Naik Kereta Anak Asyik Muntah, Sebenarnya Dia Alami Motion Sickness! Elak Beri Gajet Pada Anak

Share

Setiap kali berjalan naik kereta, bas atau apa sahaja kenderaan, mesti si kecil akan alami mabuk kereta. Tentu susah hati mommies untuk merancang sebarang percutian keluarga sebab si kecil ada masalah mabuk perjalanan.

Mabuk perjalanan, normal untuk kanak-kanak 

Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan mabuk perjalanan, bukan?

Umumnya mabuk yang dialami adalah satu perkara biasa dan bukanlah didasari oleh sebarang masalah kesihatan.

Mabuk perjalanan atau motion sickness adalah satu tindak balas normal yang berlaku disebabkan pergerakan yang luar biasa tinggi dan mengambil tempoh masa yang lama. Keadaan ini juga adakalanya dipanggil sebagai mabuk kereta atau mabuk laut.

Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanya mengira peringkat usia, bahkan si kecil juga mungkin cenderung untuk mengalaminya. Walau bagaimanapun, masalah mabuk kereta kurang berlaku kepada bayi.

Berbeza pula untuk golongan kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun, mereka adalah lebih terdedah untuk mengalaminya.

Tetapi bagaimana mabuk kereta boleh berlaku?

Percampuran maklumat

Mabuk perjalanan yang melibatkan mabuk kereta atau mabuk laut berlaku apabila otak menerima maklumat bertentangan daripada telinga, mata dan saraf dalam sendi dan otot.

Sebagai contoh, bayangkan anak sedang duduk di dalam kerusi keselamatn kanak-kanak di tempat duduk belakang kenderaan. Si manja anda tidak dapat melihat keadaan di luar tingkap atau anak anda sedang leka membaca buku.

Ketika itu, bahagian telinga dalaman mereka mengesan pergerakan, tetapi tidak pada mata mahupun badan. Situasi tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut, terhasilnya peluh sejuk, kelesuan, hilang selera makan atau muntah.

Faktor lain yang boleh menyumbang kepada keadaan mabuk kereta atau mabuk laut turut bergantung kepada keadaan lain seperti laluan yang anda ambil, jarak perjalanan dan juga kedudukan anak anda ketika perjalanan berlaku.

Antara punca klasik motion sickness adalah:

  • kerap menukar laluan
  • memandu laju
  • melalui jalan raya berliku-liku seperti lereng bukit
  • memandu dalam keadaan lalu lintas yang sesak dengan terlalu banyak lampu isyarat

Tip atasi mabuk perjalanan

Apabila mengetahui kesayangan anda mengalami mabuk kereta, pastinya anda cuba mengelak daripada membawanya menaiki kereta, bukan? Sudah tentu agak menyedihkan.

Tetapi jangan risau, ada 5 tip yang boleh anda cuba untuk membantu mengurangkan masalah yang dihadapi si manja.

  1. Menukar kedudukan

Jika sebelum ini kedudukan kerusi kesealamatn anak anda mungkin berada di belakang kerusi penumpang atau pemandu, anda boleh cuba mengubah posisi kerusi tersebut bagi mengurangkan mabuk kereta.

Penolong Profesor Perubatan Dalaman dan Pediatrik di Le Bonheur Children’s Hospital, di Memphis, Amerika Syarikat, Dr. Elisha McCoy mencadangkan untuk meletakkan kerusi keselamatan kanak-kanak pada bahagian tengah kerusi penumpang belakang.

Ia membolehkan anak untuk dapat melihat pandangan luar cermin hadapan. Pastikan si kecil menyandarkan kepala ke bahagian penyandar kepala. Manakala jika si kecil mengalami mabuk laut ketika perjalanan atas kapal atau feri, minta anak untuk memfokuskan pandangannya terus ke hadapan.

  1. Apa yang boleh dibuat sewaktu perjalanan

Masalah mabuk perjalanan yang dialami si anak mungkin tidak akan berlaku jika mereka dapat tidur sepanjang perjalanan. Ia adalah kerana isyarat visual tidak dihantar ke otak apabila dia melelapkan mata.

Jadi antara cara yang boleh membantu untuk mengurangkan mabuk pada si kecil adalah dengan mengatur waktu perjalanan. Sebaiknya, aturkan perjalanan pada waktu tidur anak anda.

Anda boleh memilih memulakan perjalanan pada waktu malam atau pun pada awal pagi. Secara tidak langsung kedua-dua tempoh perjalanan ini dapat membantu anda mengelakkan kesesakan lalu lintas.

  1. Tidak perlu makan

Mesti ada di antara mommies yang terfikir kalau tidak memberi si manja makan, pastinya dia tidak akan muntah. Namun ia ada 1 tanggapan yang SALAH sama sekali.

“Tidak makan akan membuatkan perut anak anda lebih terdedah kepada irama yang tidak normal yang dikaitkan dengan mual.” –  Pakar Psikologi daripada Siena College, di Loudonville, New York, Profesor Max Levine

Anda tidak perlu mengisi perut si kecil dengan makanan yang terlalu berat sehingga dia kenyang. Tetapi sekurang-kurangnya berikan makanan mudah dihadam dan snek sihat seperti roti disapu dengan krim coklat atau sandwic.

Pastikan juga si manja minum air dengan secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi yang boleh meningkatkan rasa loya.

  1. Menghindari gajet

Tidak dinafikan penggunaan gajrt sememangnya dapat membantu mengurangkan kebosanan si manja, terutama ketika perjalanan jauh. Namun menurut pakar, No-No-No! 

Ini kerana imej daripada filem, permainan video atau animasi – biasanya melibatkan grafik yang bergerak laju – akan menyebabkan wujudnya rangsangan visual berlebihan yang boleh mengelirukan persepsi pergerakan anak dan menyebabkan berlakunya simptom mabuk.

Manakala membaca pula boleh menyebabkan kecelaruan pada deria anak. Ini kerana mata anak ditetapkan pada buku, manakala telinga mengesan pergerakan. Jadi mungkin untuk menghilangkan kebosanan, biarkan anak mendengar sebarang audio kegemarannya.

  1. Perhatikan simptom

Jika anda melihat anak mula berasa mabuk, cadangkan kepadanya untuk melihat ke luar tingkap. Tindakan ini dipercayai dapat mengurangkan rasa mabuk tersebut.

Namun, andai keadaannya semakin teruk, dicadangkan untuk anda memberhentikan perjalanan seketika sehingga simptomnya beransur hilang. Berikan peluang kepada anak anda untuk berehat.

Sentiasa ambil peduli tentang mabuk perjalanan

Mabuk perjalanan mungkin bukan satu masalah yang serius sehingga boleh menjejaskan keadaan kesihatan seseorang individu.

Namun mengalami masalah mabuk pastinya akan mengganggu dan merosakkan mood individu, terutamanya si kecil.

Sumber: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat

JOM JOIN CABARAN RM10 SSPN X PA&MA

Published by
NuFa