“Najis Bayi Berlendir & Bertukar Warna” Perlu Ke Risau? Doktor Kongsi Sebabnya

Share

“Bayi saya buang najis berlendir, perlu saya risau doktor?” Pastinya ibu bapa risau apabila melihat perubahan pada bayi. Namun adakah perubahan tersebut membawa kesan buruk kepada bayi?

Warna najis yang tidak normal mungkin ada kaitanya dengan kesihatan anak. Dr Lim, doktor kanak-kanak berkongsi tentang perkara ini. Ikuti perkongsian ini.

Pelik juga sehari semalam mendapat 3 pertanyaan teleconsultation tentang najis bayi ibu atau bapa yang berlendir.

Seorang 3 bulan, seorang 4 bulan dan seorang lagi 1 tahun, rata-rata dengan masalah yang hampir samaa dan merisaukan mereka.

Usus bayi sememangnya akan menghasilkan lendir supaya najis dapat dilepaskan dengan senang terutamanya untuk bayi yang menyusu susu ibu kerana penyerapan dan pencernaan susu ibu adalah lebih sempurna dan tidak banyak najis yang dihasilkan.

Maka, adakalanya bayi akan dilihat seakan menghasilkan najis yang berlendir yang berlebihan.

Kebanyakan bayi akan menghasilkan najis berlendir terutamanya semasa selsema ataupun masa pertumbuhan gigi (teething) apabila air liur dan hingus bertambah. Ini adalah normal!

Walaupun kebanyakan keadaan najis berlendir adalah tidak merbahayakan tetapi ia juga suatu tanda awal untuk masalah-masalah serius yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan awal!

Sebab-sebab ini yang Pakar Kanak-kanak risau dan perlukan rawatan awal!

✔ Alahan bayi terhadap susu formula (protein susu), makanan ataupun susu ibu jika ibu memakan sesuatu makanan yang beralahan.

✔ Jangkitan kuman virus ataupun bakteria yang menyebabkan cirit-birit dan najis cair serta berlendir. Yang paling risau jangkitan Rotavirus jika anak tidak dapatkan vaksin!

✔Intussusception – iaitu usus tersumbat dan menghasilkan najis berlendir dan berdarah pekat (red currant jelly)  perlukan rawatan kecemasan secepat mungkin untuk mengelakkan usus mati ataupun pecah! Lendir yang dihasilkan biasanya pekat dengan darah yang banyak.

Bukan semua najis berlendir adalah normal dan anda perlu berjumpa dengan doktor atau pakar kanak-kanak jika:

⚠ Bayi mengalami cirit-birit dengan najis yang sangat cair dan muntah!
⚠ Demam yang tinggi!
⚠ Tidak mahu makan ataupun menyusu!
⚠ Tangisan susah dihentikan (inconsolable fussiness) !
⚠ Najis berdarah!
⚠ Perut kembung !
⚠ Najis berlendir berterusan untuk beberapa hari dan semakin teruk!

ELAKKAN DIHYDRASI ANAK!

Lebihkan penyusuan ataupun pemakanan untuk bayi anda kerana bayi akan kehilangan air yang lebih dengan najis berlendir untuk mengelakkan dihidrasi anak.

PANTAU UNTUK ELAKKAN RUAM LAMPIN DI PUNGGUNG!

Jika anak anda mengalami masalah najis berlendir, pantau baik pada bahagian punggung bayi. Lendir-lendir ini adalah musuh kulit bayi kerana akan menyebabkan ruam lampin dan keradangan yang teruk jika tidak dijaga dengan elok. Mulakan sapuan “barrier cream” seperti zink oxide awal dan kerap tukar lampin!

DAPATKAN RAWATAN AWAL!

  • Jangan leka jika bayi najis berlendir kerana ia mungkin tanda awal untuk masalah yang lebih serius dan dapatkan rawatan awal jika mempunyai tanda-tanda yang amaran awal ataupun anda risau sangat dengan keadaan bayi tersayang.

Kredit:Dr Lim Baby and Child Specialist, SALAM Senawang Specialist Hospital

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa