Seronok bila tengok anak makan berselera. Barulah mak-mak rasa lega bila anak kekenyangan dan paling penting boleh tambahkan berat badan anak.
Pun begitu, nak bantu anak naikkan berat badannya biarpun dengan nutrisi yang betul. Jangan asyik minum air dan makanan bergula tinggi untuk anak.
Jom ikuti panduan dari Dr Mazliana Mazlan untuk tip naikkan berat badan anak dengan makanan sumber yang tepat.
Naikkan berat badan anak dengan makanan berkualiti.
Cara macam ni, mungkin lambat sikit dan ibu kena lebih kreatif. Tapi, berbaloi dan beri kesan baik untuk jangka masa panjang, insyaAllah.
Antaranya;
– Anak makin suka explore makanan baru
– Anak kurang memilih dan picky eater
– Anak kurang nak makan minum manis
– Anak tak ketagih makanan tinggi proses
Milo, susu kotak, susu formula, susu full cream, kuih manis, biskut, roti. Ini pun boleh naikkan berat badan anak, tapi ibu ayah perlu lebih teliti belek bahagian bahan ramuan dan juga fakta nutrisi.
Kemudian buat conscious decision, makanan minuman tersebut elok tak untuk anak dalam jangka masa panjang, jika diambil secara berterusan atau secara harian.
Kita taknak berat anak naik sebab sugar overload. Kita nak berat dari nutrisi yang betul-betul anak perlukan. Berat naik sebab khasiat makanan sebenar, bukan berat gula.
Ads
Usaha kenalkan, semua kumpulan makanan ni untuk anak.
1. Protein
– Daging lembu, ayam, kambing
– Ikan sardin segar, ikan kembung
– Telur
– Homemade nugget, meatball, burger, pastikan dari isi ayam dan daging sebenar
– Kekacang almond, cashew, walnut
– Tofu, tempe
2. Lemak baik
– Minyak kelapa
– Minyak zaitun
– Pure butter
– Ghee minyak sapi
– Tallow lemak sapi
– Santan
3. Karbohidrat
– Nasi
– Bihun
– Laksa
4. Tenusu
– Susu kambing segar
– Susu lembu segar
– Susu tepung lembu atau kambing tanpa campuran
– Yogurt asli tanpa campuran
– Cheese asli tanpa campuran
Ads
5. Buah dan sayur
– Ubi keledek
– Ubi kentang
– Isi kelapa
– Avokado
– Kurma
– Pisang
– Buah tin
Ada banyak lagi contoh yang korang boleh pilih. Berbanding hanya terus terima cadangan untuk berikan anak susu kotak atau milo. Ianya ultra processed food.
Sesekali ambil, mungkin tak ada masalah. Tapi bila anak ambil secara harian, risiko ketagihan sangat tinggi. Ketagih dengan gula yang ada dalam tu.
Kita usaha sama-sama ya, belajar kenalkan anak dengan real food, berbanding makanan tinggi proses.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Setiap kali mencari pengasuh untuk menjaga anak-anak apa yang kita cari adalah persekitaran yang selamat dan selesa untuk meninggalkan si kecil tersayang. Maklumlah ibu yang bekerja selalunya akan tinggalkan anak di rumah pengasuh sehingga malam menjelma. Kalau dapat balik awal memang seronok.
Tapi itulah malang kan tak berbau ada ketikanya, bila ambil sahaja anak dari rumah pengasuh atau pusat jagaan ada yang luka dan cedera. Dapat pengasuh yang memang peka dan prihatin serta bertanggungjawab, memang awal-awal lagi akan mereka maklumkan pada kita tentang apa yang berlaku kepada anak tersayang.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusia Kelab Pengasuh Malaysia. Anaknya yang berusia setahun lima bulan dikhabarkan terluka terkena bakul baju ketika bermain dengan anak asuhan lain.
Insiden tentang kejadian tersebut dilaporkan terus oleh pengasuhnya kerana bimbang dengan keadaan bayi tersebut.
Setengah jam hantar anak, pengasuh telefon maklumkan jari anak luka
Assalamualaikum semua. Sekadar berkongsi memori anak dara saya berumur 1y5m.
