramah UAI dekat youtube. Ustaz kata jangan PERNAH risau pasal rezeki. Setiap anak-anak ni lahir dah ada rezeki dia orang.
Tiup je roh dia ke rahim, dah tertulis rezeki dia sekian sekian. Anak ramai ke, Anak seorang ke, Jangan RISAU !! Rezeki dia orang pasti ada.
Sebab tu la saya yakin kita ni tak akan jadi papa kedana pun jika tak berkira dengan anak-anak.
Dia nak mainan, belikan. Dia nak jajan, belikan. Dia nak basikal, belikan.
Jika mampu bagi je sebab itu rezeki dia. Andai kata bukan rezeki dia, ibu ayah ada duit banyak sekalipun belum tentu anak dapat semua ni.
Kita tak berkira dengan anak, rezeki pun tak berkira dengan kita. InsyaAllah..
Kasih sayang seorang ibu memang tiada tolok bandingnya sehingga ke syurga. Biar pun si kecil anak syurga sudah pergi, si ibu masih terkenangkannya. Masakan tidak, 9 bulan dikandung dan 5 bulan diurus, pastinya masih terngiang-ngiang lagi tangisan dan hilaian tawa si kecil.
Tidak dapat membayangkan bagaimana menghadapi pemergian anak di atas ribaan sendiri. Tetapi inilah yang dihadapi ibu muda ini, Puan Yana Roslan yang telah kehilangan bayinya Nur Ainul Mardhiah 5 bulan. Si kecil ini mengalami Sindrom Patau atau disebut sebagai Trisomy 13 (lahir dengan 3 pasang kromosom 13) yang pergi menghadap Ilahi hanya kerana tersedak sedikit susu.
Kerinduan ibu muda ini atas pemergian bidadari syurganya itu diluahkan. Ia amat menyentuh naluri sesiapa sahaja yang membacanya. Jelas tergambar kerinduan ibu ini yang sarat buah permata hatinya yang sudah pergi.
BISMILLAH SEMOGA ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN .. Awak dilahirkan pada 21 Mac 2018 dan telah kembali pada para pencipta-Nya semalam 8 September 2018 ..
9 bulan Allahh pinjamkan awak dalam perut dan genap 5 bulan lebih awak didunia , video dan gambar itulah yang terakhir kita keluar semalam .. awak meninggal atas ibu cuma tersedak hanya sedikit susu dan Allah mengambil awak kembali.
Syukur mudahnya Allah mengambilmu , masa awak dimandikan muka awak tersenyum seakan awak sudah puas berkasih dengan ibu .. bau awak seharum bau syurga , ibu redha walaupun berat pergilah sayang di rumah baru awak.
Sampai akhir hayat awak ibu ada sampai saat awak dikebumikan sayang .. Tenanglah di sisi Penciptamu sayang sungguh berat bagi ibu tapi apa daya ibu nak lawan kuasa Pencipta?
Cukup lihat mata tertutup rapat muka awak tersenyum riang seakan2 awak dah puas berkasih dengan ibu .. Tanggungjawab ibu menjaga sampai akhir hayatmu sudah selesai sayang .. nanti ibu ziarah adik lagi nah ?
Anak ibu NUR AINUL MARDHIAH sindrom pantau fighter
Tunggu ibu disyurga nah sayang .. terima kasih memberikan ibu kasih sayang, menjadikan ibu paling kuat menjagamu .. tenanglah supaya awak tak terseksa lagi .. Alfatihah
Anak-anak kecil akan suka mencuba dan ingin tahu. Mereka akan menggunakan perkataan yang pelik-pelik dan baru mereka dengar tanpa benar-benar faham maksudnya seperti orang dewasa faham. Oleh itu kita perlu sangat RELAKS. Jangan cepat mengelabah. Kemungkinan dia tidak begitu faham maksud perkataan itu. Tapi sebab bila dia mendengar orang berkata akan perkataan itu, dia terus meniru.
Selalunya para ibu atau bapa akan menyoal siasat anak dengan cemas dan cepat membuat andaian serta menghukum (judge) perbuatan si anak itu dengan kurang sesuai. Kerana kuatir anak sudah terpengaruh dengan perkara buruk dan kita mahu dia tidak menggulangi perbuatan itu dan tidak mahu orang menyangka sesuatu yang buruk mengenai kita.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah;
Bertanya secara selamba apa sebenarnya anak itu faham mengenai perkataan itu.
Contoh: “Eh, mama tak pernah dengar perkataan itu abang long cakap. Apa maksudnya perkataan itu abang long?”
Bila dia memberi penerangan. Kita tambah lagi bertanya;
Contoh: ” Ooooo macam tu..jadi maksudnya benda itu baiklah? Ke buruk?
Jika perkataan itu adalah untuk sesuatu yang buruk, maka secara selamba juga anda boleh memberi penjelasan;
Contoh: ” Oh, fahamlah Mama.(berhenti di situ kemudian sambung ayat) Sebenarnya, perkataan itu kurang baik untuk kita sebut-sebut terutama di hadapan orang lain. Sebab perkataan itu tak sesuai untuk orang yang perangainya baik.
(Jika anak anda suka menidakkan kata-kata, maka guna ayat terbalik) Contoh: Abang Long bukan budak yang suka orang pujikan?
(kemungkinan sebab dia suka menidakkan dia akan kata…suka orang puji…kemudian bolehlah jawab. “Ke suka orang kata Bang Long jahat ke? …kemungkinan dia akan kata tak…”jadi tak usah sebut lagi perkataan itu” jika dia kata ya,….”Oh suka orang kata Bang Long jahat, kalau begitu Abang Long tak bolehlah jumpa orang sebab Mama tak suka orang kata Abang Long jahat sebab Abang Long sebenarnya baik…contoh.
Harap ini membantu.