Khamis lepas, pada 31/10. Setengah jam lepas hantar ke rumah pengasuh, mama Whatsapp dan informed yang jari anak saya luka. Terkena bakul baju masa bermain dengan anak asuh yang lain. Darah agak banyak dan minta saya bawa ke klinik malam tu. Dia risau sangat. Saya kata takpe, balik nanti saya check balik.
Sampai di rumah pengasuh pukul 7 petang, mama cerita balik kronologi kejadian itu. Jari pun dah dicuci dan dibalut plaster. Saya pun ingat takde apa yang serious. Malam tu, bila saya nak tukar plaster yang baru, baby saya meraung. Sakit sangat agaknya. Bila dah dicabut, aduhai..luka teruk rupanya cemas, terus mesej suami yang tengah meeting. Kami ke Hospital Shah Alam malam tu jugak lepas abang ipar seorang doktor adviced kami pergi ke hospital terus. Mungkin kena jahit.
Lepas X-ray, rupanya ada tulang jari anak yang patah
Lepas doktor x-ray, rupanya tulang left index finger yang paling atas tu fractured (patah). Doktor pakar tulang tanya kami, macam mana tulang baby boleh patah kalau sekadar terkena tepi bakul baju. Saya ceritakan semula kronolgi kejadian. Doktor ortho puas hati. Alhamdulillah, takde jahit, takde simen. Natural recovery tapi buat dressing hari-hari.
InsyaAllah esok baby saya ada appointment dengan pakar. Doktor nak tengok ada infection tak pada luka tu, sebab kalau ada, memang kena buat minor surgery. Bahaya untuk perkembangan jari dia. Doakan semuanya selamat ya
Syukur Pengasuh Buat Perkara yang sepatutnya
Saya bersyukur sebab mama buat perkara yang sepatutnya. Mama:
1. Cuci luka jari anak saya bawah air paip mengalir. Bukan letak minyak gamat dan lain-lain. Doktor puji mama. Ilmu first aid sangat penting!
2) Tutup luka supaya tak terdedah dengan udara.
3) Inform saya terus dan ceritakan kronologi dengan terperinci.
4) Inform pada parents anak asuh pasal perbuatannya pada baby saya.
5) Sentiasa update perkembangan baby saya, pukul 3 pagi pun tanya. I love her.
Ibu ayah mana yang tak susah hati bila anak demam. sekejap-sekejap kita akan tengok suhu anak untuk pantau sama ada terlalu panas atau tidak. Kalau dibiarkan, risau pula anak diserang sawan. Pendek kata, kalau anak demam ni tak tidur malam ibu ayah dibuatnya.
Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang sangat elok diamalkan ketika anak tak sihat. Bila diberikan pada anak yang sedang demam, ia dapat membantu mengembalikan kesegaran tubuh yang kelesuan. Maklumlah waktu demam ni tak berselera nak makan.
Melalui perkongsian Dr. Mazliana Mazlan, beliau berkongsi 10 makanan dan minuman yang sesuai diberikan kepada anak yang sedang demam. Pilihan menu yang ringan dan sesuai diberikan kepada anak yang reject makanan semasa tak sihat.
Ikuti penjelasan lanjut beliau;
RISAU ANAK DEMAM
Kita sangat tak tenteram bila anak demam. Nak tengok anak badan panas lagi, makan pun kadang anak taknak. Risau anak tak ada tenaga jugak. Kita kalau demam, pun tak lalu makan. Anak pun sama jugak kisahnya.
Tak perlu paksa anak yang demam untuk makan kalau diorang taknak k. Kita cuba cari pilihan makanan yang lebih ringan, dan lebih sesuai kalau anak tak berapa lalu sangat nak ambil makanan berat.
Sediakan 10 makanan macam ni bila anak demam:
1. Air kelapa sumber hidrasi utama
2. Madu sebagai ejen antibakteria dan antifungal
3. Air probiotik untuk naikkan imuniti
4. Keledek untuk sumber tenaga
5. Oren tinggi vitamin C
6. Pisang sumber tenaga ekspres
7. Telur untuk tahan lapar
8. Bubur ayam kalau anak nak makan nasi
9. Sup atau singgang banyakkan rempah ratus yang melawab jangkitan kuman
10. Aiskrim buah tanpa gula untuk sejukkan tekak
BERI ANAK REAL FOOD
Selain ubat, makanan sangat perlu kita titikberatkan waktu anak demam. Hanya real food untuk anak. Makanan tinggi proses, elakkan terus ye waktu anak demam. Makin lambat anak nak sembuh. Demam ni bagus, tanda badan anak aktif untuk melawan benda asing yang ada dalam badan mereka.
Kalau kita selalu bajakan tubuh anak dengan real food, insyaAllah imuniti kuat, anak mudah nak sembuh. Andai kata kadang tu, bila anak susah sangat nak sembuh bila demam, cuba sesekali kita check balik, apa sebenarnya yang anak makan.
Ubah sikit je, insyaAllah akan nampak hasil yang ketara. Kita cuba sama-sama ya, cari pilihan makanan yang baik buat anak-anak terutama waktu anak demam.
Demam virus tak sembuh lebih seminggu, lelaki ini kongsi penawarnya. Demam virus atau dikenali sebagai viral fever adalah sejenis keadaan kesihatan yang disebabkan oleh jangkitan virus.
Demam Virus Tak Sembuh Lebih Seminggu, Lelaki Ini Kongsi Penawarnya
Penyakit ini sering berlaku apabila tubuh diserang oleh pelbagai jenis virus yang menjejaskan sistem imun. Walaupun ia bukan penyakit yang jarang berlaku, gejalanya boleh mengganggu kehidupan harian seseorang.
Punca Demam Virus
Demam virus biasanya disebabkan oleh virus yang menyerang sistem pernafasan atau organ lain dalam badan. Penyebaran virus boleh berlaku melalui:
*Sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti.
*Udara, seperti melalui batuk atau bersin.
*Kontaminasi permukaan atau objek.
Gejala Demam Virus
Beberapa gejala biasa demam virus termasuk:
*Demam tinggi: Suhu badan yang meningkat mendadak.
*Sakit kepala: Rasa berdenyut atau sakit di kepala.
*Sakit badan: Ketidakselesaan dan keletihan di seluruh tubuh.
*Sensasi terbakar di mata: Rasa pedih atau panas di mata.
*Loya dan muntah: Sesetengah individu mungkin mengalami gangguan perut.
Gejala-gejala ini mungkin berbeza bergantung kepada jenis virus yang menjangkiti tubuh.
Rawatan Dan Ikhtiar Alternatif
Walaupun rawatan perubatan adalah kaedah utama untuk mengawal demam virus, beberapa kaedah alternatif boleh dijadikan ikhtiar tambahan. Salah satu petua tradisional yang popular adalah menggunakan bahan semula jadi seperti garam kasar, lada hitam, dan limau nipis.
Garam kasar – secukupnya untuk merendam kaki.
Lada hitam – tiga genggam (sebaiknya gunakan yang berkualiti).
Limau nipis – tujuh atau sembilan biji.
Cara-cara penyediaan dan penggunaan:
Campurkan semua bahan tanpa menambah air.
2. Perah limau nipis dan masukkan kulitnya sekali ke dalam campuran tersebut.
3. Rendam kaki ke dalam campuran ini.
4. Gosokkan kaki sehingga garam hancur dan sebati dengan air perahan limau.
5. Baca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ayat Kursi sebanyak sembilan atau sebelas kali.
Dengan izin Allah, perubahan ketara boleh dirasai selepas mencuba kaedah ini. Sekiranya anda merasakan sensasi seperti kaki melecur akibat terkena api, segera dapatkan bantuan daripada perawat rawatan Islam. Jika tiada masalah, Alhamdulillah, ia dipercayai mampu membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh badan.
Amalan Tambahan
Untuk hasil yang lebih berkesan, amalkan meminum air kelapa muda tanpa gula dan ais selama tiga hari berturut-turut. Minumlah sebanyak dua hingga tiga biji air kelapa muda sehari.
Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar, manakala penyembuhan sebenar datangnya daripada Allah SWT. Semoga petua ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang mengalami demam virus. Sama-samalah kita berkongsi kebaikan ini untuk manfaat bersama.
Pasangan personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam Younarae menyambut kelahiran anak kedua mereka di sebuah pusat perubatan swasta pada pagi rabu.Menerusi laman...